25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 282

PM umum senarai penuh Kabinet Malaysia

0

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pagi 27 Ogos telah mengumumkan senarai barisan Kabinet yang bakal menerajui kerajaan.

Tegas beliau, barisan Kabinet ini akan dipastikan untuk kekal komited dalam menjayakan agenda negara menerusi jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Berikut adalah senarai lengkap Menteri disertai dengan portfolio masing-masing :

1. Menteri (Kanan) Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri – YB Datuk Lim Ban Hong

2. Menteri (Kanan) Pertahanan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri – Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

3. Menteri Kewangan – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I – Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II – Yamani Hafez Musa

4. Menteri (Kanan) Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri – Datuk Arthur Joseph Kurup

5. Menteri (Kanan) Pendidikan – Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I – Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II – Datuk Mohamad Alamin

6. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: -Eddin Syazlee Shith

7. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri – Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

8. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin

9. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri – Datuk Ahmad Marzuk Shaary

10. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) – Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri – Dato’ Hanifah Hajar Taib

11. Menteri Pengangkutan – Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri – Dato’ Henry Sum Agong

12. Menteri Alam Sekitar dan Air – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri – Dato’ Dr Mansor Othman

13. Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Saravanan Murugan

Timbalan Menteri – Datuk Awang Hashim

14. Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri – Datuk Seri Jalaluddin Alias

15. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri – Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff

16. Menteri Pengajian Tinggi – Dato’ Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri – Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

17. Menteri Tenaga dan Sumber Asli – Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri – Datuk Ali Anak Biju

18. Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I – Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said

Timbalan Menteri II – Jonathan Yassin

19. Menteri Kesihatan – Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri I – Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II – Datuk Aaron Ago Dagang 

20. Menteri Pertanian dan Industri Makanan – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I – Datuk Seri Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II – Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

21. Menteri Pembangunan Luar Bandar – Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri I – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II – Datuk Hasbi Habibollah

22. Menteri Luar Negeri – Dato’ Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri – Kamarudin Jaffar

23. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri – Dato’ Rosol Wahid

24. Menteri Komunikasi Dan Multimedia – Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

Timbalan Menteri – Datuk Zahidi Zainul Abidin

25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri – Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

26. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri – Datuk Amzad Mohamed @ Hashim

27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Tan Sri Noh Haji Omar

Timbalan Menteri – Tuan Muslimin Yahaya

28. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin

Timbalan Menteri I – Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II – Willie Mongin

29. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan – Datuk Seri Hajah Nancy Shukri

Timbalan Menteri – Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

30. Menteri Perpaduan Negara – Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri – Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

31. Menteri Belia dan Sukan – Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu

Timbalan Menteri – Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Ujar Perdana Menteri, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu :

  • Peka dengan keperluan semasa
  • Bertanggungjawab dan amanah
  • Mengembalikan semula keyakinan rakyat

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Mahu selamatkan ‘hero’ yang sedang berlawan dengan musuh di dalam TV, kanak-kanak baling barang permainannya ke skrin sehingga rosak

0

Melihat kanak-kanak yang suka kartun atau cerita-cerita yang memaparkan hero kesukaan mereka adalah sesuatu yang biasa. Setiap hari tidak sah kalau mereka tidak menonton kartun kesukaan mereka malah ada yang obses dengan watak-watak yang ditonton.

Namun, apa yang bahaya ialah apabila mereka terlalu obses dengan watak hero atau kartun yang mereka tonton. Ada antara mereka menganggap kesemua watak yang ditonton adalah benar-benar wujud di alam nyata. Akibatnya, mungkin akan terjadi seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki ini.

Apa yang berlaku ialah dia telah membaling permainan ke arah skrin TV kerana mahu menyelamatkan ‘hero’ kesukaannya, Ultraman yang sedang berlawan dengan musuh di dalam TV.

Bukan hanya sekali dia mencampakkan barang mainannya ke arah TV malah apa sahaja yang boleh dicapainya terus dibaling ke TV semata-mata untuk membantu Ultraman melawan musuhnya. Akibatnya, skrin TV tersebut pecah dan rosak.

