Biasa juga apabila anda hendak makan roti sandwic yang padat dengan pelbagai bahan pilihan, ada kala ia menjadi tidak kemas dan berterabur di sana sini.
Seorang netizen dari Jepun @lantern_utp berkongsi di Twitter ketika menemui cara membuat sandwic yang kemas.

Guna ‘trick’ empat keping Turkey ham untuk anda membungkus bahan seperti telur hancur atau apa juga bahan pilihan yang mengandungi sos, mustard atau mayonis.

Selepas ditutup rapi dengan sepasang roti bakar, sandwic boleh dimakan terus atau dipotong dua.

Sandwic akan menjadi lebih kemas dan sangat mudah untuk dimakan, tanpa ada bahan yang tertumpah atau terkeluar.

Netizen @lantern_utp menulis di Twitter, “Saya perhatikan… Semasa membuat sandwic, jika anda membungkus bahan-bahan dalam ham atau daun salad seperti yang ditunjukkan dalam gambar, ia tidak akan tertumpah..!!”

“Mungkin ada orang telah menyebutkannya, tetapi ia satu revolusi ketika saya menemui cara ini sendiri …”
“Walaupun anda memotong kepada dua, lebih baik anda meletakkan timun di bawah telur,” tambah @lantern_utp.

Nampak kemas bukan sandwic ringkas yang macam ini? Bolehlah cuba guna 4 keping Turkey ham atau empat helai daun salad sebagai pembungkusnya.