34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaSistem kesihatan boleh lumpuh menjelang 5 Jun tanpa PKP penuh - Dr...

Sistem kesihatan boleh lumpuh menjelang 5 Jun tanpa PKP penuh – Dr Adham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang berkuatkuasa pada 1 Jun lalu bagi mengelakkan sistem perkhidmatan kesihatan negara lumpuh menjelang 5 Jun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin meruncing yang mencecah 9,020 kes pada 29 Mei.

Sehubungan itu, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat oleh kerajaan bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh, katanya.

Twitter

“Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan COVID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2.” 

“Oleh itu, kita cadangkan kepada kerajaan supaya mengumumkan PKP 3.0 pada 12 Mei lalu, bagi mengawal penularan jangkitan yang berpunca daripada 60 peratus kes sporadik dan 40 peratus kes berkaitan kluster,” jelas Dr Adham.

“Pada 25 Mei, kita putuskan PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selepas melihat nilai Rt mengikut unjuran model kes sudah melepasi 1.2 dan semakin meningkat,” tambahnya.

“Selain itu, kita berdepan dengan kebimbangan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu varian Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria,” katanya.

Dr Adham berkata, menurut penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kapasiti hospital berdasarkan bilangan kes harian COVID-19 pada asasnya diukur berdasarkan empat tahap.

@DGHisham / Twitter

Beliau menjelaskan, tahap pertama adalah apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari kurang 4,000 kes, sekali gus meletakkan kapasiti perkhidmatan hospital ketika itu di tahap optimum.

“Kapasiti perkhidmatan hospital menjadi terhad dan bertukar kepada tahap kedua apabila jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari meningkat kepada lingkungan 4,000 hingga 8,000 kes.”

“Lebih membimbangkan apabila kapasiti perkhidmatan hospital di ambang lumpuh, iaitu tahap ketiga ketika jumlah purata jangkitan dalam tempoh tujuh hari terus meningkat kepada lingkungan 8,001 hingga 13,000 kes,” katanya.

Oleh kerana Malaysia pernah berada di tahap itu susulan peningkatan kes melangkaui 9,000 sebelum ini, kerajaan perlu melakukan keputusan penting dan tindakan pembendungan berkesan bagi mengelak situasi terburuk.

“Tahap keempat yang seboleh-bolehnya ingin kita elak ialah apabila kapasiti perkhidmatan hospital menjadi lumpuh, dengan purata kes dalam tempoh tujuh hari melepasi paras 13,000 kes,” kata Dr Adham.

Dr Adham mengakui jururawat, doktor pakar dan pegawai perubatan yang mempunyai kemahiran khusus serta ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) terpaksa menanggung beban kerja hampir tiga kali ganda. 

“Pengisian semua katil menyebabkan sumber manusia terlalu terbeban. Standard penyampaian diubah suai seperti seorang jururawat terpaksa mengendalikan dua hingga tiga pesakit di ICU, selain bekerja dua syif, pakar atau pegawai perubatan pula ‘on call’ dua hari sekali,” katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI