Kerajaan sentiasa menguar-uarkan tentang kempen derma darah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa orang memandangkan setiap ramai ada sahaja insiden kemalangan jalan raya berlaku. Di samping dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang, derma darah mempunyai pelbagai manfaat lain terutamanya kepada tahap kesihatan.

Antara manfaat derma darah yang perlu anda tahu adalah:
- Mengesan masalah kesihatan
- Rasa lebih sihat dan bertenaga
- Menjaga kesihatan jantung
- Mengawal tekanan darah
- Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kadar pendermaan darah semakin merudum memandangkan orang ramai tidak dapat untuk keluar rumah. Namun tahukah anda bahawa Pusat Darah Negara (PDN) masih beroperasi seperti biasa dan sangat berbesar hati untuk menerima kehadiran para penderma.

Untuk menderma, anda digalakkan untuk ke pautan http://linktr.ee/dermadarah bagi menjalankan pemeriksaan kesesuaian untuk menderma darah. Bagi memudahkan urusan perjalanan anda ke pusat kutipan darah, anda diminta untuk:
- Membawa buku/kad penderma darah; ATAU
- Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah yang akan dihantar ke e-mel; ATAU
- Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantar ke e-mel anda dan perlu dicetak.
Sila tunjukkan buku atau kad derma darah / slip temujanji / borang pendaftaran penderma darah secara atas talian kepada pihak polis dan tentera sepanjang tempoh PKP ini bagi melancarkan perjalanan anda.

Berikut merupakan Pusat Pendermaan Darah Statik PDN yang boleh anda kunjungi untuk menderma darah:
A) Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 9.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
B) Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin – Rabu : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Khamis – Ahad : 1.00 petang hingga 8.30 malam
C) PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 9.00 malam
D) St John Ambulane of Malaysia, 1Utama Shopping Centre, Basement 2 (New Wing)
Isnin – Ahad : 11.00 pagi hingga 7.30 malam