Seorang lelaki memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula telefon pintar iPhone 11 milik adiknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tambun beberapa hari lalu.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Meor Mohammad Noriman itu, adiknya iaitu Muhammad Amirul telah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang bertugas sebagai penghantar makanan Foodpanda. Jelas Meor lagi, telefon tersebut amat bermakna buat keluarganya kerana mengandungi gambar kenangan terakhir bersama arwah ibu yang meninggal sekitar 10 Julai lalu.

“Adik saya Muhammad Amirul (Am) baru sahaja kemalangan di Tambun semasa ingin menghantar makanan. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis iPhone 11 di lokasi kejadian harap dapat mengembalikan semula”.
“Untuk makluman, kami sekeluarga baru sahaja kehilangan emak, Siti Sariah Sayed Idun pada 10.7.2021 dan segala gambar kenangan bersama arwah ada dalam telefon tersebut. Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga”.
Semoga perkongsian ini akan sampai ke pengetahuan ramai agar telefon tersebut dapat dikembalikan semula kepada mangsa. Mari kita sama-sama doakan kesembuhan Muhammad Amirul agar dia dapat kembali bertugas dan menjalani kehidupan seperti biasa.