Di China, seorang remaja perempuan dilaporkan maut setelah terperangkap di dalam lif rosak di sebuah pangsapuri.
Lif berkenaan difahamkan terhenti di tingkat satu pangsapuri tersebut, kemudian secara tiba-tiba bergerak laju ke atas dan terhempas di tingkat paling atas, iaitu tingkat 30.
Pihak polis mengesahkan mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sebuah hospital berhampiran.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Zhanjiang pada 23 Mei lalu, lebih kurang pada jam 7:40 malam.
Polis walau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ataupun umur mangsa, sebaliknya mendedahkan bahawa mangsa bakal menduduki peperiksaan awam minggu depan.
SINGAPURA – Alat ujian pernafasan COVID-19 yang dibangunkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) mampu menghasilkan keputusan kepekaan sehingga 93 peratus dalam mengesan virus COVID-19 dalam masa 60 saat dan ia telah mendapat kelulusan sementara dari Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).
Sistem ujian pernafasan BreFence Go COVID-19 dibangunkan oleh Breathonix, sebuah syarikat spin-off dari Universiti Nasional Singapura (NUS), merupakan sistem analisis pernafasan pertama yang mendapat kelulusan seumpamanya di Singapura.
“Breathonix kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) untuk menjalankan ujian percubaan dan rintis awal penggunaan teknologi ini di salah satu pusat pemeriksaan darat Singapura di mana pelancong keluar masuk, yang akan menjalani pemeriksaan dengan sistem ujian pernafasan BreFence Go COVID-19,” kata NUS dan Breathonix dalam satu kenyataan pada 24 Mei.
“Analisis pernafasan ini akan dijalankan bersama dengan ujian saringan Kit Ujian Rapid Antigen (ART) COVID-19 yang wajib,” jelas mereka.
Sistem ujian pernafasan Breathonix menjalani ujian klinikal rintis awal di tiga lokasi antara Jun 2020 dan April tahun ini yang membabitkan 180 individu.
Percubaan dilakukan di Singapura iaitu di Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, serta di Dubai, dengan bekerjasama Lembaga Kesihatan Dubai dan Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Mohammed Bin Rashid.
Sistem ujian pernafasan BreFence Go COVID-19 berfungsi dengan mengesan sebatian organik yang mudah menguap (VOC) dalam nafas yang dihembuskan seseorang yang dihasilkan oleh reaksi biokimia pada sel manusia.
Tanda VOC dalam nafas individu sihat adalah berbeza berbanding individu yang menghidap penyakit, bermaksud perubahan dalam VOC dapat diukur sebagai penanda aras sesuatu penyakit seperti COVID-19, jelas NUS dan Breathonix.
Sistem ini telah dibangunkan daripada teknologi pengesanan barah Breathonix.
“Ujian pernafasan ini mudah yang dilakukan oleh kakitangan terlatih tetapi tidak memerlukan kakitangan terlatih secara perubatan atau pemprosesan makmal,” kata NUS dan Breathonix.
Seseorang hanya perlu menghembus nafas ke dalam injap sehala penutup mulut sekali pakai yang dihubungkan dengan alat pernafasan berketepatan tinggi.
Nafas yang dihembus dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam spektrometer canggih untuk pengukuran.
“Algoritma perisian proprietari menganalisis biomarker VOC dan menghasilkan keputusan dalam masa kurang satu minit,” jelas NUS dan Breathonix.
Individu yang disaring positif oleh ujian pernafasan wajib menjalani ujian calitan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19.
Breathonix diasaskan oleh tiga graduan NUS, Dr Jia Zhunan, Du Fang dan Wayne Wee Shi Jie, bersama dengan penasihat PhD Dr Jia, Profesor T Venky Venkatesan.
Ia disokong oleh Program Inovasi Penyelidikan Siswazah (GRIP) universiti berkenaan, yang ‘menggalakkan siswazah NUS yang berbakat dan kakitangan penyelidikan untuk menubuh dan menjalankan syarikat start-up berpotensi tinggi berdasarkan teknologi dalam’.
“Uji nafas kami tidak invasif,” kata Dr Jia yang merupakan CEO Breathonix.
“Pengguna hanya perlu menarik nafas biasa ke dalam penutup mulut pakai buang yang disediakan, jadi tidak akan ada rasa kurang selesa,” kata Dr Jia.
“Pencemaran silang tidak mungkin berlaku kerana penutup mulut sekali pakai mempunyai injap sehala dan perangkap air liur untuk mengelakkan penyedutan atau air liur memasuki mesin,” tambahnya.
Timbalan presiden inovasi dan perniagaan NUS Profesor Freddy Boey berkata peranti ujian nafas ini adalah kunci untuk pemulihan global dari pandemik COVID-19.
“Pandemik ini akan terus berlanjutan selama beberapa tahun. Ujian besar-besaran dan berulang perlu dijalankan secara meluas sebagai strategi kesihatan awam utama untuk menyokong pembukaan semula ekonomi yang selamat, dan teknologi buatan tempatan Breathonix mencapai tujuannya yang tepat,” kata Profesor Boey yang juga memimpin pasukan GRIP.
“Saya yakin bahawa teknologi terbaharu mereka akan memberi sumbangan penting dalam melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat Singapura juga masyarakat global,” katanya.
NUS dan Breathonix berkata ‘terdapat minat komersial yang kukuh dalam sistem ujian pernafasan BreFence Go COVID-19’, di mana syarikat itu dalam rundingan dengan beberapa organisasi tempatan dan luar negara untuk menggunakan sistem tersebut.
“Secara jujur, anda tidak dapat melepasinya,” warganet memperkatakan aksi pemandu Uber ini. Ada seorang sami dan seorang wanita bersama pemandu Uber yang menyeberangi laut Utara di lokasi air sedang pasang di England.
Rakaman video yang diambil melalui dron ini menjadi tular. Ia menunjukkan saat paling tepat lagi mengujakan apabila seorang pemandu Uber memutuskan untuk berlumba di sepanjang Holy Island Causeway di Lindisfarne, England, tetapi mungkin langsung terus menyesal.
Jelas menerusi rakaman video itu, air sedang pasang yang mana akhirnya pemandu Uber ini terpaksa mengalah dengan kemaraan air pasang yang pantas dengan kesemua penumpang dalam kereta dan ‘pemandu pro’ itu terpaksa diselamatkan oleh pengawal pantai.
Video yang diterbitkan oleh Mark Bradshaw dari ABirdsEyeView MediaProductions pada 29 Oktober ini telah menarik perhatian berjuta tontonan di YouTube dan media sosial lain.
“Keluar untuk terbang dengan Phantom 3 Adv di Holy Island, Lindisfarne, dan terakam teksi Uber ini yang cuba menyeberangi laluan tambak yang sudah ditutup kerana air pasang. Air pasang mara dengan cepat, 1 jam kemudian ketika waktu air pasang,” perincian video itu.
“Perkara itu tidak menghentikan lelaki ini daripada mempertaruhkan tambang yang dibayar penumpangnya, memandu meredah laluan air pasang dengan dua penumpang cuba menuju ke daratan. Membuatnya terpaksa mendapatkan tempat perlindungan, tetapi menyangka dia akan menjumpai emas pada satu titik. Syabas kepada sukarelawan Coastguard yang datang menyelamatkan mereka,” tulis ABirdsEyeView.
Oleh kerana jalan raya ditutup kerana air pasang semasa, laman sesawang Holy Island telah menyenaraikan waktu tertentu ‘dengan niat baik’ supaya seseorang dapat menyeberanginya dengan selamat dan berhemat. Dengan sedikit ketinggalan dalam anggaran masa dan inilah hasil yang terjadi.
Salah seorang pesakit COVID-19 yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini melarikan diri dari Hospital Kajang dan keluar membeli-belah bersama bakal tunangnya, walaupun telah disahkan dijangkiti dan dikuarantin di hospital itu.
Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang, Faizul Azim berkongsi pengalamannya berhadapan dan menahan pesakit tersebut menerusi luahan dalam akaun Facebooknya.
Pada mulanya, pesakit berusia 24 tahun yang melarikan diri itu telah pulang ke rumah ibunya, yang menghidap diabetes, dan berbohong kepada ibunya dengan mendakwa dia telah dibenarkan keluar dari hospital kerana diuji negatif.
Namun, ketika Faizul, polis dan pemeriksa kesihatan tiba di rumah pesakit ini, mereka diberitahu yang dia tiada di rumah. Ibunya memberitahu yang dia keluar bersama bakal tunangnya.
Walaupun mengetahui dan terang-terang maklum yang dirinya positif jangkitan COVID-19, pesakit itu tetap keluar membeli-belah dengan bakal tunangnya di Metro Kajang.
Dia kemudian telah ditangkap di KFC berhadapan Metro Kajang oleh Faizul Azim sendiri bersama polis dan Inspektor Kesihatan dari Klinik Kesihatan Sungai Chua.
Kerana kecuaian pesakit ini dengan rasa tidak bertanggungjawabnya, kalangan netizen berasa amat marah sambil menyatakan kekecewaan mereka di ruangan komen.
Ada yang berharap agar dia dihukum kerana membahayakan nyawa sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling dengan perbuatannya yang sangat tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, amat cuai dan tiada kesedaran.
Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita hendaklah saling bantu membantu pada ketika masa yang amat kritikal ini. Setakat 27 Mei, jangkitan positif COVID-19 mencatat angka tertinggi kepada 7,857 kes dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.
Semua orang mungkin sudah berasa lesu dan bosan dengan pandemik yang tidak berkesudahan ini tetapi jangan pula sampai anda ikutkan sahaja hati itu dengan mengabaikan pengorbanan para ‘frontliner’ yang tidak pernah berhenti berusaha untuk menyelamatkan nyawa anda. Ringankan beban kerja mereka dengan terus patuh kepada SOP.
Apabila bercakap mengenai golongan rentan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, pastinya kita akan terus terfikir warga emas.
Namun kita lupa bahawasanya golongan bayi dan kanak-kanak juga amat terdedah. Ini kerana, kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka kini mencatatkan trend peningkatan.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu menjadi peringatan buat semua agar bertanggungjawab melindungi mereka daripada dijangkiti.
CESAR VON BANCELS/AFP via Getty Images
“Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti COVID-19 dengan 6,290 adalah merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah”.
Beliau turut menambah bahawa para ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing – mengelakkan mererka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
ADEK BERRY/AFP via Getty Images
Ujar beliau lagi, ia menjadi tanggungjawab buat orang dewasa dalam usaha untuk melindungi kanak-kanak dan bayi daripada terdedah dan dijangkiti virus berkenaan.
Selain itu, beliau turut menekankan akan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Golongan dewasa menurutnya perlu melaksanakan sekatan pergerakan kendiri (self-lockdown) bagi menghindari virus itu terus menular seterusnya mengjangkiti diri dan keluarga.
Seorang pegawai perubatan baru-baru ini meluahkan kekecewaan apabila pesakitnya yang sedang hamil diuji positif dengan COVID-19 kerana gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya jarang berkongsi apa yang berlaku ketika kerja namun hari ini saya rasa sangat kecewa dan letih. Jururawat mengambil foto ini pada jam 4 pagi semasa kami menunggu bayi dilahirkan”.
“Inilah saya”, tulis doktor itu yang dikenali sebagai Dr Tasha itu di laman Facebooknya.
Menurutnya, tugas dan tanggungjawabnya serta staf yang lain pada hari tersebut amat sibuk. Ini kerana mereka bekerja tanpa rehat sejak jam 8 pagi pada hari sebelumnya. Bayangkanlah..
Kemudian pada jam 3 pagi, mereka menerima panggilan meminta agar mereka bersedia untuk kelahiran bayi secara pembedahan caesarean.
Tambahnya lagi, apabila pesakit perlu menjalani pembedahan tersebut, seramai 10-15 orang doktor dan staf diperlukan di bilik bedah bagi memastikan kelancaran prosedur berkenaan.
Mereka sememangnya tidak begitu senang apabila pembedahan perlu dilakukan di awal pagi seperti itu memandangkan bilangan kakitangan yang tidak mencukupi.
Ternyata panggilan itu sangat memberi tekanan buatnya dan staf lain. Kelahiran secara pembedahan hanya diperlukan jika terdapat komplikasi – bayi dalam keadaan tertekan ataupun ibunya tidak sihat.
Jika situasi itu berlaku, maka mereka perlu bersiap sedia untuk melakukan pembedahan tidak kira waktu.
Amat mengecewakan apabila punca pembedahan itu perlu dilakukan adalah kerana si ibu berkemungkinan positif COVID-19, dan bukannya atas faktor kesihatan lain.
Apabila ditanya bagaimana jangkitan berlaku, si ibu mengatakan bahawa dia ada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan ziarah semasa Hari Raya di rumah saudaranya.
Menurut Dr Tasha, pengalaman kelahiran akan berubah sepenuhnya jika positif COVID-19. Malah bayi juga perlu diasingkan daripada ibu sebaik sahaja lahir.
Selain itu, bayi turut terpaksa menjalani beberapa ujian dan calitan beberapa jam selepas dilahirkan.
Keadaan sebegini ternyata membuatkan para petugas kesihatan berasa letih, seakan mereka sahaja yang ‘berperang’ melawan COVID-19 tanpa kerjasama daripada orang ramai.
Kesihatan fizikal dan mental mereka juga perlu diambil kira. Jangan hanya pentingkan diri sendiri sahaja.
“Kami tidak boleh lakukannya sendiri. Kita akan gagal jika anda semua tidak memainkan peranan. Saya rayu anda untuk lakukan tanggungjawab anda”.
Sedar dan bangkitlah daripada ‘lena’ wahai rakyat Malaysia. Kita perlu berganding bahu untuk memenangi peperangan ini. Patuhilah SOP!
Kejayaan tidak datang bergolek, ia harus dicapai sendiri menerusi usaha, kesungguhan dan kegigihan seseorang. Pendek kata, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis yang kini sudah boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencapai cita-citanya.
Walaupun masih muda, iaitu berumur 17 tahun, gadis yang dikenali sebagai Hani ini sudah berjaya memiliki kereta idamannya yang dibeli secara tunai menggunakan hasil perniagaan sendiri.
Permulaannya agak mencabar dan dia hanya memperolehi pendatapan yang rendah sahaja namun kini hasil jualannya sudah mencecah hingga RM200,000!
“Orang cakap budak SPM tak mampu berjaya, tapi aku buktikan aku mampu berjaya..”, ujar Hani pada video yang dikongsi di laman TikToknya.
Video yang dikongsi Hani ini sebenarnya adalah video lama namun ia kembali mendapat perhatian ramai kerana begitu menginspirasikan khasnya buat generasi muda.
Di usia 17 tahun, Hani telah pun berjaya memiliki simpanan wang sebanyak ratusan ribu, malah dapat juga membeli barangan berharga buat diri sendiri dan keluarga.
Rezeki sememangnya tidak pernah tersalah alamat. Buat anda yang berasa masih belum mencapai impian masing-masing, teruskan usaha dan jangan pernah mengalah ya.
Mana tahu rezeki kita pula akan muncul tidak lama lagi…
Kelihatan koloni lebah ini bergerak seiring dan menghasilkan kesan seperti gelombang Mexico, sama seperti apa yang dilakukan manusia ketika menonton perlawanan bola sepak di stadium.
Proses ini dinamakan sebagai ‘shimmering’, di mana ia terhasil apabila ratusan lebah mengkoordinasi pergerakan mereka dan menolak abdomen ke atas.
Menurut sumber, tindakan ini adalah mekanisme pertahanan diri buat lebah jenis ‘Apis dorsata’ atau lebah madu.
Tujuan pergerakan sebegini adalah untuk menjadikan kawasan sarang lebah ini sebagai zon perlindungan buat koloni lebah dan juga tempat berbahaya buat bakal pemangsa.
Kementerian Kewangan telah menamatkan serta merta perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).
Keputusan itu disahkan menerusi satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin, ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta”.
Menurutnya, langkah itu adalah sebahagian daripada SOP kementeriannya. “Kita ada SOP, mana-mana pihak yang dalam dapatan awal terlibat, tidak lagi dibenar mengendalikan pengoperasian”.
Ini kerana, pihaknya perlu berlaku adil kepada semua dan ianya perlu disiasat daripada semua sudut. “Semua tren LRT sebenarnya dikenalikan secara automatik”, katanya lagi.
Tambahnya, apa yang berlaku adalah tren ini terpaksa ditarik secara manual jika berlaku masalah teknikal. “Itu yang berlaku”, akhirnya.