31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaGaya HidupAnjing berjaya diselamatkan ini masih percayakan kasih sayang manusia walaupun alami trauma...

Anjing berjaya diselamatkan ini masih percayakan kasih sayang manusia walaupun alami trauma buruk dikhianati bekas pemilik

Manusia yang sampai hati kadangkala mampu melakukan perkara yang sangat buruk kepada orang lain atau haiwan. Kerana mungkin ada yang pernah mengalami trauma buruk dan sebagai rasa balas dendam, mereka fikir lebih baik mengulangi kitaran kebencian dan penderaan yang sama.

Amat malang apabila seekor anjing menjadi mangsa perbuatan kejam bekas pemiliknya apabila dia ditinggalkan bersendirian di dalam hutan tanpa makanan dan air.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Nasib baik, seorang pencinta haiwan bernama Jana Creel terserempak dengan anjing ini dan menyelamatkannya daripada terus menjadi mangsa penderaan manusia.

Anjing ini ditemui dalam keadaan dirantai di kedua-dua kakinya dan bekas tuannya amat jelas berniat untuk mengabai serta membiarkannya mati di tempat terpencil di dalam hutan itu.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Biasanya anjing yang mengalami pengkhianatan sebegini daripada orang yang dia sayangi akhirnya akan menunjukkan kelakuan bengis, memencilkan diri dan berhati-hati dengan manusia, kerana takut akan melalui perkara buruk sekali lagi.

Sebaliknya, anjing yang Jana selamatkan ini masih menunjukkan harapannya untuk mendapatkan belas kasihan manusia. Dia benar-benar bersyukur dan menyambut baik keprihatinan Jana juga nampaknya masih percaya yang manusia itu masih ramai yang baik dan mampu mengasihi. 

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Bukan hanya perkara buruk akan terus diterimanya setelah diselamatkan, matanya bersangka baik dan memberi harapan itu.

Melihat gerak-geri tubuh badannya yang meminta simpati dan kasih sayang, membuat hati berasa sebak.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Dengan tubuhnya yang kotor dan tidak bermaya, dia nampaknya sudah agak lama ditinggalkan bersendirian, maka tidak menghairankan apabila anjing ini berasa sangat sedih.

Bekas tuannya sengaja mengabaikannya tanpa makan dan minum yang jelas menunjukkan dia tidak akan kembali dan mahu membiarkan anjing ini mati.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Walaupun mengalami trauma amat memeritkan kerana pernah didera tuan sendiri, matanya masih berkaca-kaca ketika memandang Jana, menunjukkan harapan seseorang akan menyayanginya lagi sebagai haiwan kesayangan dan menjadikannya pendamping setia.

Trending World by The Epoch Times / Facebook

Anjing ini hanya mahu disayangi dengan cara yang sama seperti mana dia pernah menyayangi dan mempercayai manusia.

Semoga anjing ini tidak menderita sekali lagi dan bertanggungjawablah anda apabila bergelar pemilik haiwan peliharaan.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI