25.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 6, 2025
Utama Blog Laman 316

Gagal pakai pelitup muka, Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500

0

Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun berjumlah RM1,500 selepas gagal memakai pelitup muka ketika sesi sidang media berkaitan nahas pertembungan LRT pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata jumlah denda itu diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) setelah kertas siasatan dikembalikan kepada polis semalam.

“Beliau didenda RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana gagal memakai pelitup muka”, ujarnya.

Bernama

Pada 27 Mei lalu, polis memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak itu dipanggil bagi merakam keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap beliau susulan tidak memakai pelitup muka, hanya memakai pelindung muka semasa sesi sidang media berhubung nahas LRT.

Sedangkan menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemakaian pelitup muka di bawah pelindung muka adalah wajib.

Bernama

Tajuddin walau bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau memakai pelindung muka lutsinar sahaja supaya pihak media dapat mendengarnya bercakap dengan lebih jelas.

“Saya dimaklumkan pelindung muka sudah cukup. Saya minta maaf jika pelindung muka tidak cukup”, kata beliau.

“Pelindung muka ini bukan biasa-biasa, ditempah khas daripada sumber yang diyakini”, tambahnya lagi.

Kebanyakan kanak-kanak dijangkiti COVID-19 daripada golongan dewasa, kata Persatuan Perubatan Malaysia

0

PETALING JAYA: Peningkatan jumlah kes COVID-19 dalam  kalangan kanak-kanak di negara ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada kakitangan sekolah atau keluarga atau saudara-mara yang lebih tua di rumah, kata Persatuan Perubatan Malaysia.

Presidennya, Dr Subramaniam Muniandy berkata bahawa laporan kementerian kesihatan mencatatkan 82,341 kes COVID-19 yang melibatkan bayi dan kanak-kanak di Malaysia dan 30,000 daripadanya direkodkan hanya dalam masa seminggu.

Dari jumlah itu, 19,851 adalah kanak-kanak di bawah usia empat tahun. Subramaniam menyatakan bahawa kebanyakan mereka dalam kategori ini jarang meninggalkan kediaman mereka. Jadi, kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 adalah berpunca daripada ahli keluarga.

Mengulas mengenai 8,237 kes yang melibatkan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun, dia mengatakan bahawa kemungkinan kumpulan yang lebih muda ini mempunyai sistem imun dan tindak balas yang lebih baik untuk menghilangkan virus.

Menurutnya lagi, mereka yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun mungkin dingakiti virus ini di sekolah terutama darapada guru atau staf sekolah.

“Walaupun sekolah menerapkan SOP yang ketat di dalam kelas, terdapat kerumunan di pekarangan sekolah sebelum dan sesudah sesi persekolahan, terutama di pintu masuk ketika ibu bapa menurunkan atau menjemput mereka.”

Sehingga 31 Mei, seramai 26,851 orang kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 dan 27,402 remaja berusia 13 hingga 17 tahun disahkan  positif dengan virus ini.

Subramaniam juga mengatakan tidak ada hubungan yang jelas antara peningkatan jangkitan pada anak-anak dan varian baru COVID-19, walaupun beberapa negara mendapati bahawa varian baru boleh memberi kesan yang lebih teruk kepada mereka yang lebih muda.

Menurutnya lagi, negara-negara lain seperti India, Brazil dan Indonesia juga mencatatkan angka jangkitan yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa gelombang kedua.

“Kematian kanak-kanak dari COVID-19 di negara-negara ini juga meningkat. Kesesakan dan kekurangan zat makanan juga menyebabkan mereka menghadapi risiko kematian dan morbiditi yang lebih tinggi.”

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mendedahkan bahawa negara ini telah mencatatkan tiga kematian yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun dalam lima bulan pertama tahun 2021.

Noor Hisham juga mengatakan seramai 27 kanak-kanak telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) tahun ini, 19 daripadanya berusia di bawah lima tahun. Ini adalah peningkatan yang ketara berbanding dengan lapan kanak-kanak di ICU pada tahun lalu.

Walaupun bilangan kanak-kanak di ICU semakin tinggi, Subramaniam mengatakan majoriti mereka tidak memerlukan pengudaraan mekanikal.

Mereka dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian terperinci. Mujur, angka kematian di kalangan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun adalah masih sangat rendah.

Menurut Subramaniam lagi, penyelesaian terbaik untuk melindungi kanak-kanak adalah dengan memberi vaksin kepada  sebahagian populasi dewasa di Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok.

Langkah selanjutnya adalah dengan memvaksinasi kumpulan remaja dan kemudian anak-anak yang lebih muda, setelah kajian klinikal dapat memastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin jika diberikan kepada golongan ini.

Rancangan ‘All Together Now Malaysia’ dihentikan sementara, tunggu siasatan ekoran dakwaan langgar SOP

0

KUALA LUMPUR- Program hiburan ‘All Together Now Malaysia’ yang menghimpunkan seramai 50 selebriti sebagai juri di program tersebut diberhentikan sementara atas sebab dakwaan berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Sebelum ini, program hiburan tersebut viral di media sosial dan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton. Antara perkara yang dibangkitkan ialah isu penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka ketika program dirakam.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, penggambaran program tersebut  sebenarnya telah dilakukan pada Mac lalu di Putrajaya dan ketika itu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 belum dilaksanakan.

Kesemua krew penerbitan dikatakan telah menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum penggambaran dijalankan dan hanya krew yang berstatus negatif sahaja yang dibenarkan meneruskan rakaman.

Set rancangan juga dibina dengan mengambil kira pejarakan fizikal antara juri dan terdapat  penghadang lutsinar yang diletakkan antara mereka.

Jelasnya lagi, rakaman program berkenaan turut dihadiri beberapa wakil daripada agensi-agensi keselamatan bagi memantau SOP sepanjang rakaman terbabit dijalankan.

Walau bagaimanapun, rancangan hiburan itu diberhentikan buat sementara waktu supaya pihak berkuasa dapat menyiasat tentang dakwaan berkenaan berlakunya pelanggaran SOP ketika program berlangsung.

Ujian psikologi Jepun : Pilih warna merah jambu kegemaran untuk ketahui pandangan anda tentang cinta

0

Merah jambu adalah warna yang sangat diminati oleh rata-rata wanita buka? Tahukah anda sebenarnya warna ini penuh dengan cinta?

Foto hiasan/Pixabay

Di Jepun baru-baru ini, terdapat ujian psikologi melibatkan 6 tona merah jambu yang berbeza, di mana anda yang menyertai kuiz ini akan mengetahui tentang diri masing-masing.

Pilihlah dulu tona merah jambu mana yang anda gemar :

Yahoo

Pilihan 1

Yahoo

Anda mahu dicintai. Anda juga mahu semua orang untuk menyayangi anda, sama seperti anda sayangkan diri sendiri namun  oleh kerana kamu mementingkan intuisi dan pandangan pertama, maka anda tidak akan memulakan perhubungan dalam masa yang singkat.

Kadang kala anda akan berdepan dengan masalah emosi dan kesedihan, anda juga cenderung untuk berasa kecewa. Jika anda percaya pada firasat sendiri, maka anda akhirnya akan menemui seseorang yang memahami anda.

Pilihan 2

Yahoo

Anda suka dimanjakan dan juga mudah berasa sunyi. Anda menjadikan diri sendiri sangat bergantung kepada seseorang, jadi berhati-hati agar ianya tidak berlebihan. Anda suka pasangan anda mengambil berat tentang diri anda. Jika anda bertimbang rasa padanya, mungkin hubungan anda berdua akan bertahan lama.

Pilihan 3

Yahoo

Anda dambakan percintaan yang romatis. Bagi memiliki cinta dongeng sebegitu, anda sanggup untuk bekerjasama dengan pasangan anda tanpa syarat. Bagi anda, mempunyai hobi dan minat yang sama akan menjadikan hubungan ini semakin teguh.

Namun di sisi lain, anda juga individu yang sangat mudah disakiti. Terlalu peduli dengan perasaan orang lain dengan mudah membuatkan anda berfikir terlalu banyak ataupun ‘over-thinking’.

Pilihan 4

Yahoo

Anda menyukai orang yang mempunyai keperibadian yang berlawanan. Anda berminat dengan orang yang mempunyai idea yang sama sekali berbeza dengan anda. Anda mudah tertarik kepada mereka dan berharap kedua-dua belah pihak dapat memberi inspirasi dan semangat antara satu sama lain kerana idea yang berbeza.

Anda juga adalah individu yang sangat bertoleransi. Walaupun berasa tidak selesa, anda mungkin menerimanya atau menzahirkannya. Kadang kala penting untuk anda menyatakannya dengan jelas kerana ia dapat memupuk perasaan yang lebih dalam.

Pilihan 5

Yahoo

Anda adalah orang yang sukakan kesucian. Keperibadian anda sangat lembut dan anda dapat memberi ruang kepada pasangan anda. Tetapi anda tahu hadnya. Sekiranya pihak lain berlaku curang, anda sama sekali tidak berminat untuk meneruskannya lagi. Dengan mudah dan tegas, anda boleh menamatkannya.

Pilihan 6

Yahoo

Anda sangat bersedia untuk berkorban buat pasangan. Anda akan menyokong keputusannya tanpa syarat. Anda juga sering mempertimbangkan apa yang anda boleh lakukan buat pasangan, secara serius.

Anda bukanlah individu yang hanya bergerak separuh jalan. Untuk mengejar cita-cita, anda kadang kala akan mendorong cita-cita anda ke arah orang lain. Jadi amat penting untuk pastikan perasaan orang lain turut dijaga.

Orang lain juga mudah jatuh cinta terhadap anda yang lembut dan juga penyayang.

Akaun sosial media Xiaohongshu disekat selepas keluar kenyataan berkait Tiananmen

0

Akaun media sosial untuk aplikasi e-dagang China yang terkenal, Xiaohongshu telah disekat setelah mengeluarkan kenyataan mengenai ulang tahun insiden di Dataran Tiananmen pada 1989.

Akaun itu memuat naik, “Beritahu saya : Apa tarikh hari ini?” di platform Weibo. Kenyataan itu yang dikeluarkan buat 14 juta pengikut akaun tersebut kemudian dipadam dengan pantas.

Kenyataan di Weibo itu kemudian telah digantikan dengan pesanan yang mengatakan bahawa akaun itu sedang disiasat atas sebab pelanggaran undang-undang dan peraturan.

Pihak Xiaohongshu masih belum memberikan komen secara terbuka mengenai perkara itu. Sehingga pagi 7 Jun, akaunnya di Weibo tetap terkunci tetapi aplikasi dengan 300 juta pengguna itu masih berfungsi.

Getty Images

Tidak jelas sama ada kenyataan itu merujuk kepada kekerasan yang berlaku di Dataran Tiananmen. Individu yang mengetahui perkara itu memberitahu Wall Street Journal bahawa catatan itu tidak berkaitan dengan ulang tahun.

Xiaohongshu, disokong oleh syarikat internet gergasi China – Alibaba dan Tencent, telah digambarkan sebagai Instagram China dengan e-dagang, kebanyakannya digunakan oleh wanita muda yang tinggal di bandar.

Ia mempunyai nama yang sama dalam bahasa Cina ‘Little Red Book’ – sebagai buku petikan terkenal oleh Mao Zedong, bapa Komunis China.

Xiaohongshu kerap mengemukakan soalan di media sosialnya dan telah memuat naik kenyataan serupa pada hujung minggu lalu.

Ulang tahun insiden di Dataran Tiananmen sangat sensitif di China, dengan parti pemerintah secara berkala menekan usaha peringatan hari tersebut.

Tentera China pada ketika itu bertindak melakukan kekerasan terhadap tunjuk perasaan pro-demokrasi di Beijing pada 4 Jun 1989.

Dianggarkan bahawa jumlah kematian semasa kejadian tersebut mencecah ratusan hingga ribuan nyawa.

Pada 4 Jun lalu, aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Chow Hang Tung telah ditangkap kerana mempromosikan perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Chow merupakan naib ketua ketua Perikatan Hong Kong yang menganjurkan usaha tahunan bagi mangsa-mangsa tindakan keras berkenaan.

Organisma di Siberia membeku selama 24,000 tahun, mampu kembali hidup

0

Satu kajian baru menunjukkan bahawa organisma multiselular mikroskopik kembali hidup setelah dibekukan selama 24,000 tahun di Siberia.

Para saintis difahamkan telah menggali organisma yang disebut sebagai ‘Bdelloid rotifer’ dari Sungai Alayeza yang terletak di Artik Rusia.

Ia telah menghabiskan ribuan tahun dalam keadaan beku yang disebut sebagai ‘kelahiran tersembunyi’. Setelah dicairkan, ia boleh membiak secara aseksual.

Kajian terdahulu sering kali mempercayai bahawa organisma tersebut hanya mampu bertahan dalam keadaan beku sehingga 10 tahun.

BBC

Namun kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology pada 7 Jun lalu menunjukkan bahawa ia mungkin mampu bertahan selama ribuan tahun.

Wakil dari Institut Sains Tanah, Fizik, Kimia dan Masalah Biologi Rusia, Stas Malavin berkata bahawa organisma multiselular dapat dibekukan dan disimpan selama ribuan tahun, kemudian dihidupkan semula.

Ujarnya lagi, terdapat lebih banyak kajian diperlukan bagi memahami bagaimana ia mencapai proses luar biasa tersebut.

Para saintis yang terlibat dalam penyelidikan ini juga telah membeku dan mencairkan puluhan spesies ini di makmal bagi menguji proses yang dimaksudkan.

Mengikut kaedah radiokarbon, usia spesimen ‘rotifer buzzard’ ini adalah antara 23960 dan 24485 tahun.

“Verruciform rotifer’ adalah sejenis organisma yang terdapat di persekitaran air tawar di kebanyakan kawasan di dunia. Nama ‘rotifer’ berasal dari bahasa Latin yang bermaksud ‘rolet’.

Organisma ini terkenal akan kemampuannya untuk menentang keadaan yang ekstrim. Menurut laporan, ia merupakan salah satu makhluk yang tahan terhadap radiasi di planet ini.

Ia juga mampu bertoleransi dengan tahap oksigen yang rendah, kelaparan, keasidan yang tinggi dan dehidrasi selama bertahun-tahun.

Selain rotifers, ada juga laporan mengenai organisma multiselular lain seperti nematoda, beberapa tumbuhan lain dan lumut, yang masih hidup setelah ribuan tahun kemudian.

Kajian Oxford : Tiada kelawar, tenggiling dijual di pasar basah Wuhan

0

Kajian oleh Univerisiti Oxford mendapati bahawa tiada kelawar mahupun tenggiling yang dijual di pasar basah Wuhan tatkala wabak virus Parti Komunis China (PKC) bermula.

