Kesedaran dalam menjaga harta awam masih perlu ditingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat, ini kerana ada sahaja kes melibatkan kerosakan harta awam dilaporkan.
Baru-baru ini, kerosakan perabot awam (berbentuk bulat seperti bola berwarna kuning) yang diletakkan di sekitar pusat beli belah SOGO dan Jalan Ampang.
Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membawa perkara itu ke laman Facebook agar ia menjadi pengajaran buat orang ramai.
Menurut DBKL, perabot yang memiliki nilai seni dan mengindahkan persekitaran itu berperanan sebagai kerusi untuk pejalan kaki yang berhenti seketika.
Bahkan ia turut berfungsi sebagai halangan agar kenderaan tidak sewenang-wenangnya diletakkan di kawasan dan ruang siarkaki.
“Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merosakkan harta awam tetapi mencacatkan keindahan yang giat dipertingkatkan di pusat bandar”.
Di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991, kesalahan vandalisme di KL boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya.
Menurut Seksyen 6 Akta, sesiapa yang didapati bersalah perlu membayar komisen setiap biaya yang ditanggung oleh Pesuruhjaya dalam melaksanakan peruntukan Undang-Undang Kecil 5.
Malahan, pesalah juga memberi pampasan kepada Pesuruhjaya atas segala kerosakan yang berlaku pada harta benda Pesuruhjaya.
Jadi beringatlah ya. Sayangilah harta benda awam kerana semuanya untuk kegunaan anak bangsa kita juga kelak.