Rama netizen yang mula mempersoalkan di manakah ibu bapanya ketika kejadian tersebut berlaku. Mungkin ramai yang tidak senang dengan apa yang berlaku tetapi semua itu mungkin di luar kawalan dan pengetahuan ibu bapanya. Buat ibu bapa di luar sana, tidak salah membiarkan anak meonton kartun atau menyukai watak hero di dalam TV tetapi pastikan mereka tidak terlalu obses.

Tonton video di sini.

Adik Aming yang tular kerana minta rakyat patuhi SOP dilaporkan meninggal dunia

0

KOTA KINABALU – Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikenali sebagai Muhammad Aming Salleh Abdullah dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah sekitar jam 1.30 pagi Khamis (26 Ogos 2021).

Menurut laporan, adik Aming pernah menjadi tular di media sosial gara-gara memuat naik video lucu sambil memberikan pesanan kepada orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai topeng pelitup muka dengan betul.

Sumber: Astro Awani

Aming dikatakan mengalami kesesakan nafas sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Tawau, Sabah. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Titingan, Tawau. Ibu Aming, Santi Sabri, 33 tahun memaklumkan bahawa anaknya secara tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Aming juga dikatakan aktif dan sihat serta tidak dijangkiti wabak COVID-19.

“Tiada apa-apa cuma dia makan mi segera sahaja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa sahaja sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” jelas Santi.

Tambah Santi lagi, Aming yang merupakan anak bongsu itu sempat meninggalkan pesan terakhir dan meminta agar ibunya menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: Facebook

“Sebelum meninggal dunia, sempat lagi dia berpesan kepada saya, tutup rapat-rapat aurat supaya bapa tidak menanggung dosa. Saya tidak sangka anak saya pergi begitu sahaja. Sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya”.

“Harap semua orang dapat makan,” Kanak-kanak 9 tahun dari Sabah berhajat derma 240 bungkus beras 5kg kepada keluarga memerlukan sempena hari jadinya

0

Adakah anda ingat apa hajat hari jadi di waktu usia 9 tahun? Mesti anda berharapan ibu bapa membelikan permainan video, membelikan pakaian baru, dijamu makanan mahal dan snek kegemaran atau mendapat hadiah permainan terbaru. Sukanya anda sebagai seorang kanak-kanak.

Kisah yang amat berlainan di Sabah apabila seorang kanak-kanak perempuan menyambut hari jadinya yang ke-9 tahun dengan hajat mulianya untuk membantu golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Mulia dan murni sungguh hati gadis kecil ini.

Paparan Skrin / China Press

China Press melaporkan kanak-kanak perempuan bernama Olivia yang baru berusia 9 tahun dari Kota Kinabalu, menyambut hari jadinya yang ke-9 tahun dengan harapan dapat menyumbangkan wang hadiah hari jadinya bagi tujuan membantu golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Setelah ibu Olivia mendapat tahu hajat anak perempuannya, dia mendapatkan nasihat rakan-rakan lalu menghubungi ahli parlimen Kota Kinabalu untuk mendermakan wang itu bagi pihak Olivia.

Sumbangan wang itu digantikan oleh 240 bungkusan beras 5kg, yang telah diedarkan kepada keluarga memerlukan dan terjejas serta menghadapi masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Olivia berkata hajatnya yang mulia untuk membantu orang lain bukan bertujuan untuk mendapat nama atau menunjuk-nunjuk, tetapi atas dasar keikhlasan dari hatinya kerana berasa simpati setelah mendengar sendiri daripada ibunya yang ketika ini terdapat ramai orang yang kehilangan pekerjaan, dan hidup dalam kesukaran sehingga ada yang tidak dapat makan.

Jadi Olivia ingin membantu mereka dengan kemampuan yang ada dan menyumbang sebaik mungkin.

“Saya tidak mahu lihat semua orang kelaparan, saya berharap semua orang mempunyai makanan di rumah,” kata Olivia yang gembira dapat menyumbangkan bungkusan beras itu.

Sekadar Gambar Hiasan / Pexels

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin telah mengunjungi rumah keluarga Olivia dan menyampaikan sijil penghargaan kepada kanak-kanak prihatin ini.

Olivia masih muda, tetapi sikapnya wajar dicontohi semua kerana mengambil inisiatif untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan memerlukan. Niat mulia yang betul-betul menyentuh hati.

Anak singa garang, cuba tunjuk ‘taring’ tatkala diri didekati curi tumpuan warganet

0

Umum mengetahui singa merupakan haiwan liar dan pemangsa yang hebat dan agresif di habitat semula jadi.

Begitu juga dengan seekor anak singa ini, di mana anak singa terbabit dilihat sangat defensif dan enggan dirinya didekati manusia.

Sedangkan beberapa ekor anak singa yang lain kelihatan begitu manja dipegang oleh seorang lelaki yang berada di dalam sangkar mereka.

Walaupun dengan tubuh yang masih bersaiz kecil, kedengaran bunyi marah yang dihasilkan oleh anak singa terbabit tatkala dirinya didekati.

Yang dua ekor atas peha tu elok saja nampaknya..

Menurut sumber, apabila pertama kali anak singa diperkenalkan kepada kawanan, mereka kurang keyakinan dan keberanian untuk berhadapan dengan singa dewasa.

“Jangan berani dekat ya..”

Oleh yang demikian, bunyi marah yang dihasilkan berkenaan adalah mekanisme semula jadi tindak balas anak singa terhadap persekitaran yang dirasakannya tidak selamat.

Pastinya si kecil ini membesar menjadi seekor singa yang gagah dan kuat di masa akan datang.

Ini kerana mereka sangat terdedah kepada serangan burung besar, ular dan bahkan singa jantan dewasa tanpa jagaan ibunya.

Apa pun, anak singa terbabit tetap kelihatan comel bukan?

Bekalan darah semakin berkurang, Pusat Darah Negara galak orang ramai derma darah secara atas talian ketika PKP

0

Kerajaan sentiasa menguar-uarkan tentang kempen derma darah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa orang memandangkan setiap ramai ada sahaja insiden kemalangan jalan raya berlaku. Di samping dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang, derma darah mempunyai pelbagai manfaat lain terutamanya kepada tahap kesihatan.

Sumber: mStar

Antara manfaat derma darah yang perlu anda tahu adalah:

  1. Mengesan masalah kesihatan
  2. Rasa lebih sihat dan bertenaga
  3. Menjaga kesihatan jantung
  4. Mengawal tekanan darah
  5. Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kadar pendermaan darah semakin merudum memandangkan orang ramai tidak dapat untuk keluar rumah. Namun tahukah anda bahawa Pusat Darah Negara (PDN) masih beroperasi seperti biasa dan sangat berbesar hati untuk menerima kehadiran para penderma.

Sumber: MKN

Untuk menderma, anda digalakkan untuk ke pautan http://linktr.ee/dermadarah bagi menjalankan pemeriksaan kesesuaian untuk menderma darah. Bagi memudahkan urusan perjalanan anda ke pusat kutipan darah, anda diminta untuk:

  1. Membawa buku/kad penderma darah; ATAU
  2. Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah yang akan dihantar ke e-mel; ATAU
  3. Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantar ke e-mel anda dan perlu dicetak.

Sila tunjukkan buku atau kad derma darah / slip temujanji / borang pendaftaran penderma darah secara atas talian kepada pihak polis dan tentera sepanjang tempoh PKP ini bagi melancarkan perjalanan anda.

Sumber: Astro Awani

Berikut merupakan Pusat Pendermaan Darah Statik PDN yang boleh anda kunjungi untuk menderma darah:

A) Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak

Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 9.00 malam

Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

B) Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya

Isnin – Rabu : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Khamis – Ahad : 1.00 petang hingga 8.30 malam

C) PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine)

Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 9.00 malam

D) St John Ambulane of Malaysia, 1Utama Shopping Centre, Basement 2 (New Wing)

Isnin – Ahad : 11.00 pagi hingga 7.30 malam

Telefon dicuri ketika kemalangan, abang mangsa merayu telefon dipulangkan kerana mengandungi gambar terakhir arwah ibu

0

Seorang lelaki memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula telefon pintar iPhone 11 milik adiknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tambun beberapa hari lalu.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Meor Mohammad Noriman itu, adiknya iaitu Muhammad Amirul telah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang bertugas sebagai penghantar makanan Foodpanda. Jelas Meor lagi, telefon tersebut amat bermakna buat keluarganya kerana mengandungi gambar kenangan terakhir bersama arwah ibu yang meninggal sekitar 10 Julai lalu.

Sumber: Perak Today

“Adik saya Muhammad Amirul (Am) baru sahaja kemalangan di Tambun semasa ingin menghantar makanan. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis iPhone 11 di lokasi kejadian harap dapat mengembalikan semula”.

“Untuk makluman, kami sekeluarga baru sahaja kehilangan emak, Siti Sariah Sayed Idun pada 10.7.2021 dan segala gambar kenangan bersama arwah ada dalam telefon tersebut. Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga”.

Semoga perkongsian ini akan sampai ke pengetahuan ramai agar telefon tersebut dapat dikembalikan semula kepada mangsa. Mari kita sama-sama doakan kesembuhan Muhammad Amirul agar dia dapat kembali bertugas dan menjalani kehidupan seperti biasa.

CEO Pfizer ramal varian COVID-19 kebal vaksin kemungkinan muncul

0

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla mengatakan pada 24 Ogos bahawa ada suatu ketika nanti, strain COVID-19 yang kebal terhadap vaksin mungkin muncul.

“Setiap kali varian itu muncul di dunia, para saintis kita akan mendapatkannya”, kata Bourla kepada Fox News dalam wawancara.

“Mereka meneliti untuk melihat apakah varian ini dapat ‘lolos’ dari perlindungan vaksin kami. Kami belum mengenal pasti tetapi kami percaya bahawa suatu hari, salah satu daripadanya akan muncul”.

Ini bukanlah kali pertama Bourla membuat ramalan yang tidak menyenangkan itu. Beliau mendedahkan mengenai masalah ini dalam wawancara bersama Fortune sebelum ini, sekitar waktu ketika perhatian semakin beralih pada mutasi baru virus PKC (Parti Komunis China), patogen yang menyebabkan COVID-19.

Menjawab pertanyaan mengenai keberkesanan vaksin Pfizer terhadap varian yang muncul, Bourla mengatakan beliau cukup yakin ia dapat meneutralkan mutasi baru dan mengutip hasil makmal yang memberangsangkan. Pada masa yang sama, beliau menyatakan besar kemungkinan akan muncul ‘strain‘ koronavirus yang tahan vaksin.

“Secara teorinya, ini adalah senario yang sangat mungkin berlaku. Sekiranya kita melindungi sebahagian besar populasi dan jika ada tekanan yang muncul menggunakan kumpulan populasi ini untuk meniru sementara strain semasa tidak mampu, jelas ini akan mengatasi yang asli. Itu bukan kepastian, tetapi sekarang, saya percaya kemungkinan senario tersebut”.

Pada masa itu, Bourla mengatakan kepada Fortune bahawa teknologi mRNA yang digunakan dalam vaksin Pfizer-BioNTech memungkinkan pengembangan versi baru yang cepat dapat membuat imunogenik berbeza agar dapat mengatasi mutasi baru.

Beliau meramalkan bahawa vaksin seperti itu dapat dikembangkan dalam waktu sekitar dua bulan tetapi menyatakan bahawa ia bergantung pada beberapa faktor termasuk kerangka peraturan.

Dalam wawancaranya, beliau menjelaskan hal ini dan mengatakan Pfizer telah melakukan proses untuk mengembangkan vaksin khusus varian dalam 95 hari setelah mengenal pasti mutasi baru.

Pendedahannya itu dibuat pada hari yang sama dengan info dari Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang melaporkan data baru mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian Delta.

Berdasarkan kajian terhadap 4,217 peserta yang diberi vaksin sepenuhnya – 65% daripadanya menerima suntikan Pfizer, 33% mengambil vaksin Moderna dan 2% mendapat suntikan Johnson & Johnson — laporan CDC mendapati keberkesanan yang lebih rendah (66%) dalam tempoh yang menonjol terhadapDelta berbanding bulan-bulan sebelum dominasi Delta (91%).

Sehari sebelumnya, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) memberikan kelulusan peraturan penuh untuk vaksin Pfizer COVID-19 bagi individu berumur 16 tahun ke atas, menjadikan ia vaksin pertama yang dibenarkan penggunaannya ketika kecemasan.

Pasangan pengantin baru tular datang vaksin lepas nikah. Sempat ‘bersanding’ pula di PPV..

0

Sekian lama menunggu giliran mendapatkan vaksin, pastinya kita akan cuba sedaya upaya untuk hadir tidak kira apa sahaja perkara yang mendatang.

Ini kerana tarikh janji temu vaksinasi tidak boleh ditetapkan dan hanya diberitahu menerusi aplikasi MySejahtera.

Baru-baru ini, tular pasangan pengantin baru yang selesai bernikah, dilihat bergegas pula ke pusat vaksinasi (PPV) untuk mendapatkan vaksin.

Kedua-dua pengantin berkenaan menerima tarikh janji temu vaksin pada hari yang sama dengan tarikh pernikahan mereka.

Difahamkan bahawa video yang tular di TikTok tersebut dirakam dan dimuat naik oleh salah seorang petugas di PPV Dewan Jubli Intan di Pontian, Johor.

“Selamat pengantin baru buat kedua mempelai dari kami petugas (KKM, APM, RELA, sukarelawan)”, tulis pemilik akaun @girl__violet.

Malah lebih unik lagi, kedua-dua pengantin kemudian dijemput untuk ‘bersanding’ seketika di ‘pelamin’ yang berlatarbelakangkan poster vaksinasi.

Comel betul! Pastinya saat itu akan terus dikenang oleh mereka sampai bila-bila..

Kucing mudah makan ubat tanpa perlu mencakar atau meronta, doktor haiwan ini menunjukkan tekniknya

0

Sebagai pemilik kucing peliharaan, anda pasti pernah menghadap sendiri pengalaman memberi makan ubat kepada kucing anda yang tidak sihat. 

Bukan perkara mudah untuk memberi kucing makan ubat kerana mereka boleh mencakar tuan atau meronta-ronta kerana seperti manusia, kucing pun tahu yang ubat itu pahit.

Seorang doktor haiwan dari Portugal, Andre Sousa Santos telah menunjukkan teknik dan cara yang betul untuk memberi ubat kepada seekor kucing.

Facebook

Sebenarnya memberi kucing makan ubat adalah sangat mudah, jika anda mengikuti teknik Dr Andre Santos.

Mulanya Dr Andre mula membelai kepala dan dagu si comel supaya dia berasa selesa dan tidak takut.

Facebook

Sambil beliau memegang ubat yang perlu diberi kepada si comel di hujung jarinya.

Kemudian doktor haiwan ini memegang bahagian kepala kucing itu dan mendongakkan kepalanya.

Facebook

Pada masa sama dengan senyuman manis, Dr Andre membuka mulut kucing dengan tangannya yang memegang ubat itu.

Kemudian dengan pantas Dr Andre memasukkan ubat pil itu ke dalam mulut kucing ini dengan memberi satu hembusan.

Facebook

Dr Andre terus mengusap bahagian bawah dagunya untuk memudahkan kucing menelan ubat.

Facebook

Usapan itu termasuk untuk menenangkan si bulus agar dia tidak terasa langsung yang dia sedang memakan ubat.

Kemudian dengan comelnya dia meminta dukung dan belaian daripada doktor haiwan yang kacak ini.

Facebook

“Tengok saya! Mudah dan tenang sahaja makan ubat. Mana ada susah…”

Facebook

Comelnya si bulus ini senang makan ubat.

Tonton video di sini.