25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaNasionalDakwaan majlis perbandaran tempatan di Sarawak ceroboh kediaman dan rampas anjing peliharaan...

Dakwaan majlis perbandaran tempatan di Sarawak ceroboh kediaman dan rampas anjing peliharaan bersama enam anaknya tanpa kebenaran pemilik

Lima pegawai dari Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) didakwa telah memasuki sebuah kediaman untuk mengambil tujuh ekor anjing dari pemiliknya di Kuching, Sarawak.

Insiden itu didedahkan oleh NGO Paws of Hope Malaysia (NPO) yang memuat naik hantaran rakaman video di Instagram pada 18 Jun.

Hantaran itu memuatkan video berdurasi 23 saat yang menunjukkan dua individu yang dipercayai pihak berkuasa tempatan sedang memegang sesuatu di tangan mereka ketika mereka keluar dari pintu kediaman sebelum naik ke belakang sebuah van yang penuh dengan sangkar haiwan.

Instagram

Berdasarkan kapsyen yang tular, NPO berkata kejadian itu berlaku di Batu 9 Taman Greenwood pada 18 Jun lalu.

Dikatakan ibu anjing dari rumah berkenaan sering berjalan keluar pada waktu pagi di sekitar kawasan itu, tetapi dia tidak pernah menggigit, menggonggong, atau menunjukkan tanda-tanda pencerobohan kepada penduduk kejiranan sekitar.

Tetapi pada pagi Jumaat itu, Paws of Hope Malaysia mendakwa pegawai MPKS telah melihat anjing itu berkeliaran di luar, dan mereka telah menembaknya tanpa rasa timbang rasa atau simpati.

“Selepas menembak anjing itu, dia telah berlari pulang ke rumahnya sehingga dua pegawai itu menunggu pemilik membuka pintu untuk membawa ibu anjing itu pergi,” jelas hantaran itu.

Facebook

“Tidak cukup di situ, mereka turut mengambil kesemua anak anjing dan mencampakkannya ke dalam kandang di dalam kenderaan itu. Mereka mencampak ibu anjing berkenaan ke dalam beg plastik besar yang diikat, yang mana kemudian mungkin menderita lemas secara perlahan dengan udara yang terhad di dalamnya,” tambah NPO.

Ibu anjing itu mempunyai lapan ekor anak yang masih kecil dengan kesemuanya masih menyusu.

NPO kemudian menghantar kisah itu di Instagram dengan memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka tahu pihak berkuasa tempatan akan menggunakan ubat penenang lebih dos kerana terdapat netizen yang berkata cara ini adalah yang paling biasa yang mereka gunakan.

Dipercayai ubat penenang terlebih dos cukup kuat yang boleh membunuh seekor anjing. Seorang netizen mendakwa jika dos tidak mencukupi, pihak berkuasa akan meletakkan anjing itu di dalam beg khas untuk membiarkan mereka lemas sehingga tidak lagi bernyawa.

Instagram

Sementara itu, pemilik anjing itu juga membawa ceritanya ke dalam kumpulan Facebook haiwan liar untuk berkongsi penderitaan yang dialami bersama keluarganya.

Menulis dengan penuh emosi di Facebook, pemilik ini memberitahu ibu anjing itu berjaya melarikan diri pulang ke rumah setelah memasuki ruang kecil celah pintu pagar rumahnya.

Pegawai MPKS mengekori anjing itu sehingga ke hadapan rumah mereka. Mereka berdiri di luar rumah dan meminta abangnya untuk membuka pintu pagar kerana mereka sudah menembak anjing itu.

Namun, abang pemilik enggan membiarkan pegawai itu masuk. Tetapi ketika ibu mereka pulang dan membuka pintu pagar, dua pegawai itu telah menceroboh masuk ke dalam rumah mereka dan membawa ibu anjing bersama enam anaknya pergi.

“Ibu saya telah merayu kepada pegawai MPKS itu untuk tidak membawa anjing itu pergi, tolong beri kami jalan keluar untuk membiarkan anjing itu tinggal. Jika perlu kompaun, berikan saja kompaun itu. Biarkan anjing itu tinggal,” tulisnya.

“Tetapi MPKS berkeras mengatakan yang mereka telah menembak anjing itu, dan anjing ini perlu diambil. Jika tidak, mereka akan mendakwa kami di mahkamah dan mengenakan kompaun RM5,000. Ibu saya keliru kerana dia tidak memahami undang-undang,” tulisnya lagi.

Paws of Hope Malaysia berkata enam ekor anak anjing itu bersama ibu mereka telah ditidurkan. Pemilik dan keluarganya hanya ditinggalkan bersama baki dua ekor anak anjing. Mereka telah  membuat rayuan kepada pegawai MPKS, bertanya mengapa mereka perlu membawa bersama anak anjing itu juga.

“Saya benar-benar tidak faham. Anak anjing itu baru berusia satu bulan! Mereka baru dapat membuka mata melihat dunia, masih tidak dapat berjalan dengan baik! Saya tidak faham mengapa anak anjing juga perlu dibawa pergi?” tulis pemilik ini.

Instagram

Masalah tidak berakhir di situ. Ketika pemilik mahukan jawapan pasti dari pihak berkuasa, katanya mereka telah dirujuk dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain.

Wanita ini berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) memberitahu keluarganya yang jabatan itu tidak bertanggungjawab dalam perkara itu.

Ketika dia dan keluarganya ingin membuat laporan polis, dia mendakwa pegawai polis telah menolak dan menasihatkan mereka membuat aduan dan memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Padawan terlebih dahulu.

Di Majlis Perbandaran Padawan, keluarga pemilik diberitahu yang mereka bukan jabatan yang tepat untuk aduan tersebut dan kemungkinan anjing-anjing itu telah dibunuh.

“Jadi, mereka terus menolak tanggungjawab, seperti dalam pusingan, membuat kami keliru dan letih,” tulisnya.

“Terakhir, kami kembali ke balai polis sekali lagi dan memberitahu kami ingin membuat laporan itu, ya mereka membiarkan kami membuat laporan itu, tetapi selepas jam 5 petang, Jabatan Veterinar telah ditutup, semua kakitangan telah pulang ke rumah, dan anjing saya telah terbunuh,” tulisnya sedih.

Facebook

NPO memaklumkan yang keluarga itu sedang menguruskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas tuduhan menceroboh.

Rakaman video yang disiarkan oleh NPO telah diambil oleh jiran pemilik, Nerissa Geoffrey. Nerissa memberitahu DVSS telah mengancam pemiliknya untuk menarik balik laporan polis mengenai kes itu.

Paws of Hope Malaysia mengakui bahawa walaupun terdapat beberapa kes rabies di kawasan itu, tetapi ini tidak bermakna ia memberi hak kepada pihak berkuasa untuk melakukan apa sahaja tindakan dengan sesuka hati mereka.

Facebook

“Apa yang lebih menyedihkan terdapat golongan yang membela mereka (pihak berkuasa) yang secara jelas telah melakukan kesalahan, dengan mengatakan yang mereka hanya menjalankan tugas. Adakah pekerjaan yang begini mereka harus dilakukan? Menceroboh kediaman dan premis seseorang lalu mengambil sesuatu yang bukan milik mereka?” tanya Paws of Hope Malaysia.

“Kami benar-benar berharap terdapat keadilan untuk ibu anjing ini dan anak-anaknya. Kita harus memperjuangkan hak dan menghentikan pembunuhan besar-besaran terhadap haiwan liar di Malaysia. Jangan takut untuk bersuara mempertahankan hak haiwan. Kita boleh lakukan dengan lebih baik daripada ini. Cara paling berperikemanusiaan untuk menghentikan rabies adalah memerangkap dan memvaksinasi haiwan terbiar ini daripada rabies, pemandulan dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai pemilik haiwan peliharaan.” tulis Paws of Hope Malaysia.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI