27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaVarian Delta kini dikesan di bandar Nanjing

Varian Delta kini dikesan di bandar Nanjing

NANJING- Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengumumkan bahawa varian Delta dikesan di Nanjing, Provinsi Jiangsu, China.

Pada 28 Julai, sebanyak 47 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah penularan tempatan menjadi 153 kes. Sebilangan besar individu yang dijangkiti telah menerima vaksin buatan China.

Menurut pihak berkuasa tempatan sebilangan besar kes adalah berkaitan dengan Lapangan Terbang Lukou di kota itu. Sembilan kes pertama dijumpai ketika kakitangan lapangan terbang menjalani ujian asid nukleik pada 20 Julai. Lebih ramai pekerja lapangan terbang dan kenalan rapat mereka kemudian diuji positif semasa ujian secara besar-besaran dilakukan ke atas 9 juta orang  penduduk Nanjing.

Data rasmi menunjukkan sebahagian besar kakitangan lapangan terbang telah menerima vaksin China pada bulan Mei. Eastern Airport, syarikat induk Lapangan Terbang Lukou, mengatakan pada 12 Mei bahawa lebih 90 peratus kakitangannya telah menerima vaksin. Lapangan Terbang Nanjing juga melaporkan kadar vaksinasi melebihi 90 peratus pada masa itu.

Shao Yiming, seorang penyelidik di Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China mengatakan kepada media China pada 7 Jun bahawa vaksin buatan China adalah untuk “pencegahan perkembangan gejala,” dan bukannya “mencegah jangkitan.”

Rakyat tempatan diminta untuk tinggal di rumah dan telah dinasihatkan hanya  keluar jika perlu. Orang yang menghantar makanan atau bungkusan dilarang masuk ke bangunan kediaman. Panggung wayang, gimnasium, kolam renang dan tempat awam yang lain juga ditutup. Jumlah mereka  yang  dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan pasar raya juga dihadkan.

Pihak berkuasa kesihatan di lima wilayah telah mengumumkan kes tersebut. Sebilangan besar kes di wilayah lain seperti Guangdong, Sichuan, Liaoning, dan Anhui adalah bergejala kecil.

Awal bulan Julai, bandar Ruili di wilayah Guangxi yang berjiran dengan terpaksa ditutup setelah varian Delta dikesan. Sebilangan besar penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin buatan China, dan sekurang-kurangnya separuh daripada populasi di Ruili menerima satu dos vaksin CanSino.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI