Pentadbiran Rumah Putih pada Jumaat 27 Ogos memberi amaran serangan pengganas di lapangan terbang Kabul adalah ‘kemungkinan’ berulang sekali lagi sebelum tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan dan proses pemindahan selesai.
Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris mengadakan pertemuan dengan pegawai Pentagon dan anggota majlis keselamatan negara kira-kira 24 jam setelah lapangan terbang Kabul dibom dalam serangan oleh kumpulan pengganas ISIS, kata setiausaha akhbar Jen Psaki.
“Mereka menasihati Presiden dan Naib Presiden bahawa serangan pengganas yang lain di Kabul kemungkinan berlaku lagi, tetapi mereka telah mengambil langkah perlindungan dan meningkatkan tahap keselamatan secara maksimum di Kabul. Beberapa hari berikutnya merupakan misi dalam tempoh paling berbahaya hingga kini,” kata Psaki.

Menurut Psaki, penasihat keselamatan negara melaporkan “pasukan keselamatan wira dan wirawati kita yang berani terus menjalankan operasi pemindahan yang bersejarah” dan pasukan tentera masih “berusaha mengeluarkan ribuan orang dalam setiap beberapa jam.”
Presiden Joe Biden “menekankan dengan jelas pada Khamis bahawa beliau tidak mahu mereka berada di bumi Afghanistan lagi” sambil bersumpah akan mengesan individu yang bertanggungjawab atas pengeboman lapangan terbang Kabul.
Komen itu setara dengan kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Pertahanan John Kirby pada Jumaat ketika beliau menyatakan bahawa kemungkinan beribu-ribu pengganas ISIS-K melarikan diri dari beberapa penjara Afghanistan sebagai Taliban – yang juga dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh beberapa agensi persekutuan – yang telah mengambil alih pentadbiran negara itu pada awal bulan ini.
Pegawai Amerika Syarikat menurut Kirby, percaya adanya “ancaman yang spesifik dan boleh dipercayai” terhadap lapangan terbang Kabul dan “mereka menjangkakan akan terdapat percubaan di masa depan” terhadap beberapa kemudahan awam negara itu.
Sehari sebelum itu, Presiden Biden mengeluarkan kenyataan mengenai pengeboman angkara pengganas berkenaan, yang dianggarkan telah menyebabkan kira-kira 200 orang, termasuk anggota tentera Amerika Syarikat maut. Presiden menegaskan yang pihak ISIS-K, atau Negara Islam Khorasan, akan berhadapan dengan tindakan serangan balas.
“Kami akan bertindak balas dengan kekuatan dan ketepatan, menurut waktu kami, di tempat yang kami pilih, dan pada detik pilihan kami,” kata Presiden Biden dalam sidang media.
Presiden Joe Biden berhadapan kritikan dari kedua-dua parti politik utama berkenaan bagaimana pentadbirannya menangani pengunduran Amerika Syarikat dari Afghanistan dan kejatuhan kerajaan Afghanistan yang seterusnya berikutan kemaraan Taliban.
Pentadbiran Biden telah dipersalahkan kerana menghantar mesej bercampur-campur dan mengelirukan serta mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenai situasi keselamatan yang sedang berlaku di Kabul.
Walaupun Presiden Biden mengaku untuk mengambil tanggungjawab dengan arahan pengunduran itu, beliau turut menyalahkan pentadbiran terdahulu Trump yang mengadakan beberapa kontur rundingan dan perjanjian dengan Taliban bagi pengunduran Amerika Syarikat.
Bekas Presiden Donald Trump, bagaimanapun berkata Presiden Biden telah melanggar beberapa syarat perjanjian, termasuk tarikh pengunduran, dan menegaskan yang beliau akan menangani situasi itu dengan cara berbeza dan akan mengatur pengunduran itu dengan kekuatan tentera sedia ada.

Rumah Putih dalam kenyataan pada Khamis melaporkan seramai 12,500 orang telah dipindahkan dari Afghanistan dalam tempoh 24 jam walaupun berlaku serangan pengganas. Lebih 100,000 orang telah berjaya dipindahkan sejak akhir bulan lalu, kata pegawai.
Mengenai operasi ketenteraan menentang ISIS-K, Jen Psaki berkata Presiden Biden telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tentera mengenai sebarang kemungkinan.
“Presiden menegaskan bersama panglima tertinggi untuk meluluskannya setelah berbincang dengan semua pihak berkuasa yang mereka perlu mengendalikan operasi itu demi melindungi pasukan keselamatan kita, dan semua melaporkan kembali bahawa mereka memiliki sumber yang dipercayai bahawa kita perlu melakukannya secara efektif,” kata Psaki.