Seorang pekerja sambilan di Baskin-Robbins baru-baru ini berkongsi pengalaman dirinya menerima pelanggan kelainan upaya yang pekak dan bisu.
Akuinya, dia berasa bimbang kerana tidak tahu bagaimana mahu melayani pelanggan terbabit yang mahu membuat pesanan.
“Setahun lebih kerja dan baru hari ini dapat customer pekak dan bisu. Ya Allah, dugaan tau sebab tidak tahu mahu explain macam mana”, tulisnya.
Mengingatkan kepada rakannya yang tahu berbahasa isyarat, Azizul kemudian menghubungi rakannya itu.
@_azizuldean/Twitter
“Pada awalnya saya panik, tetapi dengan bantuan rakan saya, kami berjaya memberikan khidmat terbaik kepadanya”.
Kata Azizul, pelanggan itu mahu membelikan kek ais krim untuk anaknya, jadi dia mahukan bantuan untuk memilih menu kek yang diinginkan.
Dia juga mahu mengetahui reka bentuk kek untuk anaknya selain ingin tahu tentang campuran perisa pada ais krim, membuatkan komunikasi secara bertulis agak sukar.
@_azizuldean/Twitter
Malah Azizul mahu pelanggan itu mendapat layanan yang sama diberikan kepada pelanggan biasa, seperti yang sepatutnya.
Syukurlah rakannya mahir berbahasa isyarat dan pelanggan terbabit pulang dengan hati yang senang.
“Kami lakukan yang terbaik untuk melayan pelanggan tanpa mengira keadaan, jadi mereka dapat menikmati ais krim bersama orang tersayang”, katanya.
Rata-rata pengguna di ruangan komen memuji tindakan Azizul yang kekal tenang dan rasional dalam berhadapan dengan situasi sebegini.
@_azizuldean/Twitter
@_azizuldean/Twitter
Ada juga pengguna yang menyarankan agar bahasa isyarat dimasukkan ke dalam silibus sekolah
@_azizuldean/Twitter
Ya, mungkin mereka juga lebih selesa berkomunikasi apabila kita tahu berbahasa isyarat
@_azizuldean/Twitter
Azizul juga berhasrat untuk mempelajari bahasa isyarat di masa akan datang selain menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.
Syabas Azizul!