Pernah bayangkan jika anda perlu hidup dengan haiwan liar? Mereka bukan sahaja ganas tetapi nyawa anda boleh diancam bila-bila masa sahaja. Adalah tidak masuk akal untuk tinggal dan hidup bersama spesies pemangsa.
Namun, di sebalik bahaya itu ada mereka yang sebenarnya membela haiwan liar sebagai haiwan kesayangan di rumah. Apa yang menariknya haiwan liar tersebut boleh bertukar menjadi jinak dan manja!

Kedengarannya seperti mustahil tetapi pasangan dari Rusia ini membuktikan mereka boleh tinggal dengan haiwan liar mereka, seekor puma yang sememangnya semua orang tahu ia adalah spesies liar.

Mereka bukan sahaja tinggal bersama malah puma tersebut juga kelihatan sangat manja. Video-video yang dimuat naik di internet jelas menunjukkan puma mereka sangat manja seperti kucing!

Puma bernama Messi diselamatkan dari sebuah zoo dan ketika itu Messi berada dalam keadaan sakit yang memerlukan penjagaan sepanjang masa. Jadi, pada tahun 2016, pasangan Alexander Dmitriev dan isterinya Mariya mengambil keputusan untuk membela Messi dan besarkan ia sebagai haiwan peliharaan.
Bertahun berlalu dan kini mereka sangat rapat dan Messi seolah-olah lupa dia sebenarnya adalah spesies liar!