31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
Utama Blog Laman 315

Terima skrin yang dibeli secara dalam talian dalam keadaan pecah dan rosak, netizen luah rasa kecewa pada syarikat penghantaran

0

Seorang pemuda dari Melaka telah menyatakan kekecewaannya dengan perkhidmatan penghantaran J&T setelah dia menerima bungkusan yang rosak dengan barangan yang pecah.

Pengguna Facebook, Tan Xin Hao meluahkan rasa tidak puas hati apabila menerima barang yang dibeli secara dalam talian iaitu skrin komputer berukuran 27 inci rosak teruk dan pecah.

Tan Xin Hao/Facebook
Tan Xin Hao/Facebook

“Ini bukan kali pertama saya menerima barang yang rosak kerana penghantaran anda. Siapa yang akan menanggung kerugian kami?” ujarnya dalam status Facebooknya pada 8 Jun lalu.

Tan kemudian segera melaporkan kejadian itu kepada J&T tetapi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Menurutnya lagi, dia tidak menerima sebarang respons daripada pihak J&T dan e-mel mereka juga tidak membenarkan pelanggan untuk memuat naik foto sebagai rujukan. 

Tan Xin Hao/Facebook
Tan Xin Hao/Facebook

Namun, setelah hantaran Facebooknya menjadi tular dengan lebih dari 2,200 perkongsian dibuat orang ramai, syarikat penghantaran tersebut telah menghubunginya pada 9 Jun lalu. 

Mesej tersebut memberitahu bahawa pihak J&T mengambil maklum akan laporan tersebut dan mereka akan memberitahu kumpulan khas untuk mengambil tindakan lanjut mengenai kejadian tersebut. Mereka akan memaklumkan jika terdapat perkembangan dalam kes tersebut.

Tan Xin Hao/Facebook

Tan berkata syarikat itu kemudian menghubunginya dan memintanya untuk melaporkan masalah itu kepada Shopee, platform dalam talian tempat dia membeli skrin bagi mendapatkan bayaran balik sebelum menghubungi mereka semula di J&T.

Walaupun dia menerima layanan yang tidak memuaskan dari J&T, Tan mengatakan dia bersyukur kerana penjual Shopee bersedia memberikannya unit pengganti secara percuma.

“Tetapi saya masih perlu membayar kos penghantaran dan insurans lagi,” katanya, sambil menambah bahawa skrin komputer tersebut menelan belanja lebih daripada RM900.

Tan berharap pengalamannya dapat mengingatkan pelanggan lain agar berhati-hati ketika memilih syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk membeli-belah dalam talian mereka.

Dia juga berharap agar J&T akan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan dan penghantaran mereka pada masa depan.

Angkara takut jarum suntikan, pemuda acah gengster siap zikir, terbaca ayat Kursi

0

Ramai juga yang takutkan jarum suntikan bukan? Tahukah sebenarnya anda menghidap penyakit ‘Trypanophobia’?

Ia merupakan keadaan di mana anda mengalami ketakutan melampau terhadap prosedur yang melibatkan suntikan ataupun jarum hipodermik.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki ini, di mana video dirinya diserang ketakutan ketika berhadapan dengan jarum tular di laman Twitter.

@WahyuYordan/Twitter

Video tersebut dimuat naik oleh akaun @WahyuYordan, memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa sebagai rakannya sedang menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

@WahyuYordan/Twitter

Sangat lucu apabila lelaki tersebut mula membaca ayat Kursi, sedangkan suntikan masih belum dimulakan langsung. Takut betul nampaknya.

Malah rakannya yang lain turut diperlukan bagi membantu menahan tubuh badan lelaki berkenaan yang seakan mengelak dirinya daripada disuntik.

Sungguhpun begitu, prosedur suntikan itu akhirnya berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah besar. Lihatlah video penuh di bawah :

@WahyuYordan/Twitter

Syukurlah semuanya berjalan lancar, cumanya rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat spontan lelaki berkenaan yang benar-benar takutkan jarum.

@WahyuYordan/Twitter

@WahyuYordan/Twitter

@WahyuYordan/Twitter

@WahyuYordan/Twitter

@WahyuYordan/Twitter

@WahyuYordan/Twitter

Gelak, gelaklah juga tetapi apalah nasib kita sewaktu divaksin nanti? Agak-agak sama atau tidak macam abang ini ya?

Kopi pelanggan tertumpah, kejujuran ‘rider’ Grab ini buat ramai tersentuh. Siap hantar ‘homemade’ kek dan buah..

0

Agak besar tanggungjawab dipikul oleh penghantar makanan. Mereka sanggup meredah panas dan hujan untuk menghantar makanan kepada kita.

Malah mereka juga harus memastikan agar pesanan yang sampai ke pelanggan berada dalam keadaan yang baik. Ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Linda Latip ada berkongsi kisah di ‘story’ Instagram miliknya mengenai seorang penghantar makanan.

@callmefye/Twitter

“Semalam ada Grab rider bawa kopi, sekali tumpah. Dia punya minta maaf nak hulur duit. Saya cakap tak payah 15 kali sambil suruh dia balik”, tulis wanita itu.

Linda kemudian turut memberi penilaian 5 bintang dan sedikit tip buatnya di platform Grab. Namun pada keesokan harinya, muncul kejutan berupa kek, buah dan nota.

“Assalamualaikum kak, saya rider Grab semalam, Meor. Saya rasa bersalah sangat hantar order akak sampai tumpah”.

“Ini ada sedikit kuih dan buah. (Kuih hasil tangan isteri – kek lapis Sarawak). Hati akak mulia, semoga dimurahkan rezeki”, tulis Meor.

@callmefye/Twitter

Jelas Linda yang merupakan penggemar tegar kopi, terdapat kelewatan penghantaran minuman itu pada hari tersebut.

Akuinya, dia pada mulanya berasa agak berang atas kelewatan itu namun Meor meminta maaf membuatkan hatinya sedikit lembut.

“Dia sampai sahaja terus cepat-cepat minta maaf. Katanya kopi tumpah dalam perjalanan. Saya tengok di luar pun cuaca hujan renyai”.

Tengok keadaan Meor yang cemas, Linda berkata, “Tidak mengapalah”, lalu mengambil cawan yang kosong itu untuk dibuang.

@callmefye/Twitter

Tambah Linda, permohonan maaf dan sikap jujur Meor membuatkan dia tidak mengambil serius akan perkara itu.

Bukan sekadar mahu membayar kembali kerugian wanita itu, malah Meor sanggup pergi ke kafe untuk membelikan kopi yang baru. Ia kemudian ditolak Linda.

Penilaian lima bintang diberikan Linda kerana dia sentiasa percaya kepada peluang kedua selain sikap Meor yang jujur.

“Saya juga percaya jika kita buat baik dengan orang, insyaAllah orang lain akan buat baik dengan kita”, ujarnya.

Tenang layan pelanggan istimewa, staf F&B ini kongsi niat mahu belajar bahasa isyarat

0

Seorang pekerja sambilan di Baskin-Robbins baru-baru ini berkongsi pengalaman dirinya menerima pelanggan kelainan upaya yang pekak dan bisu.

Akuinya, dia berasa bimbang kerana tidak tahu bagaimana mahu melayani pelanggan terbabit yang mahu membuat pesanan.

“Setahun lebih kerja dan baru hari ini dapat customer pekak dan bisu. Ya Allah, dugaan tau sebab tidak tahu mahu explain macam mana”, tulisnya.

Mengingatkan kepada rakannya yang tahu berbahasa isyarat, Azizul kemudian menghubungi rakannya itu.

@_azizuldean/Twitter

“Pada awalnya saya panik, tetapi dengan bantuan rakan saya, kami berjaya memberikan khidmat terbaik kepadanya”.

Kata Azizul, pelanggan itu mahu membelikan kek ais krim untuk anaknya, jadi dia mahukan bantuan untuk memilih menu kek yang diinginkan.

Dia juga mahu mengetahui reka bentuk kek untuk anaknya selain ingin tahu tentang campuran perisa pada ais krim, membuatkan komunikasi secara bertulis agak sukar.

@_azizuldean/Twitter

Malah Azizul mahu pelanggan itu mendapat layanan yang sama diberikan kepada pelanggan biasa, seperti yang sepatutnya.

Syukurlah rakannya mahir berbahasa isyarat dan pelanggan terbabit pulang dengan hati yang senang.

“Kami lakukan yang terbaik untuk melayan pelanggan tanpa mengira keadaan, jadi mereka dapat menikmati ais krim bersama orang tersayang”, katanya.

Rata-rata pengguna di ruangan komen memuji tindakan Azizul yang kekal tenang dan rasional dalam berhadapan dengan situasi sebegini.

@_azizuldean/Twitter

@_azizuldean/Twitter

Ada juga pengguna yang menyarankan agar bahasa isyarat dimasukkan ke dalam silibus sekolah

@_azizuldean/Twitter

Ya, mungkin mereka juga lebih selesa berkomunikasi apabila kita tahu berbahasa isyarat

@_azizuldean/Twitter

Azizul juga berhasrat untuk mempelajari bahasa isyarat di masa akan datang selain menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

Syabas Azizul!

Wanita Pakistan meninggal dunia lepas jalani pembedahan oleh pengawal keselamatan yang menyamar sebagai doktor

0

Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun disahkan meninggal dunia, dua minggu setelah menjalani pembedahan di Hospital Mayo, Lahore, Pakistan.

Difahamkan bahawa wanita terbabit telah dibawa ke hospital awam bagi mendapatkan rawatan terhadap luka di bahagian belakang badannya.

Pada ketika itulah, Muhammad Waheed Butt menyamar sebagai doktor dan melakukan pembedahan ke atasnya.

Foto hiasan/Pixabay

Agak malang apabila Muhammad Waheed sebenarnya merupakan bekas pengawal keselamatan yang telah diberhentikan dua tahun lalu.

Keluarga wanita itu juga turut membayar sejumlah wang berikutan pembedahan yang dibuat, serta dua lawatan ke rumah untuk mencuci luka.

Keadaan wanita terbabit kemudiannya semakin buruk dan dia dibawa keluarganya ke hospital. Di sana, mereka mendapat tahu bahawa individu yang melakukan pembedahan itu bukanlah doktor!

Sebaliknya, si pelaku adalah bekas pengawal keselamatan yang telah diberhentikan atas sebab memeras wang pesakit.

Fotot hiasan/Unsplash

Dan ini bukanlah pertama kali pengawal terbabit menyamar sebagai doktor dan beberapa kali juga telah mengunjungi rumah pesakit.

“Kami tidak dapat kawal setiap doktor dan kakitangan pada setiap masa. Ini hospital besar”, kata seorang pegawai pentadbir hospital itu.

Pegawai itu turut memberitahu bahawa pihak hospital masih tidak jelas akan jenis pembedahan yang dijalankan oleh bekas pengawal keselamatan terbabit.

Menurut sumber, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian wanita itu dan sama ada ia berkait dengan pembedahan yang gagal.

Bangunan runtuh menimpa bas di Korea Selatan, korbankan 9 nyawa penumpang

0

Sekurang-kurangnya sembilan individu terbunuh apabila sebuah bangunan lima tingkat yang dirobohkan di Korea Selatan, rebah menimpa sebuah bas.

Sementara lapan orang lagi mengalami kecederaan dalam runtuhan itu, yang difahamkan berlaku di bahagian Selatan bandar Gwangju.

Twitter

Difahamkan bahawa bas berkenaan sedang membawa 17 orang penumpang dan ketika itu sedang berhenti di jalan tersebut.

Facebook

Kira-kira 190 orang anggota bomba, bergabung bersama polis telah dikerahkan untuk usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Punca runtuhan itu masih tidak dijelaskan dengan terperinci. Kesemua pekerja di tapak tersebut sudah dibawa keluar sebelum ia dirobohkan, kata pegawai bomba bertugas, Kim Seok-sun.

Twitter

Menurut beberapa pekerja di tapak itu, mereka telahpun menutup pejalan kaki berhampiran tapak sebelum runtuhan itu berlaku.

Twitter

Seorang pemilik kedai di seberang jalan, Yang Ik-je memberitahu wartawan bahawa situasi tersebut dirasai seakan bumi sedang bergegar.

“Saya tidak nampak jalan dengan jelas kerana ia dilitupi dengan kabut yang tebal. Saya periksa CCTV dan mendapati bahawa bangunan itu rebah menimpa sebuah bas”.

Twitter

Siasatan menyeluruh difahamkan akan dilakukan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.

Dahulu pada bulan Jun 1995, sebuah bangunan, Sampoong Department Stor runtuh di Seoul dan mengorbankan lebih 500 nyawa.

Kerajaan Selangor beri kit penilaian COVID-19 buat pesakit yang dikuarantin di rumah

0

Kerajaan Selangor mengumumkan akan mengagihkan kit penilaian COVID-19 secara percuma buat pesakit yang menjalani pengasingan diri di rumah.

Dalam satu kenyataan pada 9 Jun lalu, Menteri Besar, Amirudin Shari berkata bahawa inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Kita Selangor 2.0.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM551.56 juta untuk usaha itu, yang bakal memanfaatkan lebih kurang 1.6 juta penduduk.

Amirudin Shari/Facebook

Kit yang dimaksudkan itu merangkumi pelitup muka KN95, termometer, oksimeter nadi, ubat-ubatan dan kit ujian berasaskan air liur.

Oksimeter nadi akan mengukur tahap ketepuan oksigen dalam darah dan mengesan jika tahap oksigen rendah sebelum pesakit rasa sesak nafas secara fizikal.

Dalam pada itu, kit ujian berasaskan air liur menggunakan sampel air liur pada tekak dalam untuk menguji COVID-19.

Gambar Hiasan/Unsplash

Kata Amirudin, kit penilaian itu akan membantu pesakit bagi menilai tahap kesihatan di rumah masing-masing dengan bantuan pegawai kesihatan daerah melalui aplikasi SELangkah.

Usaha itu menurutnya akan membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 dan klinik kesihatan daerah sambil menerapkan elemen sokongan terhadap kerangka ‘find-trace-test-isolate-support’ yang dianjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kerajaan negeri juga akan meneruskan program saringan besar-besaran COVID-19 fasa ketiga secara percuma, dengan menyasarkan kepada lebih 100,000 orang.

Selain itu, kerajaan negeri turut akan melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 Selangor (SCVP) dengan peruntukan RM200 juta untuk mendapatkan vaksin agar imuniti kelompok dapat dicapai dengan lebih cepat.


Pemandu Hilux dirakam sedang membawa besi penutup longkang yang dicuri

0

KELANTAN – Rakaman sebuah kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian mencuri besi penutup longkang.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Yu KH, di halaman Facebook miliknya.

Yu KH/Facebook

Rakaman video tersebut menunjukkan perbuatan seorang pemandu Hilux berwarna hitam yang mencuri penutup longkang. Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di Taman Limau Manis, Kelantan, pada 6 Jun lalu sekitar jam 11.40 pagi.

Yu KH/Facebook

Jika diperhatikan kereta tesebut kelihatan kosong pada bahagian belakangnya pada awalnya. Namun, selepas beberapa saat kereta tersebut hilang dari pandangan CCTV dan ketika itulah pemandu Hilux tersebut dikatakan sedang mencuri besi penutup longkang.

Yu KH/Facebook
Yu KH/Facebook

Selepas beberapa minit pula kereta tersebut muncul semula dan kali ini jelas sekali terdapat sebuah besi yang agak besar terletak di bahagian belakang kereta tersebut.

Jika dilihat pada waktu yang dipaparkan di skrin CCTV pemandu tersebut mengambil masa kurang daripada lima minit untuk melakukan pencurian tersebut.

Berikut adalah gambar selepas besi penutup longkang dicuri.

Yu KH/Facebook

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku. Apa yang dilakukan jelas menyalahi undang-undang dan keselamatan orang awam yang menggunakan jalan itu juga mungkin terancam akibat perbuatan ini.

Sindiket haram dikesan jual telur penyu dari Pulau Perhentian melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook

0

TERENGGANU – Isu penjualan telur penyu sepertinya masih tiada titik akhirnya. Baru-baru ini muncul pula satu berita mengenai sindiket haram yang menjual telur penyu melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Gambar Hiasan/Pixabay

Salah seorang penjual tersebut mengatakan bahawa telur penyu yang dijual adalah berasal dari Pulau Perhentian, yang merupakan taman laut yang telah diwartakan kerajaan.

Jadi, sebenarnya aktiviti mengumpul dan menjual sebarang sumber laut yang tedapat di kawasan tersebut adalah sesuatu yang haram dan salah di sisi undang-undang.

Tahun lalu, Jabatan Perikanan ada mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan bahawa setiap negeri di Malaysia telah melarang penjualan setiap spesies penyu dan telur penyu kecuali untuk Terengganu yang hanya melarang penjualan penyu belimbing.

Gambar Hiasan/Facebook

Mereka meminta semua pihak yang menguruskan laman web penjualan produk dalam talian untuk bersama-sama membantu Jabatan Perikanan dalam mencegah sebarang bentuk penjualan haiwan laut yang terancam termasuk telur haiwan.

Gambar Hiasan/Pixabay

Badan NGO, Kapas Conservation Society pula ada menyarankan supaya pihak berkuasa mengenakan larangan menjual semua telur penyu di Terengganu pada akhir tahun ini.

Setiausahanya, Farith Rezza Isa menambah bahawa Enakmen Penyu Terengganu tidak melarang penjualan telur penyu Hijau tetapi pengambilan telur-telur ini dari pulau-pulau terlindung adalah sebuah ancaman kepada kelangsungan hidup penyu.

Tambahan lagi, aktiviti ini akan memberi kesan negatif pada masa hadapan memandangkan populasi spesies ini semakin berkurangan.

Filem biopik ratu skuasy, Nicol David bertajuk ‘I Am Nicol David’ kini dalam pembikinan

0

KUALA LUMPUR – Siapa sahaja tidak kenal dengan figura skuasy yang menjadi inspirasi ramai, Nicol Ann David. Kehebatannya dalam sukan skuasy memang tidak boleh dinafikan lagi dan kini kisah hidup beliau dikhabarkan bakal difilemkan.

Nicol David/Facebook

Nicol, 37, memberitahu mengenai khabar gembira tersebut melalui hantaran Instagram miliknya dengan mengatakan bahawa filem biopiknya, “I AM NICOL DAVID” kini sedang dalam produksi.

“Saya amat teruja dan bangga memaklumkan mengenai perancangan pembikinan filem ini.

Nicol David/Facebook

“Menjadi impian saya yang satu hari nanti, saya dapat berkongsi kisah saya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya bekerja keras demi menggapai impian dan terus mencabar diri meraih kejayaan besar dalam hidup,” kongsinya dalam laman Instagram dan Twitter.

nicoldsquash/Instagram

Filem biopik berjudul ‘I AM Nicol David’ akan diterbitkan produksi filem tempatan, ACE Pictures Entertainment.

Nicol David/Facebook

“Saya sangat bersyukur dapat peluang untuk bekerjasama dengan Ace Pictures yang berkongsi minat ini dengan saya dan tidak sabar untuk memulakan projek ini.

“Filem ini akan menjadi satu perjalanan yang panjang dan saya amat teruja dengan sokongan anda semua merealisasikan hal ini,” katanya lagi.

Nicol David/Facebook

Nicol pernah memegang rekod nombor satu selama 108 bulan berturut-turut dan kedudukan 10 teratas selama 151 bulan. Beliau juga pernah memenangi 81 gelaran Juara Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam kerjaya profesionalnya sebagai pemain skuasy.

Nicol David/Facebook

Pada tahun 2019 Nicol David mengumumkan persaraan selepas selama hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang sukan tersebut.