28.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 7, 2025
Utama Blog Laman 320

Hanya dua ekor lebah tetapi kerjasama padu serangga ini ketika membuka penutup botol minuman ringan amat menakjubkan

0

Melihat seekor atau dua ekor lebah, kita akan spontan teringat madu atau terkena sengatannya. Tetapi ketika melihat aksi mereka yang luar biasa serta jarang-jarang berlaku, hanya beberapa orang sahaja yang bertuah terserempak dengannya.

Mujurlah dengan teknologi terkini apabila semua orang bertelefon pintar dengan kamera video canggih, akan ramai orang terus mempercayai bahawa dua ekor lebah atau lebih tidak mustahil boleh membuka penutup botol minuman.

Paparan Skrin / YouTube

Kejadian yang berlaku di Caraguatatuba, Sao Paula di Brazil ini benar-benar telah menarik perhatian warganet seluruh dunia apabila dua ekor lebah telah dirakam aksi luar biasa mereka dengan cubaan mencuri minuman ringan Fanta oren yang manis.

Aksi yang membangkitkan rasa kekaguman dan bagai tidak percaya ini menunjukkan dua ekor lebah cerdik itu sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuka penutup botol minuman.

Paparan Skrin / YouTube

Dalam video tersebut, kelihatan dua ekor lebah terbang dan berada di sisi penutup botol minuman ringan Fanta itu, sedang dengan gigihnya memusingkannya bersama untuk membuka habis dan menanggalkan penutup botol ke tanah.

Kerjasama padu mereka untuk membuka penutup minuman ringan Fanta itu akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan.

Paparan Skrin / YouTube

Rakaman video ini begitu mengagumkan. Ramai warganet melahirkan rasa kagum, takjub dan terkejut kerana dua ekor lebah yang kecil tetapi sungguh bijak dan gigih untuk melakukan aksi luar biasa itu.

Mungkin mereka juga ingin berkata kepada kita, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Begitu…

Paparan Skrin / YouTube

Kelakuan dua ekor lebah ini jelas membuktikan kajian dilakukan oleh Universiti Harvard yang mendedahkan sekumpulan lebah mampu bersatu dan bergerak seiringan ketika membawa sarang mereka.

Kajian dari Universiti Queen Mary London pula menunjukkan bahawa air bergula menaikkan mood sekumpulan lebah dan menandakan mereka bukan sahaja spesies haiwan yang bijaksana malahan turut boleh menunjukkan emosi.

Paparan Skrin / YouTube

Maka itu mungkin sebabnya mereka begitu tertarik dengan minuman ringan Fanta oren itu.

Kelahiran jarang berlaku si kecil jaguar, rupa anak perempuan lebih mirip kepada ayah yang hitam dan kacak

0

Amat menggembirakan ketika The Big Cat Sanctuary menyambut kelahiran baru terpenting untuk spesies haiwan hampir terancam jaguar yang diharapkan dapat menyambung kelangsungan generasi haiwan berkenaan daripada terus mengalami kepupusan.

The Big Cat Sanctuary di Kent, England telah mengumumkan kelahiran anak jaguar betina yang dipanggil ‘Baby’ sehingga dia dinamakan secara rasmi kelak, yang berwarna hitam agak unik daripada corak bintik biasa, sehingga mengejutkan warga The Big Cat Sanctuary sendiri.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

Anak jaguar belum diberi nama secara rasmi itu dilahirkan oleh ibunya, seekor jaguar bernama Keira, yang dilahirkan di Paradise Wildlife Park, sebuah taman hidupan liar di United Kingdom pada tahun 2017. 

Pada tahun 2019, Keira dibawa ke The Big Cat Sanctuary untuk mengambil bahagian dalam projek pemuliharaan jaguar, ‘Program Biak Baka Spesies Terancam Eropah’ yang berpasangan dengan jaguar berwarna hitam bernama Neron.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

Pasangan jaguar ini akhirnya berjaya melahirkan anak perempuan mereka ‘Baby’ yang cantik, sihat dan unik pada 6 April 2021.

