Secara saintifiknya, apabila bawang dipotong, terdapat sebatian ‘lachrymator’ tertentu dilepaskan menyebabkan kalenjar lakrimal di sekitar mata mengalami iritasi.
Maka sebab itulah kita seperti menangis ketika memotong bawang. Tidak sangka pula si bulus pun mengalami nasib yang sama..
Lucu ada, kasihan pun ada. Anda tontonlah videonya di sini.
Memahami betapa peritnya realiti, seorang pemuda bernama Bryan difahamkan telah melakukan sesuatu yang mampu membawa senyuman kepada kita semua.
Bryan difahamkan telah memesan makanan menerusi khidmat Grab Food dan setelah penghantar tersebut tiba di rumahnya, Bryan tiba-tiba bertanya sesuatu.
“You dah makan dah?”, tanya Bryan kepada ‘rider’ yang bernama Fahmi terbabit. Pada ketika itu, Fahmi berterus terang bahawa dirinya masih belum makan tengah hari.
“Saya bagi satu (set makanan). Saya beli untuk you”, tambah Bryan. Fahmi pada ketika itu menolak. “I memang beli untuk you”, kata Bryan lagi.
Ujar Fahmi, sudah 2 tahun dia melakukan kerja sebagai penghantar makanan tersebut selepas diberhentikan kerja kerana syarikatnya mahu menjimatkan kos operasi.
Bryan juga sempat meminta Fahmi memilih jenis burger yang diinginkannya, sama ada ayam mahupun daging namun Fahmi tidak dapat membuat pilihan.
“I think special (is) ayam”, kata Bryan lalu memberikan bungkusan burger ayam kepada Fahmi. Terharu Fahmi dibuatnya sehingga dia berkali-kali mengucapkan terima kasih.
Fahmi juga sempat mendoakan agar Bryan dimurahkan rezeki selepas ini. Begitulah kisah yang sangat memberikan inspirasi tatkala Hari Kebangsaan bakal menjelma.
Semoga keluarga Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan sama-sama membantu tatkala kesusahan.
Pernah bayangkan jika anda perlu hidup dengan haiwan liar? Mereka bukan sahaja ganas tetapi nyawa anda boleh diancam bila-bila masa sahaja. Adalah tidak masuk akal untuk tinggal dan hidup bersama spesies pemangsa.
Namun, di sebalik bahaya itu ada mereka yang sebenarnya membela haiwan liar sebagai haiwan kesayangan di rumah. Apa yang menariknya haiwan liar tersebut boleh bertukar menjadi jinak dan manja!
Kedengarannya seperti mustahil tetapi pasangan dari Rusia ini membuktikan mereka boleh tinggal dengan haiwan liar mereka, seekor puma yang sememangnya semua orang tahu ia adalah spesies liar.
Mereka bukan sahaja tinggal bersama malah puma tersebut juga kelihatan sangat manja. Video-video yang dimuat naik di internet jelas menunjukkan puma mereka sangat manja seperti kucing!
Puma bernama Messi diselamatkan dari sebuah zoo dan ketika itu Messi berada dalam keadaan sakit yang memerlukan penjagaan sepanjang masa. Jadi, pada tahun 2016, pasangan Alexander Dmitriev dan isterinya Mariya mengambil keputusan untuk membela Messi dan besarkan ia sebagai haiwan peliharaan.
Bertahun berlalu dan kini mereka sangat rapat dan Messi seolah-olah lupa dia sebenarnya adalah spesies liar!
Kata orang kanak-kanak memang jujur. Jika mereka menyukai sesuatu mereka akan mengatakannya tetapi jika sebaliknya, mereka akan menunjukkan reaksi tidak suka. Mereka juga biasanya tidak pandai menipu atau menyembunyikan perasaan mereka.
Kanak-kanak lelaki dalam video ini adalah contoh terbaik. Apa yang dilakukan jelas sekali menunjukkan dia sangat suka dengan makanannya.
Apa yang berlaku ialah dia telah makan makanannya dengan begitu berselera lagi dan langsung tidak mempedulikan perkara lain di sekitarnya. Mungkin dia terlalu lapar dan mungkin juga makanannya begitu sedap sehingga dia makan dengan begitu berselera sekali.
Fokusnya dengan makanan seolah-olah tiada gangguan. Misinya cuma satu, menikmati makanan itu sebaik mungkin. Lihatlah, sampai licin pinggannya dijilat, memang berselera habis!
Pentadbiran Rumah Putih pada Jumaat 27 Ogos memberi amaran serangan pengganas di lapangan terbang Kabul adalah ‘kemungkinan’ berulang sekali lagi sebelum tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan dan proses pemindahan selesai.
Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris mengadakan pertemuan dengan pegawai Pentagon dan anggota majlis keselamatan negara kira-kira 24 jam setelah lapangan terbang Kabul dibom dalam serangan oleh kumpulan pengganas ISIS, kata setiausaha akhbar Jen Psaki.
“Mereka menasihati Presiden dan Naib Presiden bahawa serangan pengganas yang lain di Kabul kemungkinan berlaku lagi, tetapi mereka telah mengambil langkah perlindungan dan meningkatkan tahap keselamatan secara maksimum di Kabul. Beberapa hari berikutnya merupakan misi dalam tempoh paling berbahaya hingga kini,” kata Psaki.
Setiausaha Akhbar Presiden Amerika Syarikat, Jen Psaki (Gambar oleh SAUL LOEB/AFP/Getty Images)
Menurut Psaki, penasihat keselamatan negara melaporkan “pasukan keselamatan wira dan wirawati kita yang berani terus menjalankan operasi pemindahan yang bersejarah” dan pasukan tentera masih “berusaha mengeluarkan ribuan orang dalam setiap beberapa jam.”
Presiden Joe Biden “menekankan dengan jelas pada Khamis bahawa beliau tidak mahu mereka berada di bumi Afghanistan lagi” sambil bersumpah akan mengesan individu yang bertanggungjawab atas pengeboman lapangan terbang Kabul.
Komen itu setara dengan kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Pertahanan John Kirby pada Jumaat ketika beliau menyatakan bahawa kemungkinan beribu-ribu pengganas ISIS-K melarikan diri dari beberapa penjara Afghanistan sebagai Taliban – yang juga dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh beberapa agensi persekutuan – yang telah mengambil alih pentadbiran negara itu pada awal bulan ini.
Pegawai Amerika Syarikat menurut Kirby, percaya adanya “ancaman yang spesifik dan boleh dipercayai” terhadap lapangan terbang Kabul dan “mereka menjangkakan akan terdapat percubaan di masa depan” terhadap beberapa kemudahan awam negara itu.
Sehari sebelum itu, Presiden Biden mengeluarkan kenyataan mengenai pengeboman angkara pengganas berkenaan, yang dianggarkan telah menyebabkan kira-kira 200 orang, termasuk anggota tentera Amerika Syarikat maut. Presiden menegaskan yang pihak ISIS-K, atau Negara Islam Khorasan, akan berhadapan dengan tindakan serangan balas.
“Kami akan bertindak balas dengan kekuatan dan ketepatan, menurut waktu kami, di tempat yang kami pilih, dan pada detik pilihan kami,” kata Presiden Biden dalam sidang media.
Presiden Joe Biden berhadapan kritikan dari kedua-dua parti politik utama berkenaan bagaimana pentadbirannya menangani pengunduran Amerika Syarikat dari Afghanistan dan kejatuhan kerajaan Afghanistan yang seterusnya berikutan kemaraan Taliban.
Pentadbiran Biden telah dipersalahkan kerana menghantar mesej bercampur-campur dan mengelirukan serta mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenai situasi keselamatan yang sedang berlaku di Kabul.
Walaupun Presiden Biden mengaku untuk mengambil tanggungjawab dengan arahan pengunduran itu, beliau turut menyalahkan pentadbiran terdahulu Trump yang mengadakan beberapa kontur rundingan dan perjanjian dengan Taliban bagi pengunduran Amerika Syarikat.
Bekas Presiden Donald Trump, bagaimanapun berkata Presiden Biden telah melanggar beberapa syarat perjanjian, termasuk tarikh pengunduran, dan menegaskan yang beliau akan menangani situasi itu dengan cara berbeza dan akan mengatur pengunduran itu dengan kekuatan tentera sedia ada.
Tentera Amerika Syarikat berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan ketika pengunduran pada Jumaat, 20 Ogos 2021. ( Gambar oleh Lance Cpl. Nicholas Guevara/U.S. Marine Corps /AP)
Rumah Putih dalam kenyataan pada Khamis melaporkan seramai 12,500 orang telah dipindahkan dari Afghanistan dalam tempoh 24 jam walaupun berlaku serangan pengganas. Lebih 100,000 orang telah berjaya dipindahkan sejak akhir bulan lalu, kata pegawai.
Mengenai operasi ketenteraan menentang ISIS-K, Jen Psaki berkata Presiden Biden telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tentera mengenai sebarang kemungkinan.
“Presiden menegaskan bersama panglima tertinggi untuk meluluskannya setelah berbincang dengan semua pihak berkuasa yang mereka perlu mengendalikan operasi itu demi melindungi pasukan keselamatan kita, dan semua melaporkan kembali bahawa mereka memiliki sumber yang dipercayai bahawa kita perlu melakukannya secara efektif,” kata Psaki.
Adalah menjadi sebuah kebangaan jika negara sendiri menjadi tuan rumah acara sukan terbesar tidak kira di peringkat apa pun. Tahun ini rakyat Jepun merasakan perasaan bangga yang cukup luar biasa terutama penduduk Tokyo apabila temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik telah dilangsungkan di situ.
Untuk meraikan kehadiran para atlet dari seluruh dunia, penduduk Tokyo memutuskan untuk melakukan sesuatu yang sangat baik iaitu dengan mengutip sampah di sekitar Stadium Nasional.
Walaupun ketika ini kes Covid-19 semakin tinggi di negara itu, penduduk Tokyo terus berusaha untuk menjadikan kawasan stadium tetap bersih dan budaya ini sebenarnya telah mula diamalkan sejak Sukan Olimpik Tokyo 1964.
Kumpulan sukarelawan dapat dilihat mengutip sampah di sepanjang jalan berhampiran Stadium Shibuya pada 9 Ogos lalu, sehari selepas upacara penutupan Sukan Olimpik. Mereka kemudian mengasingkan sampah yang dikumpulkan menjadi beberapa kategori seperti puntung rokok, tin, botol plastik dan sampah-sampah lain.
Semua ini dilakukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka dikatakan dapat mengumpulkan sampah yang cukup untuk mengisi lima beg sampah 45 liter dalam masa satu jam!
Tidak hairanlah jika Jepun memang terkenal dengan disiplin dan kebersihan yang cukup mengagumkan. Jepun telah menunjukkan sebuah contoh yang baik dan semua negara, termasuk Malaysia boleh mencontohi mereka.
TOKYO- Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara ‘powerlifting’ dalam kelas 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum.
Atlet kelahiran Sarawak berusia 22 tahun itu merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228 kg sekali gus memadam rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet dari Iraq, Rasool Mohsin yang pernah mengangkat bebanan seberat 227kg ketika di Rio de Janeiro.
Tempat kedua dimiliki atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.
Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.
Bonnie adalah antara dalam kalangan lima atlet para negara yang diletakkan sebagai sandaran meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bersama dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badminton para, Cheah Leik Hou dan atlet memanah, S Suresh.
Buat seseorang peniaga, pasti anda senang jika ada yang membeli apa sahaja produk yang ada jual. Apa yang lebih mengembirakan jika pelanggan anda ialah individu yang disegani ramai. Pasti perasaan bangga ketika itu cukup luar biasa dan sukar digambarkan.
Itulah pengalaman manis yang dilalui oleh seorang remaja lelaki apabila ikan laga jualannya dibeli oleh bekas pemimpin negara yang dikagumi ramai, siapa lagi kalau bukan Tun Dr Mahathir.
Bekas Perdana Menteri itu telah membeli enam ekor ikan laga yang dijual secara dalam talian daripada Zheng Jiayong, 17, dari Ipoh. Dia dan adiknya menjalankan perniagaan ikan laga secara atas talian.
Zheng Jiayong dikatakan bertanggungjawab untuk pemasaran di Twitter, sementara adiknya bertanggungjawab dalam penternakan dan pembiakan ikan laga betta.
Perniagaan mereka baru beroperasi selama dua bulan dan mereka telah mendapat sokongan daripada Tun Mahathir dan perkara ini membuatkan Cheng Jiayong sangat teruja untuk berkongsi kisahnya di Twitter.
Dia memberitahu bahawa pembantu Tun Mahathir menghubunginya pada 14 Ogos untuk bertanya mengenai harga Douyu. Pada mulanya dia berfikir ia hanyalah pelanggan biasa. Dia tidak menyangka bahawa mantan Perdana Menteri yang ingin membeli Douyu dan meletakannya di dalam pejabat.
Zheng Jiayong pada mulanya menganggapnya hanya sebuah gurauan. Ketika pembantu memberikan alamat pejabat Dr Mahathir di Pulau Langkawi, barulah dia percaya.
Pembantu Dr Mahathir juga ada menyebut bahawa dia boleh menulis atau meninggalkan mesej kepada Dr Mahathir.
Zheng Jiayong menghantar enam ekor ikan laga kepada Mahathir pada 16 Ogos, dan pembantu Dr Mahathir memberitahu bahawa mereka menerimanya pada 18 Ogos.
Zheng Jiayong juga mendedahkan bahawa Dr Mahathir membeli ikan tempurung pendek Plakat yang harganya sekitar antara RM15 hingga RM40.
Dia mengatakan bahawa ketika dia membuat hantaran Twitter mengenai kisah itu ramai orang yang mula tertarik dan mula membeli ikannya.
Dia juga mendedahkan bahawa jika sebelum ini perniagaan ikan laganya di Twitter tidak stabil. Walaupun kadangkala dia tidak dapat menjual ikan dalam sehari tetapi dia tetap menghargai ikan laganya. Baginya ikan laga boleh mengurangkan tekanan terutama tekanan belajar.
Manusia yang sampai hati kadangkala mampu melakukan perkara yang sangat buruk kepada orang lain atau haiwan. Kerana mungkin ada yang pernah mengalami trauma buruk dan sebagai rasa balas dendam, mereka fikir lebih baik mengulangi kitaran kebencian dan penderaan yang sama.
Amat malang apabila seekor anjing menjadi mangsa perbuatan kejam bekas pemiliknya apabila dia ditinggalkan bersendirian di dalam hutan tanpa makanan dan air.
Nasib baik, seorang pencinta haiwan bernama Jana Creel terserempak dengan anjing ini dan menyelamatkannya daripada terus menjadi mangsa penderaan manusia.
Anjing ini ditemui dalam keadaan dirantai di kedua-dua kakinya dan bekas tuannya amat jelas berniat untuk mengabai serta membiarkannya mati di tempat terpencil di dalam hutan itu.
Biasanya anjing yang mengalami pengkhianatan sebegini daripada orang yang dia sayangi akhirnya akan menunjukkan kelakuan bengis, memencilkan diri dan berhati-hati dengan manusia, kerana takut akan melalui perkara buruk sekali lagi.
Sebaliknya, anjing yang Jana selamatkan ini masih menunjukkan harapannya untuk mendapatkan belas kasihan manusia. Dia benar-benar bersyukur dan menyambut baik keprihatinan Jana juga nampaknya masih percaya yang manusia itu masih ramai yang baik dan mampu mengasihi.
Dengan tubuhnya yang kotor dan tidak bermaya, dia nampaknya sudah agak lama ditinggalkan bersendirian, maka tidak menghairankan apabila anjing ini berasa sangat sedih.
Bekas tuannya sengaja mengabaikannya tanpa makan dan minum yang jelas menunjukkan dia tidak akan kembali dan mahu membiarkan anjing ini mati.
Walaupun mengalami trauma amat memeritkan kerana pernah didera tuan sendiri, matanya masih berkaca-kaca ketika memandang Jana, menunjukkan harapan seseorang akan menyayanginya lagi sebagai haiwan kesayangan dan menjadikannya pendamping setia.