31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 6, 2025
Utama Blog Laman 308

Di saat semua guna ‘smartphone’, bapa ini rakam persembahan anak guna telefon lama dengan penuh rasa bangga

0

Bapa merupakan satu figura yang sering kali dirasakan dingin, tegas dan garang dengan anak-anak berbanding dengan ibu yang lebih lembut lazimnya.

Namun setelah dewasa, kita secara automatiknya memahami bahawa betapa mereka bekerja keras demi menyara kehidupan keluarga termasuklah anak-anaknya.

Di Indonesia, tular akan satu kisah seorang bapa yang dilihat merakam persembahan anaknya di sekolah.

Apa yang menarik perhatian adalah, bapa tersebut hanya menggunakan sebuah telefon bimbit lama – dengan papan kekunci getah, bukannya telefon berskrin sentuh.

Tanpa sebarang rasa janggal mahupun malu, bapa itu dengan penuh bangganya merakamkan persembahan koir anak tersayang.

Dipercayai bahawa anaknya itu bersama rakan sekelas membuat persembahan nyanyian koir bersempena dengan Hari Bapa yang baru sahaja berlalu baru-baru ini.

Biarlah telefon bimbit lama sekalipun, asalkan dia dapat merakamkan detik istimewa anaknya sekali gus dapat menjadi memori bermakna buatnya.

Perkongsian di laman Instagram oleh akaun @makassar_iinfo itu turut menerima beberapa komen, antaranya :

@makassar_iinfo/Instagram

@makassar_iinfo/Instagram

@makassar_iinfo/Instagram

Semoga anak-anak ini terus menyayangi ibu dan bapa masing-masing, sama seperti mana orang tua mereka menyayangi mereka.

Terbiar suatu ketika dahulu, kini kucing ini bertukar jadi cantik, gebu dan comel. Macam tak percaya!

0

Semua kucing sebenarnya cantik dan indah jika menerima kasih sayang sepenuhnya dan penjagaan rapi oleh manusia bukan?

Itulah yang dibuktikan oleh seorang wanita dari Sarawak ini, di mana kucingnya bernama Meimei sebenarnya adalah kucing terbiar pada mulanya.

Siapa sangka Meimei yang gebu, putih bersih bak Snow White itu adalah kucing terbiar suatu ketika dahulu dan kisah ini dikongsikan wanita itu, Nur Hamizah di laman Kelab Pencinta Kucing Malaysia di Facebook.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Siapa sangka Meimei yang gebu, putih bersih bak Snow White itu adalah kucing terbiar suatu ketika dahulu dan kisah ini dikongsikan wanita itu, Nur Hamizah di laman Kelab Pencinta Kucing Malaysia di Facebook.

Dedah Hamizah, dia pada awalnya menemui seekor kucing itu berkeliaran di luar rumahnya dan meminta diberikan makanan pada bulan Mei tahun lalu.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Siapa sangka Meimei yang gebu, putih bersih bak Snow White itu adalah kucing terbiar suatu ketika dahulu dan kisah ini dikongsikan wanita itu, Nur Hamizah di laman Kelab Pencinta Kucing Malaysia di Facebook.

Dedah Hamizah, dia pada awalnya menemui seekor kucing itu berkeliaran di luar rumahnya dan meminta diberikan makanan pada bulan Mei tahun lalu.

Ketika itu, tubuh kucing tersebut sangat kurus, tidak bermaya dan kelihatan tidak berada dalam keadaan yang sihat.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

“Sangat kasihan melihatnya. Kulitnya dijangkiti dan luka. Malah baunya juga agak busuk”, jelas Hamizah mengenai kucingnya itu.

Suri rumah itu kemudian memutuskan untuk membantu kucing itu dan dibawa pulang ke rumahnya. Meimei pada mulanya agak takut pada Hamizah dan suaminya.

Keadaan ini membuatkan Hamizah berfikir bahawa Meimei telah dikasari atau diabaikan oleh individu lain.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Makanan, air dan tempat tinggal diberika kepada Meimei malah, kucing bertuah itu turut dibawa berjumpa doktor haiwan bagi merawat luka dan keadaan kulitnya.

Doktor juga mendapati bahawa Meimei mengalami masalah kekurangan zat dan beratnya hanyalah sekitar 2 kilogram sahaja.

Dipendekkan kepada setahun selepas itu, Meimei bertukar menjadi seekor kucing yang jauh berbeza daripada sebelumnya.

Anda tengoklah betapa comel dan gebunya Meimei :

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Semuanya atas usaha yang dilakukan oleh Hamizah dan suami yang mencurahkan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi kepadanya.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Bahkan aspek kesihatan dan penjagaan Meimei juga diutamakan pasangan itu. Bulunya juga dikatakan mula tumbuh semula 6 bulan selepas dibela pasangan itu.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Kata Hamizah, Meimei tidak diberikan sebarang diet istimewa agar bulunya tumbuh dengan cantik, sebaliknya hanya memastikan Meimei dimandikan seminggu sekali dan setiap hari bulunya disikat.

Kelab Pencinta Kucing Malaysia/Facebook

Meimei yang sebelum ini takutkan manusia, kini sudah boleh menerima dan mempercayai Hamizah dan suaminya.

“Meimei juga pandai. Dia tahu dan faham apa yang saya dan suami katakan padanya”, ujar Hamizah. Bahagianya lihat Meimei sekarang, terima kasih Hamizah dan suami!

S Kisona muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol selepas kalahkan Goh Jin Wei

0

KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan wanita negara, S Kisona muncul sebagai juara selepas menewaskan rakan senegara, Goh Jin Wei dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 di La Nucia pada Sabtu lalu.

S Kisona muncul johan selepas menewaskan Goh Jin Wei pada Sabtu lalu. Sumber: Liga Olahraga

Menerusi aksi yang berlangsung selama 31 minit itu, S Kisona telah berjaya mengalahkan bekas juara remaja dunia sebanyak dua kali sekali gus menjadi kemenangan kedua beliau ke atas Jin Wei selepas mengalahkan pemain kelahiran Pulau Pinang berkenaan pada kejohanan Masters Thailand.

Kisona yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 kembali berehat sebentar untuk memperbaiki prestasinya. Sumber: BadmintonPlanet

Sebelum itu dalam peringkat separuh akhir, Kisona yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 berjaya menyingkirkan Yaelle Hoyaux dari Perancis 21-18, 21-10 manakala Jin Wei pula mengalahkan seorang lagi pemain negara iaitu Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11.

Terdahulu, Kisona pernah mengalahkan Jin Wei dalam kejohanan Masters Thailand. Sumber: BadmintonPlanet

Sementara itu, pasangan beregu gandingan Tee Kai Wun dan Teoh Mei Xing berjaya mengungguli acara beregu campuran dengan menewaskan pilihan ketiga dari England iaitu Callum Hemming dan Jessica Pugh.

Tee Kai Wun pada pasangan beregu lelaki, Man Wei Chong turut muncul sebagai juara. Sumber: Facebook

Pertarungan selama 50 minit itu kemudian berakhir dengan kemenangan pasukan negara dengan mmarkah 21-15, 13-21, 21-19. Kai Wun turut mencatat kegemilangan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai juara bagi acara beregu lelaki bersama gandingannya, Man Wei Chong.

Telefon anak murid meletup, guru berjaya raih sumbangan telefon baharu dalam tempoh 30 minit sahaja

0

Baru-baru ini, satu ciapan daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @najmi_fatin telah menjadi bualan hangat warganet memaparkan telefon pintar jenama Yes Altitude 3 milik adiknya telah meletup ketika sedang dicas.

Memetik kenyataan Fatin menerusi SAYS, kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku pada Khamis lepas bersamaan 17 Jun sekitar jam 1 tengahari. Jelas Fatin, adiknya yang merupakan pelajar sekolah menengah sedang mengikuti kelas dalam talian dan sebaik sahaja kelas tamat, dia telah mengecas telefon berkenaan. Selepas beberapa tika, telefon yang sedang dicas itu meletup dan terbakar.

“Saya tiada di rumah ketika kejadian tetapi adik saya sangat terkejut dan menangis kerana dia menyimpan banyak tugasan di dalam telefon tersebut,” jelas Fatin.

Pada masa yang sama, adik kepada Fatin telah memaklumkan kepada guru kelasnya iaitu Cikgu Haspul Nizam Deraman tentang kejadian yang menimpa dirinya itu. Sebaik sahaja menerima berita berkenaan, guru kelas 4 Intelligent di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Temerloh ini kemudiannya memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kejadian tersebut.

“Saya pun maklumkan kepada sekolah untuk beritahu pelajar ini mungkin hadapi masalah untuk mengikuti PdPR kerana telefon yang ada rosak dan terpaksa berkongsi dengan dua adik lain”.

Tanpa disangka-sangka, tidak sampai 30 minit berita tersebut disebarkan, beliau berjaya meraih wang sumbangan hasil kerjasama YDP, AJK PIBG sekolah dan seluruh warga sekolah yang prihatin akan nasib menimpa pelajar berkenaan.

“Tepat jam 5 petang, telefon baru ini dapat diserahkan kepada pelajar ini di Sanggang Seberang. Untuk mereka yang menggunakan telefon Yes, sila berhati-hati. Mungkin penggunaannya mempunyai had tertentu. Banyak dah kes meletup!!!”.

Tambah guru berkenaan lagi, pemilik kedai telefon berkenaan turut hadir ke rumah pelajar tersebut selepas mereka selepas membelikan telefon yang baharu.

“Dalam 10 minit, semuanya selepas. Nombor telefon baharu dan kuota internet untuk sebulan”.

Sementara itu, berikutan beberapa insiden melibatkan telefon pintar jenama Yes meletup, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications iaitu Wing K Lee memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan isu terbabit.

Gelagat si comel termenung sambil makan kerana fikir masalah ‘tiada duit’ menghiburkan netizen

0

Jika ditanya kepada majoriti orang dewasa tentang apa yang mereka ingin lakukan sekiranya boleh memutarkan masa, pasti ramai yang akan memilih untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Masakan tidak, ketika kecil kita hanya tahu untuk bermain dan berseronok tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan masalah dunia.

Apabila meningkat dewasa, macam-macam perkara yang perlu kita fikirkan. Perasaan orang sekeliling, tekanan di tempat kerja, komitmen, ketidakstabilan ekonomi dan pelbagai lagi masalah yang berat.

Tetapi satu video yang tular baru-baru ini memaparkan keletah seorang kanak-kanak yang nampak gayanya tertekan kerana kesempitan wang. Siapa sangka kecil-kecil lagi dah pandai pening fikir tentang duit.

Menerusi video berdurasi 12 saat yang dikongsikan oleh akaun Facebook Sinar, gelagat adik comel ini telah membuatkan orang ramai terhibur melihatnya. Gaya tangan menongkat kepala, dahi berkerut manakala jari-jemarinya pula bermain-main dengan makanan, gelagat adik bernama Hana ini sungguh comel dan melucukan.

Bila ditanya sama ada si comel ini mempunyai sebarang masalah yang hendak dikongsikan, ini adalah jawapan Hana:

“Tiada… tiada duit”.

Sebaik sahaja mendengar keluhan hati Hana tentang kedudukan kewangannya yang ‘membimbangkan’ itu, ramai warganet turut bersimpati dan terhibur mendengar jawapan yang diberikan Hana.

“Berat sungguh masalah sampai termenung sambil makan”.

“Dia punya tiada duit sampai makan pun tak guna sudu”.

“Makcik pun sama tiada duit. Tak dapat makcik nak tolong”.

Tonton video di sini.

Dakwaan majlis perbandaran tempatan di Sarawak ceroboh kediaman dan rampas anjing peliharaan bersama enam anaknya tanpa kebenaran pemilik

0

Lima pegawai dari Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) didakwa telah memasuki sebuah kediaman untuk mengambil tujuh ekor anjing dari pemiliknya di Kuching, Sarawak.

Insiden itu didedahkan oleh NGO Paws of Hope Malaysia (NPO) yang memuat naik hantaran rakaman video di Instagram pada 18 Jun.

Hantaran itu memuatkan video berdurasi 23 saat yang menunjukkan dua individu yang dipercayai pihak berkuasa tempatan sedang memegang sesuatu di tangan mereka ketika mereka keluar dari pintu kediaman sebelum naik ke belakang sebuah van yang penuh dengan sangkar haiwan.

Instagram

Berdasarkan kapsyen yang tular, NPO berkata kejadian itu berlaku di Batu 9 Taman Greenwood pada 18 Jun lalu.

Dikatakan ibu anjing dari rumah berkenaan sering berjalan keluar pada waktu pagi di sekitar kawasan itu, tetapi dia tidak pernah menggigit, menggonggong, atau menunjukkan tanda-tanda pencerobohan kepada penduduk kejiranan sekitar.

Tetapi pada pagi Jumaat itu, Paws of Hope Malaysia mendakwa pegawai MPKS telah melihat anjing itu berkeliaran di luar, dan mereka telah menembaknya tanpa rasa timbang rasa atau simpati.

“Selepas menembak anjing itu, dia telah berlari pulang ke rumahnya sehingga dua pegawai itu menunggu pemilik membuka pintu untuk membawa ibu anjing itu pergi,” jelas hantaran itu.

Facebook

“Tidak cukup di situ, mereka turut mengambil kesemua anak anjing dan mencampakkannya ke dalam kandang di dalam kenderaan itu. Mereka mencampak ibu anjing berkenaan ke dalam beg plastik besar yang diikat, yang mana kemudian mungkin menderita lemas secara perlahan dengan udara yang terhad di dalamnya,” tambah NPO.

Ibu anjing itu mempunyai lapan ekor anak yang masih kecil dengan kesemuanya masih menyusu.

NPO kemudian menghantar kisah itu di Instagram dengan memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka tahu pihak berkuasa tempatan akan menggunakan ubat penenang lebih dos kerana terdapat netizen yang berkata cara ini adalah yang paling biasa yang mereka gunakan.

Dipercayai ubat penenang terlebih dos cukup kuat yang boleh membunuh seekor anjing. Seorang netizen mendakwa jika dos tidak mencukupi, pihak berkuasa akan meletakkan anjing itu di dalam beg khas untuk membiarkan mereka lemas sehingga tidak lagi bernyawa.

Instagram

Sementara itu, pemilik anjing itu juga membawa ceritanya ke dalam kumpulan Facebook haiwan liar untuk berkongsi penderitaan yang dialami bersama keluarganya.

Menulis dengan penuh emosi di Facebook, pemilik ini memberitahu ibu anjing itu berjaya melarikan diri pulang ke rumah setelah memasuki ruang kecil celah pintu pagar rumahnya.

Pegawai MPKS mengekori anjing itu sehingga ke hadapan rumah mereka. Mereka berdiri di luar rumah dan meminta abangnya untuk membuka pintu pagar kerana mereka sudah menembak anjing itu.

Namun, abang pemilik enggan membiarkan pegawai itu masuk. Tetapi ketika ibu mereka pulang dan membuka pintu pagar, dua pegawai itu telah menceroboh masuk ke dalam rumah mereka dan membawa ibu anjing bersama enam anaknya pergi.

“Ibu saya telah merayu kepada pegawai MPKS itu untuk tidak membawa anjing itu pergi, tolong beri kami jalan keluar untuk membiarkan anjing itu tinggal. Jika perlu kompaun, berikan saja kompaun itu. Biarkan anjing itu tinggal,” tulisnya.

“Tetapi MPKS berkeras mengatakan yang mereka telah menembak anjing itu, dan anjing ini perlu diambil. Jika tidak, mereka akan mendakwa kami di mahkamah dan mengenakan kompaun RM5,000. Ibu saya keliru kerana dia tidak memahami undang-undang,” tulisnya lagi.

Paws of Hope Malaysia berkata enam ekor anak anjing itu bersama ibu mereka telah ditidurkan. Pemilik dan keluarganya hanya ditinggalkan bersama baki dua ekor anak anjing. Mereka telah  membuat rayuan kepada pegawai MPKS, bertanya mengapa mereka perlu membawa bersama anak anjing itu juga.

“Saya benar-benar tidak faham. Anak anjing itu baru berusia satu bulan! Mereka baru dapat membuka mata melihat dunia, masih tidak dapat berjalan dengan baik! Saya tidak faham mengapa anak anjing juga perlu dibawa pergi?” tulis pemilik ini.

Instagram

Masalah tidak berakhir di situ. Ketika pemilik mahukan jawapan pasti dari pihak berkuasa, katanya mereka telah dirujuk dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain.

Wanita ini berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) memberitahu keluarganya yang jabatan itu tidak bertanggungjawab dalam perkara itu.

Ketika dia dan keluarganya ingin membuat laporan polis, dia mendakwa pegawai polis telah menolak dan menasihatkan mereka membuat aduan dan memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Padawan terlebih dahulu.

Di Majlis Perbandaran Padawan, keluarga pemilik diberitahu yang mereka bukan jabatan yang tepat untuk aduan tersebut dan kemungkinan anjing-anjing itu telah dibunuh.

“Jadi, mereka terus menolak tanggungjawab, seperti dalam pusingan, membuat kami keliru dan letih,” tulisnya.

“Terakhir, kami kembali ke balai polis sekali lagi dan memberitahu kami ingin membuat laporan itu, ya mereka membiarkan kami membuat laporan itu, tetapi selepas jam 5 petang, Jabatan Veterinar telah ditutup, semua kakitangan telah pulang ke rumah, dan anjing saya telah terbunuh,” tulisnya sedih.

Facebook

NPO memaklumkan yang keluarga itu sedang menguruskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas tuduhan menceroboh.

Rakaman video yang disiarkan oleh NPO telah diambil oleh jiran pemilik, Nerissa Geoffrey. Nerissa memberitahu DVSS telah mengancam pemiliknya untuk menarik balik laporan polis mengenai kes itu.

Paws of Hope Malaysia mengakui bahawa walaupun terdapat beberapa kes rabies di kawasan itu, tetapi ini tidak bermakna ia memberi hak kepada pihak berkuasa untuk melakukan apa sahaja tindakan dengan sesuka hati mereka.

Facebook

“Apa yang lebih menyedihkan terdapat golongan yang membela mereka (pihak berkuasa) yang secara jelas telah melakukan kesalahan, dengan mengatakan yang mereka hanya menjalankan tugas. Adakah pekerjaan yang begini mereka harus dilakukan? Menceroboh kediaman dan premis seseorang lalu mengambil sesuatu yang bukan milik mereka?” tanya Paws of Hope Malaysia.

“Kami benar-benar berharap terdapat keadilan untuk ibu anjing ini dan anak-anaknya. Kita harus memperjuangkan hak dan menghentikan pembunuhan besar-besaran terhadap haiwan liar di Malaysia. Jangan takut untuk bersuara mempertahankan hak haiwan. Kita boleh lakukan dengan lebih baik daripada ini. Cara paling berperikemanusiaan untuk menghentikan rabies adalah memerangkap dan memvaksinasi haiwan terbiar ini daripada rabies, pemandulan dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai pemilik haiwan peliharaan.” tulis Paws of Hope Malaysia.

Suami isteri dari India upah tiga pengawal, pelihara sembilan anjing lindungi mangga spesies Miyazaki termahal di dunia

0

Sepasang suami isteri dari Jabalpur Madhya Pradesh, India telah meningkatkan tahap keselamatan di kebun mereka demi melindungi tanaman mangga bernilai tinggi dan paling mahal di dunia, spesies Miyazaki yang berasal dari Jepun.

Times of India melaporkan bahawa pasangan itu, Sankalp dan Rani Parihar, telah menempatkan sembilan ekor anjing dan tiga pengawal di kebun mereka untuk melindungi buah mangga itu yang kini sedang berbuah subur di empat pohon.

Pasangan ini telah menanam sebanyak 150 pokok, yang bermula dengan 50 pokok sebelum menambah 100 pokok lagi.

Sekadar Gambar Hiasan / Twitter

Sankalp Parihar berkata dia dan isterinya ditawarkan dengan anak pokok mangga spesies itu empat tahun lalu oleh seorang pengembara semasa mereka dalam perjalanan ke Chennai untuk mencari spesies kelapa jarang ditemui. 

“Pada mulanya, saya tidak menyedari baka mangga itu. Tetapi setelah pokok berbuah, kami menyedari bahawa tanaman mangga itu daripada spesies jarang ditemui,” kata Parihar.

Pasangan Parihar memutuskan untuk meningkatkan keselamatan di kebunnya setelah terdapat cubaan mencuri buah mangga itu pada tahun lalu.

“Kami mempunyai seekor anjing tahun lalu, tetapi sekarang kami mempunyai sembilan ekor anjing, enam German Shepherds dan tiga baka tempatan.”

“Dan kami juga telah mengupah tiga pengawal keselamatan,” jelas Sankalp Parihar.

Sankalp berkata, mereka tidak menjual buah mangga berkenaan walaupun terdapat pembeli yang sanggup membayar Rs21,000 (RM1,174) untuk sebiji buah.

“Sampai sekarang kami belum membuat rancangan untuk menjual,” tambah Sankalp.

Sekadar Gambar Hiasan / Twitter

Hindustan Times melaporkan pengarah bersama jabatan hortikultur RS Katara Madhya Pradesh memaklumkan buah itu bernilai tinggi dan mahal kerana pengeluarannya yang terhad dan rasanya yang manis.

“Ia kelihatan sangat berbeza. Orang di luar negara memberikan mangga ini sebagai hadiah,” katanya mengenai buah mangga berwarna rubi itu.

Media Jepun pernah melaporkan mangga Miyazaki adalah yang termahal di dunia dan dijual dengan harga Rs270,000 (RM15,100) sekilogram di pasaran antarabangsa pada tahun lalu.

Guna lantai hendak fahamkan pelajar ketika PdPR, guru gigih tidak sangka pula ditawarkan papan putih padahal untuk selesa mengajar sahaja

0

Sejak sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan lebih setahun lalu, maka ramailah para guru yang mencipta cara dan kreativiti mereka yang tersendiri untuk mengajar para pelajar. Asalkan para pelajar lebih memahami sesuatu topik.

Salah seorangnya adalah guru ekonomi ini yang cara pembelajarannya dalam salah satu sesi PdPR telah menarik perhatian warganet di media sosial, dengan aksi bersahajanya ketika mengajar yang dirakam di TikTok telah meraih 1 juta tontonan.

Ramai yang kagum melihat kegigihan Cikgu Abidin, guru subjek Ekonomi Tingkatan Enam dari sebuah sekolah menengah di Sandakan, Sabah ini ketika mengajar para pelajarnya.

Facebook

Cikgu Abidin begitu komited dalam menyediakan kaedah pembelajaran yang mudah difahami oleh para pelajarnya walaupun dengan terpaksa melakar graf dan penerangannya di atas lantai mozek putih sambil menggunakan pen marker yang selalu digunakan di atas papan putih.

Aksi Cikgu Abidin ketika sedang tekun mengajar itu telah dirakam senyap-senyap oleh anak perempuannya, Aina Abidin.

Facebook

Kapsyennya di TikTok, “Struggle untuk students supaya lebih memahami. Good luck all students.” Yang telah menyebabkan video itu terus tular dengan pujian warganet.

Menurut Aina kepada mStar, keluarganya tidak menyangka yang video gelagat bapanya sedang mengajar boleh menjadi tular kerana dia hanya memuat naiknya secara suka-suka.

Facebook

Sehinggakan katanya dalam ramai-ramai yang memberi komen positif dan pujian itu, ada pula kalangan mereka yang mencadangkan untuk memberi sedekah papan putih, yang dianggap mereka agak melucukan.

“Bukannya tak ada papan tulis, cuma ayah lebih selesa conteng lantai mozek sebab katanya mahu memudahkan kerja dan caranya lebih selesa,” kata Aina.

Facebook

Apa-apa pun, janji boleh buat Cikgu Abidin berasa selesa dan semua pelajar boleh faham dengan ilmu yang disampaikannya. Semoga Cikgu Abidin sentiasa sihat dan terus cemerlang menabur bakti untuk masa depan anak Malaysia.

Tonton video di sini.

Mempelajari makna kehidupan seharian melalui dapur sekolah, pelajar di Jepun ini menyediakan makan tengah hari mereka sendiri

0

Di sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar Tokyo, juadah untuk makan tengah hari disediakan oleh para pelajarnya sendiri, suatu tradisi mempelajari pengalaman hidup sejak 100 tahun lalu.

Jiyu Gakuen adalah sekolah unik di Tokyo, Jepun yang menekankan ‘belajar melalui kehidupan seharian’. Sekolah ini mempunyai kira-kira 800 pelajar bermula peringkat tadika sehingga menengah tinggi.

Facebook

Sudah menjadi tradisi buat semua pelajar yang memasuki sekolah ini untuk menyediakan makan tengah hari di sini sejak diasaskan pada tahun 1921.

Facebook

Setiap hari, pelajar sekolah menengah rendah dan menengah tinggi mesti menyediakan makan tengah hari sekolah itu sendiri tanpa bantuan pekerja dewan makan.

Menerusi video yang dipaparkan, 20 pelajar perempuan menengah tinggi ditugaskan untuk menyediakan 280 hidangan makan tengah hari dalam masa 2 jam. 

Facebook

Seorang ketua pasukan dapur sekolah dipilih, yang tugasnya adalah mesti merancang menu, jadual memasak dan juga memberi arahan kepada pelajar bertugas yang lain.

Dengan tujuan menyajikan makanan yang enak dan berkhasiat, para pelajar diberikan tugas untuk mempelajari makna bekerja keras dan berhadapan dengan rintangan dan cabaran bersama. Yang bermakna secara tidak langsung mereka memperolehi pelajaran berharga dan amat berguna untuk dipraktikkan di dalam kehidupan.

Facebook

Untuk menyediakan makan tengah hari, bahan-bahan yang digunakan untuk hidangan itu ditanam sendiri oleh para pelajar di kebun sekolah.

Pelajar mempelajari dan mengalami sendiri keseluruhan proses menanam, menternak, memasak dan memakan hasil yang diusahakan oleh mereka.

Mereka mempelajari asas seni kulinari dan kemahiran memasak serta mendapat pengetahuan yang penting iaitu kemahiran baru dalam kehidupan.

Facebook

Setiap pasukan yang menyediakan makan tengah hari wajib bekerjasama dengan ketua pasukan untuk melaksanakan misi memasak dengan jayanya.

Mereka mengatur jadual memasak, mengira kalori dan kos keseluruhan makanan yang disediakan.

Hari memasak bermula jam 10.40 pagi.

Facebook

Mereka mengatur perbincangan dan agihan tugas masing-masing untuk menyelesaikan tugas yang diberi dengan sempurna..

Para cef pelajar mempunyai masa 2 jam untuk membuat 300 hidangan makanan tengah hari.

Makan tengah hari bermula jam 12.47 yang mana telah lewat 7 minit, pada hari itu.

Facebook

Tetapi tidak mengapa kerana hasil hidangannya tetap terbaik, sempurna dan memuaskan yang boleh diterima oleh semua pelajar.

Facebook

Tugas mereka termasuk mengitar semula sisa makanan dan membersihkan dewan makan selepas itu.

Facebook

Pasukan memasak hanya dapat menikmati waktu makan mereka sendiri ketika semua tugas penting telah selesai.

“Apabila anda berperanan sebagai ketua atau pemimpin, anda akan dapat mempelajari banyak benda dan mereka yang lain di bawah anda akan membantu,” kata guru penasihat mereka.

Facebook

“Dengan tugas memasak, anda belajar untuk mengambil berat tentang orang lain,” tambahnya.

Menjalin hubungan erat dengan rakan sebaya dan memahami kitaran hidup sumber makanan yang anda makan, maka pelajar memperolehi pembelajaran serta pemahaman berguna mengenai tanggungjawab, tempat dan peranan mereka dalam masyarakat.

Facebook

Itulah salah satu contoh makna kehidupan sebenar yang perlu dipraktikkan untuk menjadi manusia berguna dan bertanggungjawab dalam apa juga bidang yang akan mereka ceburi kelak.

Yang sepatutnya bermula daripada didikan ibu bapa dan seterusnya di sekolah sejak kita kecil lagi untuk menjadikan satu perkara baik itu sebagai sesuatu yang normal juga tidak pula menghairankan atau menjadi kemegahan.

Tonton video di sini.

Ibu bapa terima kejutan 100 bungkus mi selepas si kecil ‘bijak’ buat pesanan dalam talian, ada lebih beri pekerja pembersihan dan golongan memerlukan

0

Kanak-kanak zaman sekarang memang pandai dan bijak menggunakan gajet seperti telefon pintar atau tablet, tetapi kadangkala mereka yang kecil masih belum cukup baik dan mahir. Namanya pun si kecil.

Dalam satu kejadian melucukan tetapi boleh membuat ibu bapa menjadi pokai di China, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun secara tidak sengaja telah memesan 100 mangkuk ‘zhajiangmian’ atau mi pes soya dengan menggunakan telefon pintar bapanya.

Pada 15 Jun 2021 anak kecil dari bandar Jilin itu telah terasa lapar dan cuba memesan satu bungkus mi dengan menggunakan telefon pintar bapanya, tetapi secara tidak sengaja menekan dua ‘sifar’ tambahan ketika memasukkan pesanan makanan itu.

Paparan Skrin / Sohu

Ketika pesanan tiba, NetEase News melaporkan penghantar makanan terpaksa melakukan tujuh hingga lapan perjalanan untuk menghantar 100 bungkusan mi, dan keluarga itu tinggal di tingkat 13. Bayangkan.

Paparan Skrin / Sohu

Pada mulanya ibu bapa kanak-kanak ini mengandaikan yang mereka telah memenangi hadiah bertuah berupa mi zhajiangmian, tetapi setelah memeriksa telefon pintarnya, si bapa amat terkejut selepas menyedari yang anak perempuannya telah menghabiskan RMB1,350 (kira-kira RM868) untuk semangkuk mi dalam bentuk ‘100’ penghantaran.

Insiden melucukan ini telah dirakam dan dimuat naik di media sosial negara itu. Menurut Sohu, keluarga itu menyimpan 8 mangkuk mi, dan menyerahkan selebihnya kepada pekerja pembersihan dan golongan yang memerlukan.

Paparan Skrin / Sohu

Ibu bapa si kecil nakal ini tidak membuang makanan dan mereka memberi makan kepada golongan yang memerlukan, dan tidak menyalahkan anak mereka. Apa yang si kecil ini tahu. Dia hanya lapar dan teringin menikmati makanan kegemarannya. Satu sikap terpuji yang perlu dipelajari oleh ibu bapa lain. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga perlu selalu berhati-hati dengan penggunaan gajet dan telefon pintar ketika menyerahkannya kepada anak-anak dan mendidik mereka dengan betul.

Paparan Skrin / NetEase News

Ini bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini seperti kehilangan wang atau terjebak dalam penipuan dalam talian. Berhati-hatilah para ibu bapa kerana anak-anak anda itu naif.