25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaGlobalChina tapis hantaran media sosial mengenai pemenang Oscar Chloé Zhao

China tapis hantaran media sosial mengenai pemenang Oscar Chloé Zhao

Berita mengenai kemenangan Oscar Chloé Zhao dalam Anugerah Akademi sebagai Pengarah Terbaik di media sosial dan enjin cariannya telah ditapis di China atas arahan kementerian propaganda negara itu.

The Wall Street Journal melaporkan Zhao kelahiran Beijing, China merupakan pengarah wanita Asia pertama yang membawa pulang Anugerah Akademi sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Nomadland. Filem itu turut memenangi anugerah Oscar untuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik, Frances McDormand.

Twitter

Media itu melaporkan pada mulanya Zhao menerima ucapan tahniah dan pujian di laman media sosial China pada tengah hari Isnin, dan carian topik ini di Baidu dan Sogou mempunyai sedikit pautan mengenai berita Oscar. Namun tiada berita mengenai kemenangan Zhao di China Central Television, Xinhua News Agency, atau People’s Daily milik PKC pada 26 April ketika Anugerah Akademi berlangsung.

Menurut wartawan media negara, kementerian propaganda negara itu mengarahkan untuk tidak melaporkan kemenangan Zhao berikutan terdapat ‘pendapat umum sebelumnya’.

The Global Times, sebuah laman berita milik People’s Daily, menyiarkan sebuah op-ed pada malam Isnin yang mengiktiraf kemenangan Zhao tetapi mengkritik Nomadland sebagai ‘orang Amerika tipikal dan jauh daripada kehidupan sebenar masyarakat Cina’.

Media itu turut menulis mengenai Zhao dengan berkata, “Kami berharap beliau dapat menjadi lebih dewasa dan lebih matang. Di era ketika konfrontasi China-Amerika Syarikat yang semakin meningkat, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam kedua-dua masyarakat dan mengelakkan daripada menjadi titik pergeseran. Beliau tidak boleh melarikan diri dari label khasnya, dan sepatutnya lebih aktif menggunakannya.”

Sementara laman berita terpencil 163.com melaporkan Zhao sebagai “pembuat filem dari China kedua yang memenangi anugerah Oscar untuk Pengarah Terbaik, selepas Ang Lee, yang memenanginya sebanyak dua kali menerusi filem ‘Brokeback Mountain’ pada tahun 2006 dan ‘Life of Pi’ pada tahun 2013, walaupun beliau dilahirkan di Taiwan. China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada China, yang menjadi pertikaian di peringkat antarabangsa.

Ini bukan kali pertama Nomadland dan pengarahnya disembunyikan oleh media di China. The Associated Press melaporkan bahawa hantaran media sosial dan publisiti lain mengenai filem itu telah dikeluarkan oleh agensi penapisan China.

Alasan mengenai kemenangan Zhao tidak dirai dan dihebahkan di China berpunca daripada komennya kepada media Barat. Dalam wawancara pada tahun 2013 bersama majalah Filmmaker, Zhao berkata China adalah ‘tempat di mana terdapat pembohongan di mana-mana’. Lantas komen ini yang kemudiannya telah dikeluarkan dari artikel itu, selepas mendapat reaksi dan kecaman yang agak besar di China.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI