Kucing seperti yang kita tahu memiliki sifat yang boleh dikatakan sebagai keras kepala, mereka tidak mendengar arahan manusia sebaliknya memiliki ‘kuasa’ untuk membuatkan manusia tunduk kepada mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dari Jepun iaitu @toki_sagase telah berkongsi satu video pendek memaparkan gelagat lucu kucing peliharaannya.
Dalam video berdurasi 10 saat itu, memaparkan seekor kucing yang comel sedang bertarung separuh nyawa dengan tuannya untuk merampas seketul nuget.
Kucing ini kelihatan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan nuget itu dan enggan melepaskannya dari cengkaman mulut sehingga memaksa tuannya menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghentikan perbuatan kucing tersebut.
Lihatlah betapa kuatnya kucing kecil ini. Semuanya demi mendapatkan seketul nuget yang enak!
Apa yang melucukan adalah bunyi yang dikeluarkan oleh anak kucing ini seolah-olah kedengaran seperti bunyi enjin kereta mahupun bunyi kambing biri-biri. Memang sangat melucukan.
Perkongsian video ini menerima pelbagai respon daripada pengguna Twitter lain. Antaranya:
“Saya ingatkan kucing, rupanya kambing biri-biri”.
“Kucing dan tuan sama-sama naik”.
“Kucing lagi seekor itu cuma mahu jadi penonton untuk melihat siapa yang akan memenangi pertarungan hebat itu”.