Terdahulu, pegawai China mendakwa bahawa virus yang menyebabkan COVID-19 itu berasal daripada luar negara.

Rata-rata mempercayai bahawa virus itu berasal dari makmal tingkat 3 di Wuhan, di mana kes-kes awal virus itu dikesan ataupun daripada pasar makanan laut berhampiran makmal.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada bulan Mac bahawa organisasi itu tidak menemui sumber virus tersebut.

Malah laporan mengatakan bahawa virus itu berkemungkinan memiliki perumah pada haiwan manakala teori lain pula tidak dapat dianalisis secukupnya.

Menurut Universiti Oxford, kelawar dan tenggiling merupakan dua suspek utama dalam teori pembanggunan semula jadi dan kedua-duanya mempunyai alibi.

Menurut universiti itu, Unit Penyelidikan Pemuliharaan Hidupan Liar (WILDCRU) secara kebetulan bekerjasama dengan rakan yang berpangkalan di China bagi mengumpul data daripada seluruh pasar basah Wuhan sejak Mei 2017 hinggalah November 2019 untuk mengkaji virus yang berbeza.

“Kajian itu meletakkan pasukan di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat untuk mendokumentasikan haiwan buas yang dijual di pasar-pasar ini sebelum terjadinya wabak”, kata Profesor David Macdonald, pengarah WILDCRU dalam satu pernyataan.

Kajian itu yang diterbitkan oleh jurnal Nature, mengatakan bahawa pasukan itu mendokumentasikan 47,381 individu dari 38 spesies yang dijual sebagai haiwan peliharaan atau sebagai makanan, termasuklah landak, burung merak, rakun, teledu dan reptilia namun tidak kelawar mahupun tenggiling.

“Kelawar sebenarnya jarang dimakan di kawasan China Tengah, di mana foto pasar umumnya menggambarkan Indonesia. Penjualan tenggiling masih menjadi isu penting di bandar-bandar lain di China namun bukan di Wuhan”, jelas David.

Persoalan mengenai asal usul virus PKC telah berkembang baru-baru ini, dengan sejumlah saintis yang telah menolak teori kebocoran makmal.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pada 26 Mei bahawa beliau mahu Komuniti Perisikan membuat laporan mengenai asal usul virus PKC dalam tempoh 90 hari.

Downing Street juga mengatakan bahawa WHO perlu meneroka semua teori yang mungkin, walaupun seorang bekas ketua perisikan mengatakan organisasi itu tidak lagi boleh diharap untuk menyelesaikan isu ini.

Bulan lalu, 18 penyelidik antarabangsa telah menandatangani surat yang mendorong penyiasatan yang tepat mengenai asal usul virus. Ahli epidemiologi AS, Ralph Baric adalah antara yang terlibat.

Baric dan Dr. Shi Zhengli – ahli virologi kanan di Institut Virologi Wuhan yang dikenali sebagai ‘Bat Lady’ untuk penyelidikannya mengenai virus korona kelawar, adalah antara pengarang akhbar yang diterbitkan pada tahun 2015 mengenai virus korona kelawar.

Baric juga salah seorang saintis yang mengklasifikasikan virus PKC dan menamakannya SARS-CoV-2.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Pasukan Fauci bercampur baur memberi respons atas dakwaan kebocoran makmal pada Januari 2020

0

Pegawai kesihatan tertinggi Amerika Syarikat termasuk Anthony Fauci, bergelut panik pada akhir Januari 2020 untuk memberi respons terhadap laporan awam mengenai kemungkinan hubungan pandemik COVID-19 dan Institut Virologi Wuhan di China.

Pendapat dan jangkaan mereka dalam memberi tindak balas diperolehi menerusi pemeriksaan lebih 3,000 halaman e-mel milik Dr Anthony Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID), yang didedahkan atas permohonan di bawah Akta Kebebasan Maklumat yang mana telah memberikan garis masa peristiwa itu dengan terperinci.

E-mel tersebut menunjukkan para pegawai kesihatan menyatakan kebimbangan akan penglibatan Amerika Syarikat dengan makmal itu sebelumnya, dan mereka mempunyai pengetahuan mengenai kenyataan umum yang dibuat oleh pengarah makmal Wuhan mengenai pembiayaan Amerika Syarikat untuk penyelidikan kontroversi yang dijalankan di bandar itu.

Susulan perbualan dan perbincangan para pegawai kesihatan, diskusi awam mengenai sumber tentang kebocoran makmal yang berpotensi telah ditindas secara aktif oleh platform media sosial, pegawai kesihatan, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Anthony Fauci di Washington DC pada 3 Mac 2020. (Gambar oleh Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)

31 Januari 2020

Dr Anthony Fauci menerima e-mel pada jam 8.43 malam (hal. 3229) pada 31 Januari 2020, daripada rakan sekerja, Greg Folkers dari Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan kesihatan awam. E-mel tersebut tidak mengandungi teks dan hanya memuat naik satu artikel panjang yang telah diterbitkan dalam majalah Science pada petang itu.

Artikel itu, yang ditulis oleh Jon Cohen, adalah salah satu kisah terawal yang menggambarkan bagaimana para saintis bekerja dengan panik ke atas “genom yang viral” untuk “memahami asal-usul 2019-nCoV.”

Artikel tersebut memfokuskan kepada teori bahawa virus itu berasal dari pasar makanan laut di Wuhan, dan penulis berusaha keras untuk menolak teori kebocoran makmal, dengan memperhatikan bahawa urutan virus untuk “meruntuhkan idea bahawa patogen berasal dari sebuah institut virologi di Wuhan.”

Walau bagaimanapun, penulis menekankan “kebimbangan mengenai institusi ini mendahului wabak,” dan juga memperincikan bagaimana seorang saintis “pada tahun 2015 mengkritik eksperimen di mana pengubahsuaian dilakukan terhadap virus seperti SARS yang berlegar dan didapati dalam kelawar di China untuk melihat apakah ia mempunyai potensi untuk menyebabkan penyakit kepada manusia.”

Eksperimen yang dinyatakan menerusi artikel Science itu secara lebih terperinci dijelaskan menerusi artikel pada 9 November 2015 dalam jurnal Nature mengenai eksperimen berfungsi-keuntungan – suatu proses di mana virus sengaja dibuat menjadi lebih ganas untuk meramalkan penyakit yang bakal muncul — yang dilakukan di makmal Wuhan menggunakan “virus chimeric” dalam tikus.

Penulis artikel itu, termasuk pengarah makmal Wuhan, Shi Zhingli yang menekankan bahawa penyelidikan mereka dimulakan sebelum kerajaan Amerika Syarikat memperkenalkan moratorium penyelidikan berfungsi-keuntungan. Mereka menambah yang kertas penyelidikan mereka “telah disemak oleh lembaga dana pembiayaan,” dan yang terpenting, “penyelidikan lanjut telah diminta, dan perkara ini telah dipersetujui oleh NIH.”

Artikel itu juga menyatakan “penyelidikan dalam manuskrip ini disokong oleh geran dari Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan”, organisasi yang Fauci ketuai, serta organisasi induk NIAID iaitu NIH.

Setelah menerima e-mel daripada rakannya di NIH (hal. 3,229), Fauci memanjangkan artikel Science itu kepada John Mascola dari NIH pada jam 9.47 malam. (hal. 3,229), dengan catatan, “Ini adalah artikel Jon Cohen.”

Dua minit kemudian (hal. 3,187), Fauci juga memanjangkan pula artikel itu kepada Jeremy Farrar, ketua organisasi tanpa keuntungan dari Britain, dan Kristian Andersen, seorang profesor dari Scripps Research dengan memberitahu mereka, “Ini baru dikeluarkan hari ini. Anda mungkin pernah melihatnya. Sekiranya tidak, ini menarik untuk perbincangan semasa.”

Mengapa Fauci memilih untuk menghubungi Farrar dan Andersen, yang kedua-duanya tidak bekerja untuk Fauci atau NIH, tidak jelas tetapi pada hari-hari berikutnya, kedua-duanya menjadi kekuatan utama dalam usaha untuk menolak teori kebocoran makmal. Pada bulan Mac 2020, Andersen menulis bersama dalam sebuah kertas yang sangat berpengaruh “The Proximal Origin of SARS-CoV-2”, yang masih banyak disebut sebagai bukti asal usul secara semula jadi. Andersen bersama penulisnya mendapat dana dari NIH dan organisasi Farrar.

Fauci juga menghantar e-mel artikel itu kepada Robert Kadlec di Pejabat Penolong Setiausaha untuk Kesediaan dan Respons (ASPR), HHS pada jam 9.49 malam (hal. 3,222), dengan berkata kepadanya: “Bob: Ini baru saja keluar hari ini. Sila beri pandangan yang seimbang. Tony.”

Pada jam 10.32 malam (hal. 3,187) malam itu, Fauci menerima respons e-mel daripada Andersen, yang mengesahkan menerima artikel itu dan mencatatkan pemerhatian yang dibuatnya.

Menurut Andersen, “Ciri-ciri virus yang bukan biasa membentuk bahagian genom yang sangat kecil (<0,1%) jadi seseorang perlu memerhatikan semua urutan dengan sangat teliti untuk melihat bahawa beberapa ciri (berpotensi) kelihatan kejuruteraan direka.”

Pada awal hari itu, Andersen telah menghantar tweet yang menyangkal teori Senator Tom Cotton (R-Ark.) bahawa virus itu berpunca dari makmal Wuhan, dengan mengatakan, “Analisisnya benar-benar tersasar dan salah. Semuanya boleh diabaikan dengan selamat.”

Dr. Anthony Fauci di Capitol Hill, Washington DC pada 26 Mei 2021 (Gambar oleh Sarah Silbiger-Pool/Getty Images)

1 Februari 2020

Keesokan paginya — pada jam 7.29 pagi (hal. 3,221) pada 1 Februari 2020, Fauci menghantar artikel Nature 2015 kepada Hugh Auchincloss, timbalan pengarah utama NIAID, yang memperincikan eksperimen fungsi- keuntungan itu dan pembiayaan NIH. Fauci menyertakan mesej dengan kata-kata tegas, dengan mengatakan: “Penting untuk kita berbincang pagi ini. Pastikan untuk terus hidupkan telefon pintar anda.” Fauci mengarahkan Auchincloss untuk “membaca penulisan dalam kertas ini dan juga e-mel yang akan dikirimkan kepada anda sekarang.”

“Anda akan mempunyai tugas hari ini yang mesti dilakukan,” tulisnya.

Artikel Nature dirujuk secara tidak langsung dalam artikel Cohen yang baru diterbitkan. Tiga puluh lima saat kemudian (hal. 3,215), Fauci melanjutkan arahannya dengan mengirimkan kepada Auchincloss artikel Science yang baru diterbitkan, yang telah disampaikan kepadanya pada malam sebelumnya.

Pada tahun 2014, NIAID memberikan geran berjumlah US$ 3.7 juta kepada EcoHealth Alliance yang berpusat di New York, yang diketuai oleh Peter Daszak. Menurut Francis Collins dari NIH, sebahagian dana telah “disalurkan ke Wuhan” sebagai sebahagian “subkontrak dari EcoHealth.”

Pentadbiran Obama pada tahun 2014 telah menetapkan moratorium penyelidikan fungsi-keuntungan, kerana kewujudan risiko sedia ada. Kemungkinan penyelidikan tahun 2015 dalam artikel yang dihantar kepada Auchincloss oleh Fauci akan dilindungi oleh larangan tersebut.

Pada jam 8.19 pagi (hal. 3,210), Fauci menghantar artikel Nature kepada Lawrence Tabak dari NIH, dalam e-mel yang ditandakan sebagai “PENTING.” Fauci hanya memberitahu Tabak, “Ini dia.”

Kira-kira dua jam kemudian, pada jam 10.34 pagi (hal. 3,197), Farrar menghantar e-mel kumpulan, mengumumkan pada jam 2 petang akan diadakan telekonferensi. E-melnya menekankan “maklumat dan perbincangan dikongsi dengan penuh keyakinan dan tidak boleh dikongsi sehingga persetujuan mengenai langkah selanjutnya.”

Termasuk dalam e-mel adalah ringkasan agenda yang termasuk item “Pengenalan, fokus dan keputusan yang diharapkan” dan “Maklumat dan langkah berikutnya.” Termasuk Farrar, terdapat 13 individu yang disenaraikan dalam agenda telekonferensi.

Tidak lama selepas e-mel Farrar dalam panggilan sidang itu, Auchincloss memberi maklum balas e-mel Fauci pada jam 11.47 pagi (ms 3,206) di bawah bebenang e-mel dengan baris subjek “Bersambung.” Rantaian e-mel ini berbeza dengan yang dimulakan oleh Fauci ketika beliau menghantar dua artikel pada awal pagi itu.

Auchincloss menulis, “Kertas yang anda kirimkan menyatakan eksperimen dilakukan sebelum penambahan fungsi dihentikan tetapi sejak itu ia telah disemak dan dipersetujui oleh NIH. Tidak pasti apa maksudnya kerana Emily yakin bahawa tidak ada kerja coronavirus yang melalui rangka kerja P3. Emily akan berusaha untuk menentukan sama ada kita mempunyai hubungan jarak jauh dengan pekerjaan di luar negara ini.”

Kakitangan Makmal P4 di Wuhan, China pada 23 Februari 2017 (Gambar oleh Johannes Eisele / AFP / Getty Images)

“Rangka kerja P3” merujuk pada rangka kerja HHS P3CO (Rangka Kerja HHS untuk Membimbing Keputusan Pembiayaan Tentang Cadangan Penyelidikan yang Melibatkan Patogen Pandemik Berpotensi yang Dipertingkatkan), yang digunakan untuk membimbing keputusan pembiayaan HHS dan NIH. Nampaknya Auchincloss mempertikaikan pendapat para penyelidik di makmal Wuhan bahawa eksperimen fungsi-keuntungan itu telah dipersetujui.

Fauci membalas e-mel Auchincloss pada jam 12.51 tengah hari (hal. 3,206) dengan catatan ringkas, “OK. Nantikan.”

Jam 1.13 petang (hal. 3,197), Farrar telah menghantar e-mel lain yang berkaitan telekonferensi bermula jam 2 petang yang mungkin ditangguhkan, dengan mengatakan: “Kristen dan Eddie telah berkongsi ini dan akan membincangkannya melalui panggilan. Terima kasih. Mudah-mudahan dapat membantu dalam merangka perbincangan.” Kristen nampaknya Kristian Andersen, yang kemudian dirujuk sebagai KA.

Kerana kandungan disunting, tidak diketahui apa yang disebut oleh Farrar sebagai “berkongsi”.

Pada jam 1.34 petang (hal. 3,197), Fauci melanjutkan e-mel Farrar kepada Tabak, dengan memaklumkan dalam telekonferensi jam 2 petang dengan catatan, “FYI.”

Jam 1.43 petang (hal. 3,172), Marion Koopmans, yang mengawasi makmal Belanda yang sebelumnya terlibat dengan eksperimen fungsi-keuntungan, menghantar e-mel kepada Farrar dan CC kepada Fauci serta ahli dalam kumpulan panggilan lain. Bahagian e-mel Koopmans disusun semula dengan sepenuhnya.

Pada masa yang sama ketika Koopmans menghantar e-mel itu (hal. 3,187), Fauci membalas e-mel Andersen, yang sebelumnya telah menyatakan bahawa “seseorang perlu melihat semua urutan dengan teliti untuk memastikan beberapa ciri (berpotensi) terlihat kejuruteraan direka.” Fauci hanya menulis: “Terima kasih, Kristian. Berbincang melalui panggilan kelak.”

Telekonferensi itu nampaknya bermula pada jam 2.00 petang seperti yang dijadualkan. Pada jam 2.56 petang (hal. 3,172), semasa telekonferensi, Farrar menghantar e-mel kepada empat dari 13 individu yang dipercayai sedang menyertai telekonferensi itu, termasuk Fauci, dengan pertanyaan, “Boleh saya cadangkan yang kita mematikan panggilan dan kemudian memanggil semula? Hanya selama 5-10 minit? “

Jam 3.03 petang (hal. 3,172), Fauci membalas secara langsung permintaan Farrar dengan jawapan ringkas “ya”. Jam 3.07 petang (hal. 3,167), Farrar sepertinya telah menyertai kembali panggilan tersebut, menghantar e-mel dengan bunyi agak mengelirukan, “Saya telah kembali sehingga saluran terbuka sekiranya terdapat bantuan untuk menyertai kembali.”

Telekonferensi berakhir tidak lama selepas ini dan sebelum e-mel seterusnya, yang dihantar pada jam 3.50 petang.

Jam 3.50 petang e-mel (hal. 3,167) yang dikirim oleh Collins, nampaknya merujuk kepada ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menyatakan: “Hai Jeremy, saya bersedia untuk setiap saat 24/7 menerima panggilan Tedros. Maklumkan sahaja kepada saya. Terima kasih atas kepemimpinan anda dalam isu kritikal dan sensitif ini. Francis.”

Tidak lama selepas itu, Farrar menghantar e-mel pada jam 3.59 petang (hal. 3,133) kepada semua ahli kumpulan, mengucapkan terima kasih atas penyertaan mereka. Farrar menulis, “Ada banyak yang perlu difahami untuk difahami dalam hal ini. Panggilan ini sangat berguna untuk mendengar beberapa pemahaman semasa kami dan banyak jurang dalam pengetahuan kami.”

Bahagian suntingan besar diikuti. Farrar menutup dengan berkata, “Saya harap itu adalah pendekatan yang wajar, tolong hantarkan idea atau cadangan. Sekali lagi, terima kasih kerana meluangkan masa pada waktu hujung minggu untuk perbincangan yang tepat mengenai isu yang rumit. Terima kasih dan salam terbaik Jeremy.”

Terdapat beberapa e-mel yang lebih pendek dan mesra selepas itu.

Peter Daszak, salah seorang anggota pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyiasat asal usul COVID-19 bercakap kepada media ketika berada di Institut Virologi Wuhan, Hubei di China pada 3 Februari 2021. (Gambar oleh Hector Retamal / AFP / Getty Images)

2 Februari 2020

Pada jam 3.30 pagi (hal. 3,130), Ron Fouchier menghantar e-mel kepada penerima yang tidak diketahui, mengucapkan terima kasih kepada Farrar atas “telekonferensi yang berguna” dan memasukkan bahagian yang bertajuk “Catatan Ron”. Bahagian nota merangkumi lebih dua halaman penuh dan disusun semula sepenuhnya.

Farrar membalas e-mel Fouchier dengan mengatakan “Terima kasih Ron,” diikuti dengan perenggan yang disusun semula. Mesej Farrar ditutup dengan “Pandangan yang sangat dialu-alukan.”

Farrar kemudian menghantar e-mel pada jam 4.48 pagi (hal. 3,128) kepada Andrew Raumbaut dan ahli lain dari kumpulan telekonferensi. Farrar menyatakan, “Ini adalah masalah yang sangat kompleks.” Komen ini diikuti oleh bahagian yang telah lama disunting sebelum Farrar menutup dengan mesej, “Saya cadangkan kita tidak memasuki perbincangan ilmiah lebih lanjut di sini, tetapi tunggu kumpulan itu memulakannya.”

Ketua NIH Collins kemudian menghantar e-mel kepada Farrar pada jam 5.27 pagi (hal. 3,128), dengan menyatakan yang beliau bersedia “untuk panggilan kepada Tedros.”

“Maklumkan kepada saya jika saya dapat membantu menembusi belokan pelindungnya,” tulisnya. E-mel itu dihantar salinannya kepada Fauci dan Tabak.

Pada jam 7.13 pagi (hal. 3,126), Collins menghantar e-mel kepada Farrar dan CC kepada Fauci dan Tabak, dengan menyatakan, “Kami benar-benar menghargai pandangan dengan pilihan ..” Entri ini diikuti dengan pengurangan satu baris.

Pada jam 11.28 pagi (hal. 3,125), Farrar mengirim e-mel kepada Fauci dan Collins, dan salinannya kepada Tabak. Farrar berkongsi dengan yang lain: “Tedros dan Bernhard nampaknya telah memasuki kesimpulan… mereka perlu memutuskan pada hari ini akan pandangan saya. Sekiranya mereka berdalih, saya akan menghargai panggilan anda pada lewat malam ini atau esok untuk memikirkan bagaimana kita akan terus maju dengan langkah seterusnya.”

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sidang media situasi terkini COVID-19 di Geneva pada 24 Februari 2020. (Gambar oleh Fabrice Coffrini / AFP / Getty Images)

Pada akhir e-mel, Farrar menambahkan rujukan ke laman berita dalam talian ZeroHedge, yang baru saja menerbitkan artikel mengenai kemungkinan coronavirus bocor dari makmal.

Sehari selepas mesej Farrar, ZeroHedge diharamkan di Twitter.

Walaupun tidak diketahui apa yang telah diberitahu, atau diminta oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros, pada 3 Februari 2020, beliau mengeluarkan “Laporan Ketua Pengarah”, yang termasuk arahan untuk “memerangi penyebaran khabar angin dan maklumat yang salah.” Tedros juga melanjutkannya di Twitter.

Semasa ucapannya, Tedros mengumumkan, “Kami telah bekerjasama dengan Google untuk memastikan semua orang yang mencari maklumat tentang coronavirus untuk melihat maklumat WHO di bahagian atas hasil carian mereka. Platform media sosial termasuk Twitter, Facebook, Tencent, dan TikTok juga telah mengambil langkah untuk mengehadkan penyebaran maklumat yang salah.”

Roti celup telur ‘special’ bersama sardin. Gerenti sedap dan laju saja habis!

0

Baru-baru ini, tular di media sosial akan satu resipi roti celup telur bersama sardin. Katanya mudah dan dijamin sedap, apatah lagi jika dimakan panas-panas.

Resipi tersebut sebenarnya dikongsikan oleh seorang wanita yang menggunakan akaun @jieha_adon di laman TikTok.

@jieha_adon/TikTok

Anda teringin mahu cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan :

  • Roti
  • 1 tin sardin (kecil)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  • Sedikit perahan jus limau
  • 3 biji telur

Cara penyediaan :

1. Tuang sardin ke dalam mangkuk bersama cili, kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.

@jieha_adon/TikTok

2. Selepas itu, masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa (ikut citarasa) dan juga perahan jus limau untuk menghilangkan hanyir ikan sardin

3. Lenyekkan kesemua bahan

@jieha_adon/TikTok

4. Kemudian pecahkan 3 biji telur di dalamnya dan kacau rata kesemua bahan.

@jieha_adon/TikTok

5. Celupkan sekeping roti di kedua-dua belah permukaan roti sehingga disaluti telur dan gorengkan di atas kuali sehingga masak. Siap!

@jieha_adon/TikTok

Alahai senang sangat bukan? Jadi bolehlah kita semua cuba resipi ini, tidak kisah untuk sarapan, minum petang dan sebagainya.

Pasti digemari seisi keluarga. Jomlah kita cuba!

Pakar : Tak boleh terburu-buru guna Ivermectin, perlu dibuktikan secara klinikal

0

Golongan pakar bidang farmasi mengatakan bahawa penggunaan produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19 tidak boleh dilakukan secara terburu-buru tanpa bukti klinikal.

Kenyataan ini dikeluarkan berhubung cadangan penggunaan pelbagai ubat dan vitamin termasuklah produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19.

Gambar Hiasan/Twitter

Menurut Dekan Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Mohd Makmor Bakry, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil produk itu hinggalah terdapat bukti klinikal yang kukuh, sungguhpun terdapat data-data mengenai keberkesanan Ivermectin di pelbagai laman sesawang dan media sosial.

“Kita faham masyarakat bimbang dengan peningkatan kes dan bilangan kematian semakin memuncak, hingga terdapat banyak pandangan untuk menyegerakan penggunaan produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19”.

Bernama

Namun tambah beliau, sehingga kini tiada produk Ivermectin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah PBKD, Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kegunaan manusia.

Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan Agensi Perubatan Eropah (EMA) juga tidak pernah meluluskan indikasi Ivermectin untuk rawatan atau pencegahan COVID-19.

Ini berikutan masih tiada data klinikal kukuh yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk dalam merawat atau mencegah COVID-19.

“Pada ketika ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian atau percubaan klinikal sahaja”.

Ujarnya lagi, bagi menyahut perkara ini, KKM sudah pun memulakan satu ujian klinikal Ivermectin pada 25 Mei lalu bagi mencari bukti keberkesanan dalam rawatan COVID-19.