25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2025
Utama Blog Laman 342

China tapis hantaran media sosial mengenai pemenang Oscar Chloé Zhao

0

Berita mengenai kemenangan Oscar Chloé Zhao dalam Anugerah Akademi sebagai Pengarah Terbaik di media sosial dan enjin cariannya telah ditapis di China atas arahan kementerian propaganda negara itu.

The Wall Street Journal melaporkan Zhao kelahiran Beijing, China merupakan pengarah wanita Asia pertama yang membawa pulang Anugerah Akademi sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Nomadland. Filem itu turut memenangi anugerah Oscar untuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik, Frances McDormand.

Twitter

Media itu melaporkan pada mulanya Zhao menerima ucapan tahniah dan pujian di laman media sosial China pada tengah hari Isnin, dan carian topik ini di Baidu dan Sogou mempunyai sedikit pautan mengenai berita Oscar. Namun tiada berita mengenai kemenangan Zhao di China Central Television, Xinhua News Agency, atau People’s Daily milik PKC pada 26 April ketika Anugerah Akademi berlangsung.

Menurut wartawan media negara, kementerian propaganda negara itu mengarahkan untuk tidak melaporkan kemenangan Zhao berikutan terdapat ‘pendapat umum sebelumnya’.

The Global Times, sebuah laman berita milik People’s Daily, menyiarkan sebuah op-ed pada malam Isnin yang mengiktiraf kemenangan Zhao tetapi mengkritik Nomadland sebagai ‘orang Amerika tipikal dan jauh daripada kehidupan sebenar masyarakat Cina’.

Media itu turut menulis mengenai Zhao dengan berkata, “Kami berharap beliau dapat menjadi lebih dewasa dan lebih matang. Di era ketika konfrontasi China-Amerika Syarikat yang semakin meningkat, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam kedua-dua masyarakat dan mengelakkan daripada menjadi titik pergeseran. Beliau tidak boleh melarikan diri dari label khasnya, dan sepatutnya lebih aktif menggunakannya.”

Sementara laman berita terpencil 163.com melaporkan Zhao sebagai “pembuat filem dari China kedua yang memenangi anugerah Oscar untuk Pengarah Terbaik, selepas Ang Lee, yang memenanginya sebanyak dua kali menerusi filem ‘Brokeback Mountain’ pada tahun 2006 dan ‘Life of Pi’ pada tahun 2013, walaupun beliau dilahirkan di Taiwan. China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada China, yang menjadi pertikaian di peringkat antarabangsa.

Ini bukan kali pertama Nomadland dan pengarahnya disembunyikan oleh media di China. The Associated Press melaporkan bahawa hantaran media sosial dan publisiti lain mengenai filem itu telah dikeluarkan oleh agensi penapisan China.

Alasan mengenai kemenangan Zhao tidak dirai dan dihebahkan di China berpunca daripada komennya kepada media Barat. Dalam wawancara pada tahun 2013 bersama majalah Filmmaker, Zhao berkata China adalah ‘tempat di mana terdapat pembohongan di mana-mana’. Lantas komen ini yang kemudiannya telah dikeluarkan dari artikel itu, selepas mendapat reaksi dan kecaman yang agak besar di China.

Kanak-kanak 3 tahun maut akibat strok haba setelah nenek terlupa membawanya keluar dari kereta

0

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat strok haba selepas ditinggalkan di dalam kereta selama kira-kira lima jam oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak kepada media pada 28 April, kejadian tragis berkenaan berlaku pada petang 25 April.

Mohd Sohaimi memaklumkan pihak polis menerima laporan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) pada jam 6.41 petang berhubung kes kematian kanak-kanak yang melibatkan sebuah kereta di Sungai Tiram.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Hasil siasatan mendapati pada hari tragedi, nenek mangsa telah terlupa membawanya keluar dari dalam kereta setelah membawa mangsa dan kakaknya ke sekolah.

Mohd Sohaimi berkata, siasatan pada hari yang sama mendapati  wanita berusia 59 tahun itu membawa mangsa dan kakaknya ke sekolah di Sungai Tiram kira-kira jam 1 tengah hari dengan memandu Perodua Alza.

“Nenek ini tidak menyedari bahawa dia telah meninggalkan cucunya di dalam kereta yang telah dimatikan enjin di rumahnya,” tambah Mohd Sohaimi.

Kira-kira jam 6 petang, ibu mangsa menyedari bahawa kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak berada di rumah dan mula mencarinya.

“Nenek mangsa kemudian menyedari cucunya masih berada di dalam kereta dan menemuinya telah terbaring tidak sedarkan diri di lantai tempat duduk belakang,” katanya.

Sekadar Gambar Hiasan / Pexels

Punca kematian disahkan sebagai strok haba selepas bedah siasat dilakukan di HSI pada 26 April.

Hasil bedah siasat juga mendapati tubuh badan mangsa sihat dan tidak mengalami sebarang kesan lebam atau luka akibat penderaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Krisis COVID-19 India : Mayat bergelimpangan, pusat pembakaran mayat operasi lebih kapasiti

0

India mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi dan berada pada jumlah 300,000 kes dalam tempoh 24 jam untuk enam hari berturut-turut.

Selain itu, kes kematian turut meningkat dengan mendadak. Mayat pesakit COVID-19 dilaporkan bergelimpangan di luar pusat pembakaran mayat, sementara menunggu giliran.

Paparan Skrin/Sky News

Malah, ada mayat yang disimpan di dalam kereta atau diletakkan di tepi jalan susulan semua pusat pembakaran mayat beroperasi melebihi kapasiti.

Dalam pada itu, negara lain turut menghulurkan bantuan ke India. Britain misalnya, menghantar ventilator dan peralatan oksigen manakala Amerika Syarikat berjanji untuk menghantar jutaan dos vaksin AstraZeneca.

Paparan Skrin/AFP

Media antarabangsa turut memaparkan imej pembakaran puluhan mayat di tempat letak kenderaan yang digunakan sebagai pusat pembakaran sementara di New Delhi.

Koordinator pembakaran mayat, Jitender Singh Shanty menjelaskan pusat pembakaran mayat kelolaannya menerima ketibaan mayat yang berterusan.

Paparan Skrin/AFP

“Setiap hari, lebih ramai yang mati akibat COVID-19 dan jika ini berterusan, kita terpaksa membakar mayat di atas jalan kerana tiada tempat lagi”.

Paparan Skrin/Sky News

Dia yang menguruskan pembakaran 100 mayat dalam sehari berkata, “Saya tidak pernah menjangkakan bahawa kita akan berdepan dengan malapetaka sebegini besar”.

India yang terkenal sebagai ‘farmasi dunia’ berikutan menjadi pengeluar ubat generik terbesar global, kini tidak mampu lagi untuk memenuhi permintaan ubat anti-viral seperti remdesivir.

Paparan Skrin/Sky News

Walaupun kebanyakan doktor berpendapat bahawa ubat itu tidak memberi kesan dalam rawatan COVID-19, namun ia masih disyor untuk digunakan di sebahagian besar hospital.

Kucing comel tarik perhatian warganet apabila keluarkan bunyi aneh ketika bertarung untuk rampas nuget dengan tuannya

0

Kucing seperti yang kita tahu memiliki sifat yang boleh dikatakan sebagai keras kepala, mereka tidak mendengar arahan manusia sebaliknya memiliki ‘kuasa’ untuk membuatkan manusia tunduk kepada mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dari Jepun iaitu @toki_sagase telah berkongsi satu video pendek memaparkan gelagat lucu kucing peliharaannya.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, memaparkan seekor kucing yang comel sedang bertarung separuh nyawa dengan tuannya untuk merampas seketul nuget.

@toki_sagase/Twitter

Kucing ini kelihatan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan nuget itu dan enggan melepaskannya dari cengkaman mulut sehingga memaksa tuannya menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghentikan perbuatan kucing tersebut.

@toki_sagase/Twitter

Lihatlah betapa kuatnya kucing kecil ini. Semuanya demi mendapatkan seketul nuget yang enak!

@toki_sagase/Twitter

Apa yang melucukan adalah bunyi yang dikeluarkan oleh anak kucing ini seolah-olah kedengaran seperti bunyi enjin kereta mahupun bunyi kambing biri-biri. Memang sangat melucukan.

@toki_sagase/Twitter

Perkongsian video ini menerima pelbagai respon daripada pengguna Twitter lain. Antaranya:

“Saya ingatkan kucing, rupanya kambing biri-biri”.

“Kucing dan tuan sama-sama naik”.

“Kucing lagi seekor itu cuma mahu jadi penonton untuk melihat siapa yang akan memenangi pertarungan hebat itu”.