Bapa ‘Baby’, Neron yang sangat gagah, hitam dan kacak, terlalu mendominasi rupa anak perempuannya. Dilaporkan bahawa rata-rata spesies jaguar (Panthera onca) memiliki tanda bintik yang jelas 90%, dan hanya 10% jaguar yang mempunyai gen berbulu hitam, tetapi kelahiran anak jaguar betina amat comel ini lebih jarang berlaku kerana rupanya yang hitam asli.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

Kelahiran ‘Baby’ menandakan program pembiakan ini begitu penting dan berjaya untuk pemuliharaan spesies haiwan yang hampir terancam. 

Satu kejayaan besar dalam pembiakan jaguar, kerana jaguar pada ketika ini merupakan spesies ‘hampir terancam’ dalam habitat liarnya, yang sedang mengalami kepupusan dalam masa terdekat.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

Oleh itu, generasi berikutnya Keira dan Neron memainkan peranan yang amat penting dalam program pemuliharaan spesies jaguar yang semakin pupus. 

Sejak Keira disahkan bunting, kakitangan The Big Cat Sanctuary telah memasang kamera pengawasan untuk memerhatikan kelahiran ‘Baby’.

Melalui skrin pemantauan, kakitangan dengan konsisten memperhatikan status penjagaan anak Keira. ‘Baby’ baru berusia hampir 2 bulan, tetapi dia membesar dengan cepat.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

‘Baby’ membuka matanya sebaik sahaja dilahirkan, dan dia sudah mampu berjalan dengan baik ketika berusia 2 minggu. ‘Baby’ sangat stabil dan lincah. ‘Baby’ bukan sahaja sihat, tetapi juga sangat aktif dengan sifatnya yang sentiasa ingin tahu. The Big Cat Sanctuary terus menantikan perkembangan dan tumbesaran ‘Baby’.

Menurut Wildlife Day, jaguar dalam hidupan liar wujud di 18 negara di dunia seperti terdapat di benua Amerika terutama di Mexico dan Argentina.

Di Amerika Syarikat, walaupun jaguar jarang ditemui, bukti pembiakan spesies hampir terancam ini di negara itu tidak berlaku selama 50 tahun dan ia telah dilaporkan pupus di hidupan liar sejak awal tahun 1900-an.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

Pada tahun 1960-an dan 1970-an, jaguar diburu dalam jumlah yang besar untuk bulu mereka yang cantik, dan ‘Convention on the International Trade in Endangered Species’ (CITES) pada tahun 1973 telah sepakat untuk menghentikan perdagangan bulu jaguar menurut peruntukan undang-undang.

Secara beransur-ansur bilangan jaguar yang masih wujud di dunia semakin menurun, dengan kira-kira 18,000 jaguar masih diburu dan dibunuh setiap tahun, satu keadaan yang agak memilukan.

The Big Cat Sanctuary / Facebook

Status jaguar masih tidak menentu, terutamanya kerana ketika haiwan ini berdepan konflik dengan manusia. Oleh itu, jaguar terus berada dalam Senarai Merah IUCN (International Union for the Conservation of Nature)

Diharapkan jaguar yang disenaraikan sebagai ‘Near Threatened’ (NT), dapat ditingkatkan kepada ‘Vulnerable’ (VU) pada tahun 2022.

Tonton video di sini.

“Sekarang nak jaga kami tak?” Wanita mula beri makan kepada ibu kucing yang kemudian kumpul dan tawar jagaan kesemua 5 ekor anak comelnya

0

Terkejut sungguh apabila Shea Prior dari Alabama menemui seekor kucing jalanan yang melepak di halaman belakang rumahnya beberapa bulan yang lalu tetapi tidak sangka pula terdapat kejutan yang lebih besar.

Shea, pencinta kucing yang sudah ada dua ekor kucing mula cuba meletakkan beberapa makanan kucing di luar rumah setiap hari, dan dia benar-benar menarik perhatian seekor kucing.

Wanita ini membiarkan kucing jalanan berwarna belang kelabu itu sedikit demi sedikit mempercayai bagi membolehkan Shea bersedia untuk mendekatinya.

Facebook

Beberapa hari setelah mereka menjadi menjadi rapat, Shea mendapati kucing betina ini menghasilkan susu yang bermakna dia mungkin sudah melahirkan anak yang disembunyikan berdekatan kawasan rumahnya. 

Nampaknya kucing yang Shea namakan Cricket ini sudah menjadi ibu, tetapi Shea tidak tahu di mana Cricket menyembunyikan anak-anak kucing itu.

Facebook

Shea mula berasa simpati kerana tidak mudah bagi ibu kucing ini untuk tinggal di jalanan, tambahan dia sedang membesarkan anak-anaknya, jadi wanita ini memutuskan untuk membantu.

Lalu Shea mula berjalan di sekitar rumahnya, namun tidak pula kelihatan kelibat atau kedengaran bunyi anak-anak kucing mengiau berdekatan.

Jadi Shea mula bertanyakan ibu kucing ini, “Anak-anak kamu pasti sangat comel. Boleh tak kamu bawa saya melihat anak-anak kamu?”

Facebook

Shea tidak menyangka pula yang Cricket benar-benar memahami permintaannya!

Keesokan pagi, ketika Shea berjalan ke halaman belakang untuk menyiram bunga, ibu kucing ini dengan senang hati berlari ke arahnya dan kali ini dia tidak bersendirian selepas menyapa Shea.

Shea dipandu untuk berjalan ke bawah sisi rumahnya. Sebaik sahaja Shea menghampiri tempat itu, didapatinya kelihatan seperti beberapa bulu-bulu lembut kecil yang comel sedang bergerak-gerak di celah papan bawah rumahnya.

Pada masa sama, Cricket juga memanggil anak-anaknya yang agak pemalu, seolah-olah memberitahu mereka supaya jangan takut untuk keluar dan berkenalan dengan Shea.

Facebook

Shea agak terkejut kerana ibu kucing ini sebenarnya pintar dan sangat mempercayainya. Anak-anak kucing itu agak takut dengan kehidupan luar pada mulanya dan tidak berani keluar. 

Cricket memanggil anak-anaknya berulang kali untuk memberitahu mereka yang Shea tidak berbahaya. Anak-anak Cricket yang gebu dan comel keluar dari bawah celah papan itu satu persatu. 

Akhirnya, terdapat 5 ekor anak kucing comel kesemuanya dalam masa 15 minit selepas mereka keluar!

Facebook

Mungkin Cricket memberitahu mereka untuk tidak berasa takut kepada Shea, dan kesemuanya membenarkan mereka disentuh oleh Shea bahkan boleh memeluk!

Cricket dengan pandangan wajah comelnya seolah-olah menawarkan kepada Shea, “Sekarang macam mana nak jaga kami tak?”

Facebook

Maka Shea pun membuat keputusan untuk mengambil keluarga kucing itu dan melindunginya serta membuat persiapan untuk masa depan mereka. 

Kelima-lima anak kucing ini bersama ibu mereka telah menemui rumah dan masa depan mereka yang lebih baik.

Facebook

Mereka akhirnya mendapat penghidupan baru yang lebih baik. Tiada lagi bergelar kucing liar atau kucing jalanan. Shea berhasrat untuk memelihara Cricket itu sendiri dan akan menghantar anak-anaknya untuk diadopsi setelah mereka sedikit membesar.

Shea berkata dia amat tersentuh dan bersyukur dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh Cricket untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik demi anak-anaknya, jadi kini Cricket sendiri tidak perlu lagi menjadi kucing jalanan di masa depan!

10 gelagat kucing yang suka ganggu privasi manusia. Comel tapi kadang-kadang menjengkelkan!

0

Setiap pemilik kucing pasti pernah berhadapan dengan pelbagai karenah kucing yang manja, nakal, lincah dan lain-lain lagi. Paling utama yang dapat kita perhatikan pada setiap kucing adalah, haiwan ini amat gemar mengganggu privasi tuannya.

Diperhatikan ketika di tandas, memanjat badan, tidur di atas muka kita dan sebagainya, gelagat kucing ini adakalanya menghiburkan tetapi pada masa yang sama menjengkelkan. Adakah ini kerana kucing merasakan diri mereka adalah tuan dan manusia adalah hamba sekali gus membuatkan haiwan ini bertindak sedemikian.

Lihat 10 gelagat kucing yang pastinya akan membuatkan anda tidak kering gusi.

#1 Hai, dah selesai ke?

#2 Bayi itu kan masih kecil? Kenapa mandikan dia?!

#3 Mak, nak gosok gigi juga

#4 Mak! Kenapa mandi tak ajak?!

#5 Jangan risau, saya temankan awak

#6 Jangan lupa sabun bawah lengan sekali

#7 Dari kecil sampai dah besar, memang tak boleh tengok tuannya masuk ke dalam tab mandi

#8 Buka pintu ini!! Nak masuk juga!!

#9 Amboi! Macam lampu suluh

#10 Maaf, tolong ketuk pintu dulu sebelum masuk. Kami sedang bermesyuarat

Doktor ini tunjuk 4 cara tepat untuk pegang dan dukung kucing anda

0

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat manja dan gemar dibelai. Berbeza dengan haiwan lain seperti anjing yang pintar dan pandai menurut arahan, kucing adalah spesies yang suka seandainya dilayan bagai menatang minyak yang penuh.

Penggemar kucing memang suka memeluk dan memanjakan kucing. Tetapi adakalanya, teknik yang salah boleh menyebabkan badan anda luka akibat dicakar. Justeru, perkongsian video dari laman TikTok ini akan mengajar anda tentang cara yang tepat untuk memegang dan mengangkat kucing.

Dikenali sebagai @salehatulkhuzaimah_teh_vet, doktor haiwan ini telah berkongsi video berdurasi 1 minit tentang kaedah sebenar untuk memegang dan mengangkat kucing kesayangan anda. Namun, kaedah ini tidak semestinya sesuai untuk setiap jenis kucing memandangkan bukan semua kucing gemar untuk dipegang, dipeluk mahupun didukung.

Cara pertama, untuk mengangkat kucing, anda hendaklah meletakkan tangan pada bahagian dada kucing dan bukan perutnya. Fungsi tangan di dada itu adalah untuk menyokong berat kucing sekali gus memberikan keselesaan.

Cara kedua pula adalah mengangkat seperti memegang bola. Cara ini memerlukan kedua-dua belah tangan untuk memegang bahagian dada dan juga ekornya.

Seterusnya adalah cara yang hanya digalakkan untuk kucing kecil dan bukannya kucing dewasa. Cara ini juga sesuai dilakukan untuk jangka masa pendek sahaja. Caranya adalah dengan merangkul bahagian tengkuk dan menyokong berat kucing di bahagian bawah.

Cara terakhir dipanggil sebagai ‘shoulder cat’ di mana kucing akan diletakkan pada bahu anda dan tangan anda akan berfungsi untuk menyokong bahagian belakang kucing.

Lepas tonton video ini, pasti ada yang terus bereksperimen dengan kucing masing-masing bukan? Selamat mencuba!

Sistem kesihatan boleh lumpuh menjelang 5 Jun tanpa PKP penuh – Dr Adham

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang berkuatkuasa pada 1 Jun lalu bagi mengelakkan sistem perkhidmatan kesihatan negara lumpuh menjelang 5 Jun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin meruncing yang mencecah 9,020 kes pada 29 Mei.

Sehubungan itu, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat oleh kerajaan bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh, katanya.

Twitter

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan COVID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2.” 

“Oleh itu, kita cadangkan kepada kerajaan supaya mengumumkan PKP 3.0 pada 12 Mei lalu, bagi mengawal penularan jangkitan yang berpunca daripada 60 peratus kes sporadik dan 40 peratus kes berkaitan kluster,” jelas Dr Adham.

“Pada 25 Mei, kita putuskan PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selepas melihat nilai Rt mengikut unjuran model kes sudah melepasi 1.2 dan semakin meningkat,” tambahnya.

“Selain itu, kita berdepan dengan kebimbangan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu varian Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria,” katanya.

Dr Adham berkata, menurut penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kapasiti hospital berdasarkan bilangan kes harian COVID-19 pada asasnya diukur berdasarkan empat tahap.

@DGHisham / Twitter

Beliau menjelaskan, tahap pertama adalah apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari kurang 4,000 kes, sekali gus meletakkan kapasiti perkhidmatan hospital ketika itu di tahap optimum.

“Kapasiti perkhidmatan hospital menjadi terhad dan bertukar kepada tahap kedua apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari meningkat kepada lingkungan 4,000 hingga 8,000 kes.”

“Lebih membimbangkan apabila kapasiti perkhidmatan hospital di ambang lumpuh, iaitu tahap ketiga ketika jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari terus meningkat kepada lingkungan 8,001 hingga 13,000 kes,” katanya.

Oleh kerana Malaysia pernah berada di tahap itu susulan peningkatan kes melangkaui 9,000 sebelum ini, kerajaan perlu melakukan keputusan penting dan tindakan pembendungan berkesan bagi mengelak situasi terburuk.

“Tahap keempat yang seboleh-bolehnya ingin kita elak ialah apabila kapasiti perkhidmatan hospital menjadi lumpuh, dengan purata kes dalam tempoh tujuh hari melepasi paras 13,000 kes,” kata Dr Adham.

Dr Adham mengakui jururawat, doktor pakar dan pegawai perubatan yang mempunyai kemahiran khusus serta ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) terpaksa menanggung beban kerja hampir tiga kali ganda. 

“Pengisian semua katil menyebabkan sumber manusia terlalu terbeban. Standard penyampaian diubah suai seperti seorang jururawat terpaksa mengendalikan dua hingga tiga pesakit di ICU, selain bekerja dua syif, pakar atau pegawai perubatan pula ‘on call’ dua hari sekali,” katanya.

Wanita hamil dan menyusukan anak boleh kemaskini status di MySejahtera untuk dapatkan vaksin Pfizer

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan aplikasi MySejahtera melancarkan satu ciri baharu untuk wanita hamil atau sedang menyusukan bayi bagi mengenal pasti identiti mereka untuk tujuan pendaftaran dan pertimbangan vaksin.

Menurut KKM, ibu hamil dan sedang menyusukan bayi kini boleh mengisytiharkan status mereka menerusi aplikasi MySejahtera.

Ciri baharu ini boleh didapati di bahagian ‘COVID-19 Vaccination’ dalam aplikasi MySejahtera. Rujuk dan klik bahagian pilihan ketiga bertajuk ‘Kemas kini status kehamilan / penyusuan’ di segmen penilaian.

@Khairykj/Twitter

Menurut infografik yang dikongsi oleh KKM, vaksin Pfizer yang disarankan adalah sesuai untuk ibu sedang menyusukan anak dan wanita hamil antara 14 hingga 33 minggu.

@JKJAVMY/Twitter

Sementara vaksin AstraZeneca hanya sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Namun buat masa ini, adalah tidak disyorkan buat ibu mengandung untuk menerima vaksin AstraZeneca atau Sinovac.

Wanita hamil dan menyusukan bayi disaran untuk mendapatkan nasihat doktor masing-masing untuk maklumat lebih lanjut atau jika mereka mempunyai kebimbangan mengenai penerimaan vaksin COVID-19.

Polis kejar, pecahkan tingkap teksi untuk tahan pemandu yang lari daripada pemeriksaan

0

Pihak polis difahamkan telah mengejar seorang pemandu teksi selama lebih kurang 20 minit sebelum berjaya menahannya.

Pemandu teksi terbabit sebelum itu tidak memberikan kerjasama dan bertindak memecut teksinya ketika melalui Jalan 18/16 di Petaling Jaya pada 2 Jun lalu.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata kereta dipandu lelaki tempatan itu ditahan semasa penugasan ‘snap check’ kereta peronda polis (MPV).

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Ujarnya, suspek telah bertindak memecut laju teksinya dan hampir melanggar orang awam dan pengguna jalan raya yang lain semasa pemeriksaan hendak dilakukan.

“Polis bertindak pantas dengan mengejar suspek selama 20 minit sebelum berjaya menahannya di hadapan sebuah bank di Pekan Lama, Petaling Jaya”.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Suspek walau bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan mengunci pintu kereta sehingga memaksa polis memecahkan cermin tingkap kereta terbabit.

Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan satu tiub straw disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 0.30 gram.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

“Suspek juga didapati positif dadah dan memiliki dua rekod jenayah dengan lapan kes melibatkan dadah”, tambahnya.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Suspek berusia 34 tahun itu kini direman tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, dua anggota polis yang terlibat turut mengalami cedera ringan pada tangan dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jenuh kepala dijadikan ‘pinggan’, kucing ini acah gigit rakan tikusnya. Tahu pun takut!

0

Jika kita tonton kisah animasi terkenal Tom and Jerry, kita pastinya beranggapan bahawa kucing dan tikus sememangnya tidak boleh bersama.

Ini kerana kucing merupakan haiwan pemangsa yang secara semula jadinya gemar berburu dan sudah pastilah tikus yang menjadi buruannya!

Facebook

Namun lain pula halnya dengan seekor kucing dan tikus hamster ini.

Elok pula kedua-duanya duduk ‘lepak’ menghabiskan masa bersama. Malah, si hamster sangat santai membawa makanannya ke atas kepala rakannya itu.

petsmao

Sudahlah makan bersepah, nasib baiklah si kucing reda sahaja dan sabar melayani karenah rakannya.

Ataupun si bulus kena buli?

petsmao

Namun ada suatu ketika, si kucing bertindak ‘menggigit’ manja rakannya itu. Mungkin sudah lama bersabar barangkali…

Facebook

Jangan risau kerana si bulus hanyalah bergurau sahaja. Malah rakannya itu kemudian turut dijilatnya. Sayang betul pada rakan ya!

“Janji tau jangan gigit saya betul-betul. Kamu sayang saya kan?”

Facebook

“Ye, mestilah saya sayang kamu..”

Facebook

Beruntung si hamster kerana dikurniakan sahabat yang bukan sahaja menemaninya setiap masa malah penyayang juga.

Inilah contoh persahabatan akrab antara ‘pemangsa dan mangsanya’. Comel bukan?

Babak ‘pergaduhan’ Lion King kini jadi realiti. Oyen ditewaskan oleh si hitam putih, buat netizen terhibur

0

Agak normal untuk kucing-kucing di rumah anda bergaduh sesama sendiri. Ini kerana mereka merupakan haiwan yang mementingkan kawasan.

Atau mungkin mereka sebenarnya bergurau semata-mata dan cuma mahukan perhatian barangkali.

@duke_cbe/Twitter

Baru-baru ini, tular satu video lucu menunjukkan dua ekor kucing seperti gaduh hingga salah seekornya seakan jatuh ditolak.

Ya, ianya sama seperti babak pada filem The Lion King. Anda tengoklah sendiri gelagat kedua-duanya :

Lebih melucukan, audio pada video tersebut juga turut disunting dengan dialog di dalam filem itu.

Inilah Scar dan Mufasa di alam realiti. Sama tak?

@duke_cbe/Twitter

Oh.. tidak!

@duke_cbe/Twitter

Yang peliknya, kucing jingga atau Oyen lazimnya bersifat gengster, garang dan digeruni kucing-kucing lain.

Tetapi kali ini nampaknya Oyen terpaksa menebalkan muka apabila ditewaskan si hitam putih!