Masihkah anda ingat kenangan zaman dahulu di mana masyarakat yang hidup berjiran akan sentiasa bertukar lauk dan juadah sampingan antara satu sama lain sekiranya mempunyai rezeki lebih.
Meskipun tidak mengharap sebarang balasan dan sekadar ingin berkongsi rezeki, amalan ini ternyata dapat membangkitkan semangat kejiranan.

Antara individu yang sering dijadikan sebagai ‘penghantar’ makanan ini tidak lain tidak bukan adalah anak sendiri. Seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini mempamerkan kecomelan seorang kanak-kanak lelaki yang ‘ditugaskan’ untuk menghantar makanan kepada jirannya.

Dalam video berdurasi 9 saat yang dikongsikan oleh @iqblzmri_ itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang menghantar juadah berbuka puasa ke rumahnya sambil menyampaikan satu pesanan yang cukup mengimbau kenangan.
comel je “aah” pastu dia boleh ckp “nanti pulangkan pingan” “pulangkn pingan” alah alah alahh😂😂😂 terigt kecik2 dlu selalu berkongsi juadah berbuka dgn jiran pic.twitter.com/LUzPn3YjmS
— 𝐄𝐛𝐚𝐲 (@iqblzmri_) April 24, 2021
“Nanti pulangkan pinggan. Pulangkan pinggan,” sambil berlari-lari anak menuju ke rumahnya semula.

Perkongsian itu sehingga kini berjaya menarik sejumlah 368.3 ribu jumlah tontonan, 18.6 ribu retweet dan 27.5 ribu tanda suka.
Majoriti warganet yang geram melihat kecomelan kanak-kanak ini memberikan pelbagai reaksi dalam ruangan komen. Antaranya:
“Cara dia pesan itu macam sebelum ini pernah tak pulangkan pinggan je. Hahahaha”.
“Bukan biasa-biasa pinggan itu. Mesti mak dia ada satu set. Itu yang mak dia risau tu”.
“Yang terakhir tu, adik tu kata bye pinggan ke?”.