25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaMenang emas di Olimpik, Hidilyn Diaz dihadiahi penerbangan percuma seumur hidup serta...

Menang emas di Olimpik, Hidilyn Diaz dihadiahi penerbangan percuma seumur hidup serta beberapa hadiah mewah termasuk kondominium

Bukan mudah untuk melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia Olimpik apatah lagi untuk mendapatkan sebarang pingat. Mereka yang meraih apa sahaja pingat seharusnya diraikan dan diberikan penghargaan tertinggi, tidak kira gangsa, perak mahupun emas.

Meraih pingat emas untuk negaranya kali ini di Tokyo membawa rezeki buat Hidilyn Diaz apabila beliau menerima pelbagai hadiah dan penghargaan daripada pelbagai pihak.

Portal berita Filipina, Rappler, melaporkan bahawa Air Asia Filipina telah menghadiahkan penerbangan percuma sepanjang hayat kepada Diaz sebagai penghargaan diatas pencapaiannya di Tokyo.

”Kami mahu warga ASEAN percaya mereka mampu merealisasikan apa sahaja. Walaupun kita berdepan dengan cabaran dan keperitan ketika kita berusaha untuk pulih, kecekalan Diaz mengingatkan kita walau betapa berat beban yang dipikul, tetapi dengan kekuatan dalaman, ketabahan dan hati yang cekal akan memberikan kita kejayaan,” kata CEO Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

Menerusi penerbangan percuma berkenaan Diaz berpeluang mengunjungi lebih 140 destinasi yang dihubungkan Air Asia antaranya Asia, Australia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Selepas memperolehi pingat perak pada Olimpik Rio 2016, kali ini Diaz mencipta rekod apabila muncul rakyat Filipina pertama memenangi pingat Emas Olimpik. Beliau meraih kejayaan berkenaan melalui acara angkat berat wanita kategori 55kg.

Beliau berjaya melakukan angkatan peribadi terbaik 127kg pada acara ‘clean and jerk’. Catatan keseluruhan 224kg yang dilakukannya sudah mencukupi untuk meraih pingat emas, sekali gus mencatat rekod baharu Olimpik.

Diaz juga dikatakan menerima habuan berjumlah 35.5 juta Peso (RM 2.98 juta) yang diberikan oleh ahli perniagaan tempatan, kerajaan Filipina dan kerajaan tempatan Zamboanga.

Selain itu, beliau turut menerima sebuah kondominium bernilai 14 juta Peso ( RM 1.18 juta) daripada pemaju, Megaworld Corporation, satu lot tanah dan rumah daripada Century Properties Group serta beberapa hadiah mewah yang lain.

Kisah Diaz sebelum ini mendapat perhatian media tempatan apabila dilaporkan telah menumpang sebuah bangsal milik seorang penduduk kampung di Melaka untuk berlatih bagi mempersiapkan diri menuju Olimpik Tokyo 2020.

Beliau dilaporkan terkandas di Malaysia sejak Februari 2020 akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kehadirannya di Malaysia ketika itu bertujuan untuk menjalani latihan bersama jurulatihnya, Gao Kaiwen dari China yang berpendapat adalah lebih baik beliau berlatih di Malaysia bagi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memenangi emas dalam Olimpik.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI