Mengambil berat atas nasib insan yang memerlukan di samping menghulurkan bantuan untuk mereka adalah satu usaha yang mulia.
Ada yang melakukannya untuk membuat golongan tersebut gembira dan ada juga yang benar-benar prihatin tentang kebajikan serta mahu keperluan mereka dipenuhi.
Seorang kanak-kanak lelaki menerusi satu video tular membuatkan warganet rasa tersentuh dan bersimpati.
Mana tidaknya, budak bernama Michael itu hidup tanpa belaian dan penjagaan sewajarnya daripada ibu bapa.
Apabila ditanya, Michael menjelaskan bahawa bapanya sudah meninggal dunia manakala si ibu pula bertindak meninggalkannya.
Situasi itu membuatkan kanak-kanak 11 tahun tersebut terpaksa bekerja bagi menyara diri dan neneknya yang cacat penglihatan.
The Epoch Times/Facebook
Namun sikap prihatin insan berhati mulia di sana menghulurkan bantuan, sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.
“Pastinya kami gembira kerana sebelum ini kami tidak mempunyai makanan namun kami sudah ada makanan sekarang”, kata Micheal.
Dengan sumbangan orang ramai, maka dapatlah Micheal membeli satu troli penuh makanan buat kelangsungan hidupnya bersama nenek tersayang.
The Epoch Times/Facebook
Sungguhpun hidupnya diuji, Micheal masih lagi bangga dan gembira akan dirinya kerana dapat bekerja untuk menyara kehidupannya bersama dengan nenek.
“Terima kasih kerana datang. Terima kasih untuk segalanya yang telah kamu berikan kepada saya”, akhiri Micheal.
The Epoch Times/Facebook
Benarlah, hidup ini umpama roda. Pada bila-bila masa sahaja keadaan boleh berubah. Justeru itu, cubalah sedaya upaya untuk membantu orang lain ya?
Anda boleh saksikan video Micheal di sini.