Telatah adik comel pesan dekat jiran sebelah supaya pulangkan pinggan buat warganet cair

0

Masihkah anda ingat kenangan zaman dahulu di mana masyarakat yang hidup berjiran akan sentiasa bertukar lauk dan juadah sampingan antara satu sama lain sekiranya mempunyai rezeki lebih.

Meskipun tidak mengharap sebarang balasan dan sekadar ingin berkongsi rezeki, amalan ini ternyata dapat membangkitkan semangat kejiranan.

@iqblzmri_/Twitter

Antara individu yang sering dijadikan sebagai ‘penghantar’ makanan ini tidak lain tidak bukan adalah anak sendiri. Seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini mempamerkan kecomelan seorang kanak-kanak lelaki yang ‘ditugaskan’ untuk menghantar makanan kepada jirannya.

@iqblzmri_/Twitter

Dalam video berdurasi 9 saat yang dikongsikan oleh @iqblzmri_ itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang menghantar juadah berbuka puasa ke rumahnya sambil menyampaikan satu pesanan yang cukup mengimbau kenangan.

@iqblzmri_/Twitter

“Nanti pulangkan pinggan. Pulangkan pinggan,” sambil berlari-lari anak menuju ke rumahnya semula.

@iqblzmri_/Twitter

Perkongsian itu sehingga kini berjaya menarik sejumlah 368.3 ribu jumlah tontonan, 18.6 ribu retweet dan 27.5 ribu tanda suka.

Majoriti warganet yang geram melihat kecomelan kanak-kanak ini memberikan pelbagai reaksi dalam ruangan komen. Antaranya:

“Cara dia pesan itu macam sebelum ini pernah tak pulangkan pinggan je. Hahahaha”.

“Bukan biasa-biasa pinggan itu. Mesti mak dia ada satu set. Itu yang mak dia risau tu”.

“Yang terakhir tu, adik tu kata bye pinggan ke?”.

Dikompaun RM50,000, peniaga colek di Kelantan rela dipenjara kerana tak mampu bayar

0

Selepas peniaga burger dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 di Kelantan, nasib yang sama menimpa seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kelantan apabila dikompaun jumlah yang sama.

Mohd Azizi Mohd Nor yang berniaga colek di sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya berasa terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis pada jam 11:20 malam 25 April lalu.

Jelasnya, anggota terbabit kemudian terus mengeluarkan notis kompaun RM50,000 atas kesalahan beroperasi lebih masa, menyebabkan dia dan isteri berasa terkejut.

“Saya terkejut. Tak tahu nak kata apa melihat jumlah yang kami kena bayar. Berniaga di depan rumah ini pun bukan senang”.

Astro Awani

“Mahu dapat RM100 semalam pun susah kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung”, ujarnya.

Mereka sememangnya tidak mampu bayar jumlah sebanyak itu. “Kalau diberi pengurangan hingga 80% pun kami tidak akan mampu bayar”.

Tambahnya lagi, dia lebih rela untuk dipenjarakan sekiranya tiada pilihan lain.

Bercerita lanjut, Mohd Azizi mendakwa dia dan isteri sudah pun menutup kedai pada jam 10 malam. Sebahagian lampu juga sudah dipadamkan sebelum ketibaan anggota polis.

Hanya lampu bahagian dapur belum dipadam kerana mereka sedang mengemas sambil menggoreng keropok untuk anak mereka yang masih belum tidur.

Mohd Azizi bekerja sebagai mekanik manakala isterinya berniaga mi celup pada waktu siang. Namun disebabkan Ramadan, mereka berniaga di sebelah malam.

“Inilah cara kami untuk mencari rezeki menyara hidup kami termasuk lima anak yang masih bersekolah, selain tiga anak saudara”.

“Bila kena kompaun macam ini, memang kami agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah terus kena RM50,000”, luahnya.

Dia dan isteri juga difahamkan sudah mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah namun masih belum dimaklumkan jumlah pengurangan yang bakal diberikan.

Mereka berdua berharap agar ada pihak yang tampil dan sudi membantu mereka menyelesaikan kompaun itu kelak.

Mengulas lanjut, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil pendekatan untuk meneliti jumlah kompaun yang dikenakan.

KPM mansuh UPSR sepenuhnya bermula 2021, PT3 untuk tahun ini pula dibatalkan

0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021, sementara Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin semasa sesi sidang media khas. Selain itu, tiada sebarang peperiksaan ganti untuk ujian murid Tahun 6 itu, katanya.

Ujar beliau, penilaian untuk pelajar Tahun 6 akan dilakukan sama seperti tahun 2020.

Gambar Hiasan/Facebook

“Kita telah libat urus bersama guru besar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan berkaitan. Sesi libat urus ini melibatkan lebih 1,700 peserta”.

“Pagi tadi saya telah membentang kertas Memorandum Jemaah Menteri berkaitan UPSR dan di sini kita umumkan satu keputusan mulai 2021 UPSR dimansuhkan sepenuhnya”.

Manakala bagi pelajar yang berhasrat untuk memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya, mereka akan dinilai menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Khusus (PKSK).

“UPSR sebagai satu komponen untuk ke SBP. Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid dalam Tahun Enam (2020) mengambil keputusan untuk menduduki PKSK,” katanya di sini hari ini.

Astro Radio News/Facebook

Menurutnya, fokus utama KPM ketika ini adalah untuk memperkasakan PKSK.

Selari dengan pemansuhan UPSR, Radzi berkata Pertaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) untuk murid berkeperluan khas juga turut dimansuhkan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kekangan masa pelajar untuk membuat persiapan pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya”.

“Kita mengambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, kaedah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan”, tambahnya.

Wanita ini kongsi bagaimana petugas MBMB minta sogokan RM250 sebelum menangkap anjing jalanan yang mahu diselamatkan

0

Seorang wanita dari Melaka membuat laporan polis terhadap MBMB (Majlis Bandaraya Melaka) kerana dengan kejam menangkap anjing liar yang ingin diselamatkannya.

Shakina Durga Nath menulis dalam catatan di Facebook pada 27 April bahawa beliau dalam perjalanan ke bandar ketika menemui petugas MBMB yang sedang mengheret seekor anjing jalanan ke dalam sebuah van berwarna oren di Taman Bukit Cheng.

Pencinta haiwan itu memerhatikan seekor anjing putih itu di belakang bangunan, selepas menyedari beliau tidak dapat berbuat apa-apa untuk seekor anjing coklat, lalu memutuskan untuk menyelamatkan anjing putih itu pula sebelum MBMB menangkapnya.

Facebook

“Saya pergi ke sana untuk mengetahui tindakan apa selanjutnya. Saya pergi dan mencangkung melihat anjing kasihan itu dengan pandangannya kepada saya kerana takut. Saya cuba menenangkannya dengan membelai lehernya,” tulis Shakina.

Seorang petugas kemudian datang dan bertanya kepada Shakina adakah dia pemilik anjing putih itu. Shakina menjawab anjing jalanan berkenaan bukan miliknya tetapi dia sering membantu anjing seperti ini, merawat mereka, dan meletakkannya untuk diadopsi. 

Walau bagaimanapun, petugas itu bertanya kepadanya sekali lagi jika anjing itu miliknya, yang mana Shakina menjawab tidak dan berkata dia akan membawa anjing itu pulang bersamanya ke rumah.

Facebook

Kemudian petugas MBMB itu telah meminta RM250 sebagai pertukaran melepaskan anjing itu.

Shakina mendakwa bahawa petugas itu memintanya wang rasuah RM250 sebagai ganti untuk membiarkan anjing itu dilepaskan.

Lalu Shakina bertanya dengan nada kesal dan marah, “Untuk apa? Untuk tidak menangkapnya?”

“Ketika saya bertanya ada resit tak? dia menjawab, ‘Ini semua tak ada resit’,” tambah Shakina dalam catatan itu.

Shakina kemudian memberitahu dua petugas berkenaan yang dia akan membawa anjing itu pulang dan menjaganya, tetapi salah seorang daripada mereka sekali lagi memintanya untuk membayar RM250.

Setelah menolak untuk membayar, petugas itu menentangnya dengan berkata, “Kejap saya tunjuk kamu macam mana kita tangkap anjing ini…”

Facebook

Shakina berkata petugas itu kemudian mengambil gambarnya dan nombor keretanya tanpa kebenaran.

Marah dengan tindakan mereka, Shakina juga mengeluarkan telefon pintarnya untuk merakam bagaimana pegawai MBMB dengan kejam menangkap anjing putih itu dengan jaring, tetapi diberitahu oleh salah seorang pegawai supaya berhenti merakam.

“Seorang yang lain tidak mahu mendengar kata saya lalu dia mengambil gambar saya dan kereta saya tanpa izin jadi mengapa pula saya tidak boleh buat perkara sama? Kerana mereka tahu itu salah bukan?” Shakina menyoal.

“Kekejaman terhadap haiwan dan amalan rasuah. Saya beritahu mereka bahawa saya akan buat perkara ini menjadi tular di media sosial, tetapi salah seorang mencabar saya dengan berkata, ‘Teruskan, saya ingin melihat apa yang boleh awak lakukan’,” tulisnya.

Facebook

Shakina kemudian membuat laporan polis terhadap pegawai itu kerana mengendali anjing liar dengan kejam dan meminta rasuah.

Beliau berharap agar pihak MBMB dan mahkamah mengambil tindakan terhadap mereka.

Tonton video di sini.

Ekspresi kucing lucu melampau saat tergelongsor jatuh daripada sofa buat netizen terhibur. Melebih pula reaksinya!

0

Kucing kerap mengekspresikan emosi mereka secara rawak dan jarang sekali mood mereka itu kekal sama sahaja dalam sehari, melainkan jika mereka tidak sihat.

Mereka boleh bertukar daripada berkelakuan neutral kepada ekspresi yang agak melampau dalam sekelip mata sahaja, samalah seperti kucing ini.

Pet 1314

Individu yang merupakan pemilik kepada kucing tersebut pada mulanya sedang menonton televisyen, sambil ditemani kucing kesayangannya di sisi.

Pada ketika itulah, ekspresi lucu kucingnya itu berjaya dirakamkan apabila kucing tersebut secara tiba-tiba tergelongsor ke bawah daripada penyandar tangan sofa.

Inilah ekspresinya. Lucu betul!

Pet 1314

Sendiri terkejut kerana mahu jatuh..

Pet 1314

Pet 1314

“Tuan aku ni tak mahu tolong ke?”

Pet 1314

“Aku ni tidaklah berat mana pun, tapi boleh pula menggelongsor ke bawah”

Pet 1314

Namun kucing comel itu masih berusaha untuk menahan diri daripada jatuh dan cuba memanjat ke atas

Pet 1314

Tidakkkk!

Pet 1314

Tuannya langsung tidak menolong kerana lucu melihat ekspresi kucingnya sebegitu rupa. Malah sempat pula individu itu merakamkan foto lucu kucingnya.

Tidak disangka pula kucing juga tahu menghasilkan ekspresi tatkala saat genting sebegitu bukan? Ada-ada sahajalah..

Geleng kepala dibuatnya apabila raja buah ‘dikerjakan’ individu yang tidak tahu memotong durian

0

Tidak perlu lagi kita ceritakan akan kehebatan raja buah, iaitu durian. Buah eksotik itu sememangnya amat dikenali ramai, terutamanya bagi masyarakat Asia Tenggara.

Namun ia mungkin dianggap aneh oleh segelintir masyarakat dunia yang tidak biasa melihatnya. Dengan bau yang kuat, pasti ia mengganggu ‘ketenangan’ mereka.

Foto hiasan/Pinterest

Selain itu, mereka juga tidak pasti bagaimanakah caranya untuk memotong buah itu.

Lantas, banyak foto-foto di internet yang menunjukkan ‘hasil’ buah durian yang dipotong mereka. Cuba anda lihat :

#1 Lepas geram kot?

កំសាន្ត/Facebook

#2 Mungkin si pemotong sudah putus asa untuk makan buah ni..

កំសាន្ត/Facebook

#3 Sikit je lagi sudah boleh ambil isinya.

កំសាន្ត/Facebook

#4 Asal boleh makan sudah…

កំសាន្ត/Facebook

#4 Macam ni pun ada!

Alvinology

#5 Buang je kulit semua

Coconuts

Permukaan kulit durian yang berduri ternyata memberikan mereka cabaran ‘getir’ untuk mendapatkan isi di dalamnya.

Apalah salah durian itu agaknya ya? Memang susah mahu mengupasnya jika tidak tahu teknik dan cara bukan?

Jadi jika anda mempunyai kenalan daripada luar negara yang ingin membuka buah eksotik ini, jangan lokek kongsikan ilmu kepada mereka ya?