Sekian lama menunggu giliran mendapatkan vaksin, pastinya kita akan cuba sedaya upaya untuk hadir tidak kira apa sahaja perkara yang mendatang.
Ini kerana tarikh janji temu vaksinasi tidak boleh ditetapkan dan hanya diberitahu menerusi aplikasi MySejahtera.
Baru-baru ini, tular pasangan pengantin baru yang selesai bernikah, dilihat bergegas pula ke pusat vaksinasi (PPV) untuk mendapatkan vaksin.
Kedua-dua pengantin berkenaan menerima tarikh janji temu vaksin pada hari yang sama dengan tarikh pernikahan mereka.
@shidiphotographer/TikTok
Difahamkan bahawa video yang tular di TikTok tersebut dirakam dan dimuat naik oleh salah seorang petugas di PPV Dewan Jubli Intan di Pontian, Johor.
“Selamat pengantin baru buat kedua mempelai dari kami petugas (KKM, APM, RELA, sukarelawan)”, tulis pemilik akaun @girl__violet.
@shidiphotographer/TikTok
Malah lebih unik lagi, kedua-dua pengantin kemudian dijemput untuk ‘bersanding’ seketika di ‘pelamin’ yang berlatarbelakangkan poster vaksinasi.
Comel betul! Pastinya saat itu akan terus dikenang oleh mereka sampai bila-bila..