30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaKesihatanKajian Oxford : Tiada kelawar, tenggiling dijual di pasar basah Wuhan

Kajian Oxford : Tiada kelawar, tenggiling dijual di pasar basah Wuhan

Kajian oleh Univerisiti Oxford mendapati bahawa tiada kelawar mahupun tenggiling yang dijual di pasar basah Wuhan tatkala wabak virus Parti Komunis China (PKC) bermula.

Terdahulu, pegawai China mendakwa bahawa virus yang menyebabkan COVID-19 itu berasal daripada luar negara.

Rata-rata mempercayai bahawa virus itu berasal dari makmal tingkat 3 di Wuhan, di mana kes-kes awal virus itu dikesan ataupun daripada pasar makanan laut berhampiran makmal.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada bulan Mac bahawa organisasi itu tidak menemui sumber virus tersebut.

Malah laporan mengatakan bahawa virus itu berkemungkinan memiliki perumah pada haiwan manakala teori lain pula tidak dapat dianalisis secukupnya.

Menurut Universiti Oxford, kelawar dan tenggiling merupakan dua suspek utama dalam teori pembanggunan semula jadi dan kedua-duanya mempunyai alibi.

Menurut universiti itu, Unit Penyelidikan Pemuliharaan Hidupan Liar (WILDCRU) secara kebetulan bekerjasama dengan rakan yang berpangkalan di China bagi mengumpul data daripada seluruh pasar basah Wuhan sejak Mei 2017 hinggalah November 2019 untuk mengkaji virus yang berbeza.

“Kajian itu meletakkan pasukan di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat untuk mendokumentasikan haiwan buas yang dijual di pasar-pasar ini sebelum terjadinya wabak”, kata Profesor David Macdonald, pengarah WILDCRU dalam satu pernyataan.

Kajian itu yang diterbitkan oleh jurnal Nature, mengatakan bahawa pasukan itu mendokumentasikan 47,381 individu dari 38 spesies yang dijual sebagai haiwan peliharaan atau sebagai makanan, termasuklah landak, burung merak, rakun, teledu dan reptilia namun tidak kelawar mahupun tenggiling.

“Kelawar sebenarnya jarang dimakan di kawasan China Tengah, di mana foto pasar umumnya menggambarkan Indonesia. Penjualan tenggiling masih menjadi isu penting di bandar-bandar lain di China namun bukan di Wuhan”, jelas David.

Persoalan mengenai asal usul virus PKC telah berkembang baru-baru ini, dengan sejumlah saintis yang telah menolak teori kebocoran makmal.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pada 26 Mei bahawa beliau mahu Komuniti Perisikan membuat laporan mengenai asal usul virus PKC dalam tempoh 90 hari.

Downing Street juga mengatakan bahawa WHO perlu meneroka semua teori yang mungkin, walaupun seorang bekas ketua perisikan mengatakan organisasi itu tidak lagi boleh diharap untuk menyelesaikan isu ini.

Bulan lalu, 18 penyelidik antarabangsa telah menandatangani surat yang mendorong penyiasatan yang tepat mengenai asal usul virus. Ahli epidemiologi AS, Ralph Baric adalah antara yang terlibat.

Baric dan Dr. Shi Zhengli – ahli virologi kanan di Institut Virologi Wuhan yang dikenali sebagai ‘Bat Lady’ untuk penyelidikannya mengenai virus korona kelawar, adalah antara pengarang akhbar yang diterbitkan pada tahun 2015 mengenai virus korona kelawar.

Baric juga salah seorang saintis yang mengklasifikasikan virus PKC dan menamakannya SARS-CoV-2.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI