Manusia yang sampai hati kadangkala mampu melakukan perkara yang sangat buruk kepada orang lain atau haiwan. Kerana mungkin ada yang pernah mengalami trauma buruk dan sebagai rasa balas dendam, mereka fikir lebih baik mengulangi kitaran kebencian dan penderaan yang sama.
Amat malang apabila seekor anjing menjadi mangsa perbuatan kejam bekas pemiliknya apabila dia ditinggalkan bersendirian di dalam hutan tanpa makanan dan air.
Nasib baik, seorang pencinta haiwan bernama Jana Creel terserempak dengan anjing ini dan menyelamatkannya daripada terus menjadi mangsa penderaan manusia.
Anjing ini ditemui dalam keadaan dirantai di kedua-dua kakinya dan bekas tuannya amat jelas berniat untuk mengabai serta membiarkannya mati di tempat terpencil di dalam hutan itu.
Biasanya anjing yang mengalami pengkhianatan sebegini daripada orang yang dia sayangi akhirnya akan menunjukkan kelakuan bengis, memencilkan diri dan berhati-hati dengan manusia, kerana takut akan melalui perkara buruk sekali lagi.
Sebaliknya, anjing yang Jana selamatkan ini masih menunjukkan harapannya untuk mendapatkan belas kasihan manusia. Dia benar-benar bersyukur dan menyambut baik keprihatinan Jana juga nampaknya masih percaya yang manusia itu masih ramai yang baik dan mampu mengasihi.
Dengan tubuhnya yang kotor dan tidak bermaya, dia nampaknya sudah agak lama ditinggalkan bersendirian, maka tidak menghairankan apabila anjing ini berasa sangat sedih.
Bekas tuannya sengaja mengabaikannya tanpa makan dan minum yang jelas menunjukkan dia tidak akan kembali dan mahu membiarkan anjing ini mati.
Walaupun mengalami trauma amat memeritkan kerana pernah didera tuan sendiri, matanya masih berkaca-kaca ketika memandang Jana, menunjukkan harapan seseorang akan menyayanginya lagi sebagai haiwan kesayangan dan menjadikannya pendamping setia.
Tegas beliau, barisan Kabinet ini akan dipastikan untuk kekal komited dalam menjayakan agenda negara menerusi jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Berikut adalah senarai lengkap Menteri disertai dengan portfolio masing-masing :
1. Menteri (Kanan) Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri – YB Datuk Lim Ban Hong
2. Menteri (Kanan) Pertahanan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri – Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
3. Menteri Kewangan – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I – Mohd Shahar Abdullah Timbalan Menteri II – Yamani Hafez Musa
4. Menteri (Kanan) Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri – Datuk Arthur Joseph Kurup
5. Menteri (Kanan) Pendidikan – Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I – Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon Timbalan Menteri II – Datuk Mohamad Alamin
6. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: -Eddin Syazlee Shith
7. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri – Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
8. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin
9. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri – Datuk Ahmad Marzuk Shaary
10. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) – Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri – Dato’ Hanifah Hajar Taib
11. Menteri Pengangkutan – Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri – Dato’ Henry Sum Agong
12. Menteri Alam Sekitar dan Air – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri – Dato’ Dr Mansor Othman
13. Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri – Datuk Awang Hashim
14. Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri – Datuk Seri Jalaluddin Alias
15. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri – Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff
16. Menteri Pengajian Tinggi – Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri – Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
17. Menteri Tenaga dan Sumber Asli – Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri – Datuk Ali Anak Biju
18. Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I – Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II – Jonathan Yassin
19. Menteri Kesihatan – Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I – Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II – Datuk Aaron Ago Dagang
20. Menteri Pertanian dan Industri Makanan – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I – Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II – Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
21. Menteri Pembangunan Luar Bandar – Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II – Datuk Hasbi Habibollah
22. Menteri Luar Negeri – Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri – Kamarudin Jaffar
23. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri – Dato’ Rosol Wahid
24. Menteri Komunikasi Dan Multimedia – Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri – Datuk Zahidi Zainul Abidin
25. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri – Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
26. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri – Datuk Amzad Mohamed @ Hashim
27. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri – Tuan Muslimin Yahaya
28. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin
Timbalan Menteri I – Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II – Willie Mongin
29. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan – Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri – Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
30. Menteri Perpaduan Negara – Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri – Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
31. Menteri Belia dan Sukan – Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri – Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
Ujar Perdana Menteri, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu :
Peka dengan keperluan semasa
Bertanggungjawab dan amanah
Mengembalikan semula keyakinan rakyat
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.
Melihat kanak-kanak yang suka kartun atau cerita-cerita yang memaparkan hero kesukaan mereka adalah sesuatu yang biasa. Setiap hari tidak sah kalau mereka tidak menonton kartun kesukaan mereka malah ada yang obses dengan watak-watak yang ditonton.
Namun, apa yang bahaya ialah apabila mereka terlalu obses dengan watak hero atau kartun yang mereka tonton. Ada antara mereka menganggap kesemua watak yang ditonton adalah benar-benar wujud di alam nyata. Akibatnya, mungkin akan terjadi seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki ini.
Apa yang berlaku ialah dia telah membaling permainan ke arah skrin TV kerana mahu menyelamatkan ‘hero’ kesukaannya, Ultraman yang sedang berlawan dengan musuh di dalam TV.
Bukan hanya sekali dia mencampakkan barang mainannya ke arah TV malah apa sahaja yang boleh dicapainya terus dibaling ke TV semata-mata untuk membantu Ultraman melawan musuhnya. Akibatnya, skrin TV tersebut pecah dan rosak.
Rama netizen yang mula mempersoalkan di manakah ibu bapanya ketika kejadian tersebut berlaku. Mungkin ramai yang tidak senang dengan apa yang berlaku tetapi semua itu mungkin di luar kawalan dan pengetahuan ibu bapanya. Buat ibu bapa di luar sana, tidak salah membiarkan anak meonton kartun atau menyukai watak hero di dalam TV tetapi pastikan mereka tidak terlalu obses.
KOTA KINABALU – Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikenali sebagai Muhammad Aming Salleh Abdullah dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah sekitar jam 1.30 pagi Khamis (26 Ogos 2021).
Menurut laporan, adik Aming pernah menjadi tular di media sosial gara-gara memuat naik video lucu sambil memberikan pesanan kepada orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai topeng pelitup muka dengan betul.
Aming dikatakan mengalami kesesakan nafas sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Tawau, Sabah. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Titingan, Tawau. Ibu Aming, Santi Sabri, 33 tahun memaklumkan bahawa anaknya secara tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Aming juga dikatakan aktif dan sihat serta tidak dijangkiti wabak COVID-19.
“Tiada apa-apa cuma dia makan mi segera sahaja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa sahaja sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” jelas Santi.
Tambah Santi lagi, Aming yang merupakan anak bongsu itu sempat meninggalkan pesan terakhir dan meminta agar ibunya menutup aurat dengan sempurna.
“Sebelum meninggal dunia, sempat lagi dia berpesan kepada saya, tutup rapat-rapat aurat supaya bapa tidak menanggung dosa. Saya tidak sangka anak saya pergi begitu sahaja. Sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya”.
Adakah anda ingat apa hajat hari jadi di waktu usia 9 tahun? Mesti anda berharapan ibu bapa membelikan permainan video, membelikan pakaian baru, dijamu makanan mahal dan snek kegemaran atau mendapat hadiah permainan terbaru. Sukanya anda sebagai seorang kanak-kanak.
Kisah yang amat berlainan di Sabah apabila seorang kanak-kanak perempuan menyambut hari jadinya yang ke-9 tahun dengan hajat mulianya untuk membantu golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.
China Press melaporkan kanak-kanak perempuan bernama Olivia yang baru berusia 9 tahun dari Kota Kinabalu, menyambut hari jadinya yang ke-9 tahun dengan harapan dapat menyumbangkan wang hadiah hari jadinya bagi tujuan membantu golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.
Setelah ibu Olivia mendapat tahu hajat anak perempuannya, dia mendapatkan nasihat rakan-rakan lalu menghubungi ahli parlimen Kota Kinabalu untuk mendermakan wang itu bagi pihak Olivia.
Sumbangan wang itu digantikan oleh 240 bungkusan beras 5kg, yang telah diedarkan kepada keluarga memerlukan dan terjejas serta menghadapi masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.
Olivia berkata hajatnya yang mulia untuk membantu orang lain bukan bertujuan untuk mendapat nama atau menunjuk-nunjuk, tetapi atas dasar keikhlasan dari hatinya kerana berasa simpati setelah mendengar sendiri daripada ibunya yang ketika ini terdapat ramai orang yang kehilangan pekerjaan, dan hidup dalam kesukaran sehingga ada yang tidak dapat makan.
Jadi Olivia ingin membantu mereka dengan kemampuan yang ada dan menyumbang sebaik mungkin.
“Saya tidak mahu lihat semua orang kelaparan, saya berharap semua orang mempunyai makanan di rumah,” kata Olivia yang gembira dapat menyumbangkan bungkusan beras itu.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin telah mengunjungi rumah keluarga Olivia dan menyampaikan sijil penghargaan kepada kanak-kanak prihatin ini.
Olivia masih muda, tetapi sikapnya wajar dicontohi semua kerana mengambil inisiatif untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan memerlukan. Niat mulia yang betul-betul menyentuh hati.
Menurut sumber, apabila pertama kali anak singa diperkenalkan kepada kawanan, mereka kurang keyakinan dan keberanian untuk berhadapan dengan singa dewasa.
Oleh yang demikian, bunyi marah yang dihasilkan berkenaan adalah mekanisme semula jadi tindak balas anak singa terhadap persekitaran yang dirasakannya tidak selamat.
Pastinya si kecil ini membesar menjadi seekor singa yang gagah dan kuat di masa akan datang.
Kerajaan sentiasa menguar-uarkan tentang kempen derma darah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa orang memandangkan setiap ramai ada sahaja insiden kemalangan jalan raya berlaku. Di samping dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang, derma darah mempunyai pelbagai manfaat lain terutamanya kepada tahap kesihatan.
Antara manfaat derma darah yang perlu anda tahu adalah:
Mengesan masalah kesihatan
Rasa lebih sihat dan bertenaga
Menjaga kesihatan jantung
Mengawal tekanan darah
Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kadar pendermaan darah semakin merudum memandangkan orang ramai tidak dapat untuk keluar rumah. Namun tahukah anda bahawa Pusat Darah Negara (PDN) masih beroperasi seperti biasa dan sangat berbesar hati untuk menerima kehadiran para penderma.
Untuk menderma, anda digalakkan untuk ke pautan http://linktr.ee/dermadarah bagi menjalankan pemeriksaan kesesuaian untuk menderma darah. Bagi memudahkan urusan perjalanan anda ke pusat kutipan darah, anda diminta untuk:
Membawa buku/kad penderma darah; ATAU
Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah yang akan dihantar ke e-mel; ATAU
Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantar ke e-mel anda dan perlu dicetak.
Sila tunjukkan buku atau kad derma darah / slip temujanji / borang pendaftaran penderma darah secara atas talian kepada pihak polis dan tentera sepanjang tempoh PKP ini bagi melancarkan perjalanan anda.
Seorang lelaki memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula telefon pintar iPhone 11 milik adiknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tambun beberapa hari lalu.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Meor Mohammad Noriman itu, adiknya iaitu Muhammad Amirul telah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang bertugas sebagai penghantar makanan Foodpanda. Jelas Meor lagi, telefon tersebut amat bermakna buat keluarganya kerana mengandungi gambar kenangan terakhir bersama arwah ibu yang meninggal sekitar 10 Julai lalu.
“Adik saya Muhammad Amirul (Am) baru sahaja kemalangan di Tambun semasa ingin menghantar makanan. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu sesiapa yang menjumpai telefon bimbit jenis iPhone 11 di lokasi kejadian harap dapat mengembalikan semula”.
“Untuk makluman, kami sekeluarga baru sahaja kehilangan emak, Siti Sariah Sayed Idun pada 10.7.2021 dan segala gambar kenangan bersama arwah ada dalam telefon tersebut. Mohon jasa baik sesiapa yang jumpa nak ambil telefon silakan tapi gambar itu sangat berharga”.
Semoga perkongsian ini akan sampai ke pengetahuan ramai agar telefon tersebut dapat dikembalikan semula kepada mangsa. Mari kita sama-sama doakan kesembuhan Muhammad Amirul agar dia dapat kembali bertugas dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla mengatakan pada 24 Ogos bahawa ada suatu ketika nanti, strain COVID-19 yang kebal terhadap vaksin mungkin muncul.
“Setiap kali varian itu muncul di dunia, para saintis kita akan mendapatkannya”, kata Bourla kepada Fox News dalam wawancara.
“Mereka meneliti untuk melihat apakah varian ini dapat ‘lolos’ dari perlindungan vaksin kami. Kami belum mengenal pasti tetapi kami percaya bahawa suatu hari, salah satu daripadanya akan muncul”.
Ini bukanlah kali pertama Bourla membuat ramalan yang tidak menyenangkan itu. Beliau mendedahkan mengenai masalah ini dalam wawancara bersama Fortune sebelum ini, sekitar waktu ketika perhatian semakin beralih pada mutasi baru virus PKC (Parti Komunis China), patogen yang menyebabkan COVID-19.
Albert Bourla, CEO syarikat farmasi Pfizer, di Bursa Saham New York pada 17 Januari 2019/The Epoch Times
Menjawab pertanyaan mengenai keberkesanan vaksin Pfizer terhadap varian yang muncul, Bourla mengatakan beliau cukup yakin ia dapat meneutralkan mutasi baru dan mengutip hasil makmal yang memberangsangkan. Pada masa yang sama, beliau menyatakan besar kemungkinan akan muncul ‘strain‘ koronavirus yang tahan vaksin.
“Secara teorinya, ini adalah senario yang sangat mungkin berlaku. Sekiranya kita melindungi sebahagian besar populasi dan jika ada tekanan yang muncul menggunakan kumpulan populasi ini untuk meniru sementara strain semasa tidak mampu, jelas ini akan mengatasi yang asli. Itu bukan kepastian, tetapi sekarang, saya percaya kemungkinan senario tersebut”.
Pada masa itu, Bourla mengatakan kepada Fortune bahawa teknologi mRNA yang digunakan dalam vaksin Pfizer-BioNTech memungkinkan pengembangan versi baru yang cepat dapat membuat imunogenik berbeza agar dapat mengatasi mutasi baru.
Beliau meramalkan bahawa vaksin seperti itu dapat dikembangkan dalam waktu sekitar dua bulan tetapi menyatakan bahawa ia bergantung pada beberapa faktor termasuk kerangka peraturan.
Dalam wawancaranya, beliau menjelaskan hal ini dan mengatakan Pfizer telah melakukan proses untuk mengembangkan vaksin khusus varian dalam 95 hari setelah mengenal pasti mutasi baru.
Pendedahannya itu dibuat pada hari yang sama dengan info dari Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang melaporkan data baru mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian Delta.
Berdasarkan kajian terhadap 4,217 peserta yang diberi vaksin sepenuhnya – 65% daripadanya menerima suntikan Pfizer, 33% mengambil vaksin Moderna dan 2% mendapat suntikan Johnson & Johnson — laporan CDC mendapati keberkesanan yang lebih rendah (66%) dalam tempoh yang menonjol terhadapDelta berbanding bulan-bulan sebelum dominasi Delta (91%).
Sehari sebelumnya, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) memberikan kelulusan peraturan penuh untuk vaksin Pfizer COVID-19 bagi individu berumur 16 tahun ke atas, menjadikan ia vaksin pertama yang dibenarkan penggunaannya ketika kecemasan.