33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 10, 2025
Utama Blog Laman 273

“Kacau lagi siapa suruh?” Singa betina bingkas bangun menampar singa jantan, garang sungguh ketika suami pulang lewat

0

Di Rizab Taman Negara Maasai Mara, barat daya Kenya, tular video amat jarang ditemui dan adegan lucu dua ekor singa telah berjaya dirakam. 

Pada mulanya, seekor singa jantan kelihatan berjalan perlahan terjengket-jengket mendekati singa betina yang sedang tidur dan ingin menyapanya dengan kasar.

Akibatnya, singa betina bingkas bangun dan memberi singa jantan beberapa kali penampar dengan riak dan nadanya yang marah. 

Paparan Skrin / YouTube

Rakaman video ini telah membuat netizen ketawa berdekah dengan berkata, “Dia seperti tidak suka suaminya pulang lewat..”

Kelihatan singa betina berbaring malas di tengah jalan, sedang menikmati rehat petang. Pada masa yang sama kelihatan singa jantan mendekati singa betina itu secara diam-diam, seolah-olah ingin mendapatkan mangsanya. 

Paparan Skrin / YouTube

Tetapi muslihat ini tidak dapat memperdaya singa betina yang terlatih lebih hebat dengan ilmu ketangkasan memburunya.

Paparan Skrin / YouTube

Dia sudah merasakan kehadiran singa jantan yang menghampiri, dan pada mulanya dia diam sahaja buat-buat tidak tahu. 

Paparan Skrin / YouTube

Ketika singa jantan berada dekat dan menyentuhnya dengan kasar, si singa betina bingkas bangun menampar bertalu-talu si singa jantan tanpa berlengah lagi..

Paparan Skrin / YouTube

Singa jantan menjadi begitu gerun lantas mundur tiga langkah berturut-turut sambil termengah-mengah, dan mungkin menyesal tak sudah tidak akan pernah berani untuk bercakaran dengan singa betina garang ini lagi. 

Paparan Skrin / YouTube

Pemandu pelancong Joshua Loonkushu yang merakamkan adegan jarang berlaku itu berkata dia telah menjadi pemandu pelancong di taman itu selama 8 tahun, tetapi dia tidak pernah melihat pemandangan seperti itu. 

Paparan Skrin / YouTube

Apabila anda melihat seekor singa jantan menyelinap hendak mengganggu singa betina, anda kini sudah tahu apa yang bakal berlaku.

Jadi, jangan sesekali singa jantan mengganggu singa betina, kena cakar dan penamparlah jawabnya!

Tonton video di sini.

KJ : MySejahtera selesaikan 500,000 isu berkaitan sijil vaksinasi digital

0

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa sebanyak 500,000 masalah berkaitan dengan paparan sijil vaksinasi digital pada aplikasi MySejahtera berjaya diselesaikan.

Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan 200,000 lagi masalah sama dan ia dijangka selesai dalam waktu terdekat.

Difahamkan sebanyak 95,347 aduan telah diterima dalam tempoh seminggu berkaitan dengan pengguna aplikasi MySejahtera.

Tegas beliau, masalah dikenalpasti berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan sekaligus mengakibatkan sijil digital individu terikat dengan pemilik akaun MySejahtera.

“Antara masalah yang dikenal pasti berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan menyebabkan sijil vaksin individu tersebut terikat dengan pemilik akaun utama”.

“Tanggungan sijii itu terlekat pada (akaun aplikasi) bapa ataupun mak. Untuk masalah ini pemilik akaun perlu keluarkan akaun tanggungan bagi membolehkan tanggungan mendaftar MySejahtera”.

Ujarnya lagi, antara punca lain yang dikenal pasti adalah pemilik MySejahtera tidak mengesahkan nombor kad pengenalan pada aplikasi berkenaan.

“Pengguna kena sahkan dulu untuk dapatkan sijil itu, ataupun pengguna lebih daripada satu akaun MySejahtera”.

“Dan sijil vaksin itu dipaparkan dalam akaun pengguna ketika mendapat vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV)”, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta premis untuk menerima kad fizikal bagi mengatasi sebarang kesulitan disebabkan oleh ketiadaan paparan sijil digital vaksin.

“Saya minta agar semua premis menerima kad fizikal ini jika individu sudah lengkap divaksin tiada paparan sijil vaksin digital”.

Katanya, kad vaksinasi fizikal itu merupakan kad bercetak yang ditulis oleh petugas kesihatan semasa individu mendapatkan suntikan di PPV.

PM : Dos penggalak mula diberi pada golongan berisiko selepas 80% populasi divaksin

0

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin (penggalak) dalam usaha bagi meningkatkan perlindungan khasnya golongan rentan.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keutamaan dos ketiga itu tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit yang mempunyai daya ketahanan imun yang rendah serta warga tua dengan komorbiditi.

Pemberian dos ketiga berkenaan juga menurutnya akan mula diberikan setelah 80% populasi negara sudah divaksinasi.

Setakat 19 September, sebanyak 78.2% populasi dewasa negara sudah menerima vaksin COVID-19.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini”.

“Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan”, akhirinya.

Tempoh reman pemandu Triton lawan arus dilanjutkan 3 hari atas dakwaan kes bunuh

0

SHAH ALAM – Kejadian pemandu Mitsubishi Triton yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua kematian di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan pada 12 September lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Memetik kenyataan daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kes berkenaan diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ekoran itu, tempoh reman ke atas suspek berusia 24 tahun itu telah dilanjutkan kepada tiga hari bagi tujuan siasatan lanjut.


“Reman terhadap pemandu yang melawan arus itu disambung bermula hari ini (17 September 2021). Permohonan sambungan itu dipersetujui Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin untuk siasatan lanjut,” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, dua remaja maut di tempat kejadian apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka telah bertembung dengan kenderaan pikap Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di lebuhraya berkenaan.


Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18 dan rakannya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19 dilaporkan mengalami cedera parah dan tersepit pada bahagian depan kereta. Laporan mengenai kejadian itu diterima oleh pihak bomba sekitar jam 1.15 pagi dan anggota penyelamat terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu Triton itu mengesahkan suspek positif dadah jenis ganja. Suspek telah ditahan direman selama enam hari mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987  sebelum ditukar kepada Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Saksi bersama dua lagi rakannya yang merakam video kejadian turut tampil bagi membantu siasatan. Difahamkan tiga hari sebelum kejadian, Allahyarham Muhammad Hafiz dikatakan sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp untuk memohon maaf. Tindakan Allahyarham yang seolah-olah memberi petanda bahawa mangsa akan pergi buat selamanya itu mendatangkan rasa pilu dalam kalangan keluarga dan kenalannya.

Telah kehilangan isteri tiga tahun lalu, bapa tunggal kongsi tips besarkan tiga orang anak sendiri

0

Bukan mudah untuk menjaga anak-anak kecil. Tugas mengurus, merawat dan mendidik mereka pastinya adalah tugas yang mencabar. Tugasan semestinya lebih berat apabila kesemua tanggungjawab digalas sendiri.

Namun, tidak semestinya tanggungjawab tersebut tidak boleh dilaksanakan sendiri. Sebagai bapa tunggal kepada tiga orang anak, Khairul Abdullah berjaya melakukannya sejak kehilangan isterinya tiga tahun lalu.

Melalui akaun Facebook miliknya, dia telah berkongsi tips bagaimana untuk menjadi ‘single parent’ kepada anak-anaknya.

  1. KENA ADA DUIT
    Banyak isu boleh dikurangkan atau diselesaikan bila ada duit. Tak perlu banyak tapi cukup untuk survive. Walaupun ada kerja, tapi duit just ngam-ngam sahaja pun agak sukar. Bila single ni banyak benda nak pakai duit.

Dulu mungkin jadi suri rumah, tapi sekarang dah nak kena keluar bekerja. Nak uruskan anak-anak dah libatkan duit juga. Anak nak kena upah orang jaga. Nak ambil dan hantar ke sekolah, nak ke transit dan sebagainya semua perlukan duit.

So, sebelum jadi single parent, eloklah ambil takaful dan buat hibah. Atau boleh sediakan simpanan dalam bentuk tunai atau emas. Kalau bercerai mati, mungkin ada hibah untuk membantu. Kalau bercerai hidup mungkin ada emas untuk membantu.

Apa-apa pun duit kena ada, barulah lebih mudah dan tenang nak survive dengan anak-anak. Kalau takde duit, memang struggle sangat lah.

  1. MAKAN YANG CUKUP
    Yer, nampak remeh, tapi dengan perut yang kenyang, banyak benda boleh settle. Nak uruskan rumahtangga dan anak-anak jadi lebih mudah. Takde nak mengamuk dan marah-marah. Perut yang kenyang atau makan yang cukup buat emosi lebih stabil.

So, kalau ada duit, ini pun membantu. Boleh beli dan masak macam-macam. Atau boleh order dan ada masa lebih untuk anak-anak dan juga rehat. Makan ni pun terapi jugak okeh. Membahagiakan selain mengenyangkan. Tapi jangan kenyang sangat, nanti malas pulak jadinya.

  1. REHAT YANG CUKUP
    Bila single ni, paling penting adalah rehat. Benda ni kalau tak cukup macam-macam penyakit boleh datang menganggu. Pertama sekali tentulah penyakit emosi. Tak cukup rehat buat badan jadi lebih mudah penat. Penat buat kita cepat beremosi dan mudah marah. Anak-anak nanti jadi mangsa.

Tak cukup rehat buat kita jadi stress, bole jadi depress, boleh jadi anxiety dan macam-macam. Mental stress ni boleh buat fizikal jadi sakit juga. So, sangat bahaya, nanti takut kita pulak yang mati. Dah anak-anak terus yatim piatu pulak nanti. So, tidur awal adalah sangat penting okeh.

  1. BELAJAR LET-GO & PRIORITIZE
    Single parent tak banyak masa. Kalau dulu rumah kemas yakmat, sekarang dah tak mampu nak begitu. Memang sakit hati stress jadinya, namun sometimes benda gini kena let go demi untuk benda yang lebih perlu atau penting.

Biarlah living room semak, namun dapur bersih. Biarlah katil berselerak namun bilik air bersih. Learn to prioritize. Kita takde tangan 8 untuk buat semua benda. Masa yang ada lebih digunakan untuk rehat berbanding benda yang kau kemas sekarang lagi 15 minit dia berselerak balik.

  1. JANGAN BANDINGKAN
    Elak bandingkan kita dengan kawan yang ada pasangan. Elak juga bandingkan kita dengan single parent yang lain. Setiap orang dugaan tak sama. Ada single parent anak 4 tetapi semua dah besar anaknya. Awak single parent anak 4 tapi masih kecil lagi. So, apa yang dia alami takkan sama. So, ambil benda yang positif dari pengalaman orang lain. Jangan dok banding sampai merendahkan kemampuan sendiri.
  2. SUPPORT SISTEM YANG BETUL
    Ok, kita perlukan kawan, saudara untuk bantu. Sometimes bukan wang ringgit, tapi support dari segi doa dan semangat. Elakkan kawan dan saudara yan selalu bagi toxic positivity. Selalu bagi nasihat, bunyi macam positif jer nasihat dia tetapi sangat tak bagus untuk kita.

Kerja dia bagi nasihat positif sahaja. Dia suruh kita bersabar, dia suruh kita bangun, dia tak bagi kita menangis, dia tak bagi kita bersedih, dia tak bagi kita down, dia tak bagi fikir negatif langsung. Semua kena senyum dan fikir positif sahaja. Ini adalah toxic positivity.

Kita manusia. Tuhan bagi pelbagai rasa dan perasaan. Ada masa kita down, maka cara nak lepas kesedihan adalah menangis. So, menangislah sepuasnya dan lepas tu bangun dan carry on. Ada orang tak bagi langsung kita menangis, katanya nanti kita lemah.

So, cari kawan yang bila kita sedih dia datang menangis bersama. Bila kita cakap kita down, kita sedih dia akan teman kita untuk menangis. Takde dok suruh kita tahan emosi, suruh kita sabar, lawan, kuat, gagah itu ini. Begitulah.

Itu pengalaman aku yang dah 3 tahun bersendirian membesarkan 3 anak kecil ini. Itulah yang buat aku survive single parenting ni. So, bagi yang selalu bertanya aku macamana aku buat, itulah jawapannya.

Semoga semua single parent di luar sana dikurniakan kekuatan dan kecekalan dalam membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.

Ingat, jaga diri kita terlebih dahulu kerana anak-anak hanya ada kita untuk bergantung harap. Jika kita rebah, tewas, maka seluruhnya akan gagal.

“Jalani semua ujian dengan hati yang sangat terbuka”, pesakit kanser tabah jaga suami yang tidak boleh berjalan kerana strok

0

Hidup ini memang banyak ujian dan cabarannya. Pasti ada saat yang sukar untuk dilalui terutamanya jika bersendirian. Memiliki pasangan yang memahami adalah anugerah, mana tidaknya, pada saat-saat getir dan sukar pun pasti dapat ditempuhi bersama.

Itulah yang dilalui oleh pasangan Auni Mutahlib dan suaminya yang dilihat saling ada antara satu sama lain dalam menempuh ujian hidup. Walaupun Auni menghidapi kanser dan sakit buah pinggang, dia tetap tabah menguruskan suaminya yang tidak boleh berjalan akibat strok.

Kisah menyentuh hati itu dikongsikan oleh Auni melalui akaun TikTok sehingga mendapat perhatian meluas daripada netizen.

Melalui video yang dimuat naik, Auni menunjukkan aktivitinya yang akan ke dialisis. Sebelum itu, akan membantu suaminya untuk berdiri dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa bersama. Menurut Auni, dia menghidapi sakit buah pinggang dan kanser yang terkadang akan membuatkan tubuhnya kepenatan dan keletihan.

Tambahnya lagi, meskipun dia biasanya mengambil masa sekitar empat jam untuk menjalani dialisis , suaminya tetapi setia menunggunya hingga selesai tanpa merunggut.

Kekuatan dan kecekalan yang dihadapi oleh pasangan ini berjaya membuka mata ramai orang untuk menghargai pasangan mereka. Pasangan yang dimiliki mungkin tidak sesempurna yang diimpikan tetapi mereka adalah hadiah Tuhan yang berharga.

Terdampar 4 hari di laut, ibu sanggup minum air kencing demi menyusukan anak

0

VENEZUELA – Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anak-anak setelah kapal yang dinaiki ketika menyertai percutian bersama keluarga karam. 


Mariely Chacon, 40 tahun dilaporkan sedang berlayar di Lautan Atlantik bersama suami; Remis Clambor, dua anak mereka yang masih kecil, pengasuh; Veronica Martinez, rakan-rakan serta kru kapal. Bagaimanapun, kapal yang dinaiki keluarga ini telah karam akibat dibadai ombak.

Insiden ini menyebabkan Chacon dan dua anaknya yang berusia dua dan enam tahun dihanyutkan ombak sejauh 70 batu ke tengah laut. Menurut laporan, bagi meneruskan hidup tanpa makanan dan minuman, Chacon sanggup mengorbankan dirinya dengan meminum air kencingnya sendiri bagi membolehkan dia menghasilkan susu buat kedua anak tersayang.

Pengasuh juga dilaporkan terselamat dalam insiden berkenaan dan difahamkan bersembunyi di dalam sebuah peti ais. Mangsa bagaimanapun hanya berjaya ditemui oleh pihak berkuasa setelah empat hari terdampar di tengah laut. Akan tetapi, ketika ditemui, Chacon telah pun meninggal dunia. 

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dilaporkan oleh akhbar La Republica, punca kematian Chacon adalah disebabkan oleh kegagalan organ penting yang disebabkan oleh kekurangan elektrolit akibat dehidrasi. Tambahan pula, proses penyusuan yang dilakukan oleh Chacon pada ketika itu turut menjadi faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Jelas akhbar tersebut, percutian berkenaan adalah sekadar untuk berseronok dan menghiburkan anak-anak. Sehingga kini, lima individu di atas kapal berkenaan termasuk suami Chacon masih belum ditemui manakala anak-anak dan pengasuhnya sedang mendapatkan rawatan di hospital. 

Kejadian ini turut disahkan oleh pihak berkuasa maritim Venezuela, Venezuela’s National Maritime Authority (INEA).

“Ibu yang meninggal dunia itu menyelamatkan anak-anaknya dengan menyusukan mereka dan meminum air kencingnya sendiri. Dia meninggal tiga atau empat jam sebelum operasi menyelamat. Kematiannya adalah disebabkan dehidrasi susulan tidak meminum air selama tiga hari,” kata pegawai INEA.

Cara paling mudah buat aiskrim gulung Oreo di rumah, nampaknya semua orang boleh hasilkan aiskrim mereka sendiri!

0

Pasti ramai yang suka makan aiskrim. Jangan kata anak kecil, kita yang sudah menginjak dewasa pun suka dengan aiskrim ditambah lagi pelbagai perisa yang dijual kini semestinya sangat menyenangkan.

Tetapi, berapa ramai antara anda yang tahu untuk membuat aiskrim sendiri di rumah? Sebenarnya caranya sangat mudah dan bahan untuk membuatnya juga tidak banyak serta mudah untuk ditemui.

Bagi peminat aiskrim gulung ‘roll’ Oreo anda sangat beruntung kerana di sini disediakan cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim Oreo. Selepas ini jangan lupa untuk buat aiskrim anda sendiri di rumah!

Bahan-bahan :
1. Ais + Air (500ml)
2. Krim putar (200g)
3. Oreo (2 paket)
4. Susu pekat (ikut cita rasa)

Langkah-langkah:

1. Masukkan beberapa ketulan ais dan air ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula krim putar dan gaul sehingga sebati dan lembut.
2. Masukkan susu pekat dan gaulkan kesemua bahan.
3. Asingkan Orea dengan krimnya. Ambil krim Oreo dan masukkan ke dalam sebatian tadi. Hancurkan pula biskut Oreo.
4. Masukkan separuh daripada biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi ke dalam campuran dan kemudian tuangkan campuran ke dalam bekas berbentuk silinder seperti bekas kerepek Pringles. Masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk untuk dikeraskan.
5. Keluarkannya aiskrim dari bekas yang sudah keras dan celupkan ke dalam serpihan biskut Oreo yang masih ada.
6. Potong gulungan aiskrim menjadi kepingan dan ianya sudah siap untuk dinikmati!

Mudah bukan cara-caranya? Sekarang anda tidak perlu bersusah-susah ke luar untuk mendapatkan aiskrim kesukaan anda. Anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan nikmatinya bila-bila yang anda suka!

“Saya baru kerja 9 bulan, majikan sungguh baik hati beri telefon pintar!” Kejutan hadiah hari jadi spontan buat pembantu rumah ini menangis

0

Perkara biasa buat wanita dari Filipina dan Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara. Mereka berkhidmat untuk sebuah keluarga selama beberapa tahun sehingga ada yang mendapat kepercayaan majikan dan dianggap seperti sebahagian ahli keluarga.

Seorang pembantu rumah dari Filipina ini telah bekerja untuk sebuah keluarga di Singapura selama 9 bulan dan ia tempoh dalam kurang setahun. Tetapi amat menyentuh hati apabila pembantu rumah ini dapat meraikan hari ulang tahun bersama majikannya, dan dia diberikan telefon pintar baru sebagai hadiah, yang membuatnya spontan terharu dan terus menangis.

TikTok

Yang menariknya, pembantu rumah ini memuat naik video dia menerima hadiahnya itu menerusi TikTok pada 30 Ogos lalu dan ia menjadi tular, menurut Mothership.

Dalam video itu, dia membuka hadiah hari jadinya dengan senyuman di wajah dan bercakap dengan majikannya sambil mengesat air mata beberapa kali kerana tersentuh.

TikTok

Dia membuka hadiah itu dan melihatnya penuh dengan kertas carik. Majikan memintanya untuk mengeluarkan kotak yang tersembunyi di dalam kotak berisi kertas itu dan memberitahunya terdapat dua hadiah di dalamnya, ada Bahagian 1 dan satu lagi Bahagian 2.. Wow!

TikTok

Ketika pembantu itu mengeluarkan hadiah kedua, dia seperti sudah dapat meneka apa yang terdapat di dalamnya, dan dia sangat teruja sambil memberitahu majikannya, “Oh! Ini saya tahu apa dia.. Saya tahu!”

TikTok

Dan anak majikan di sebelahnya tidak dapat menunggu lagi apa isi di dalam hadiah itu. Dia berikan jawapannya, “Saya tahu ini telefon pintar!”

TikTok

Setelah membuka kertas hadiah itu, memang sah ia adalah telefon pintar, dan dia tidak dapat mempercayai dengan apa yang dilihatnya, spontan air matanya bergenang dan kemudian terus mengalir.

TikTok

Pembantu rumah ini mengucapkan terima kasih kepada majikannya sambil mengesat air mata.

TikTok

Anak majikannya pula jadi iri hati dan terus terang sahaja berkata, “Saya pun tidak dapat telefon pintar untuk hari jadi saya!”

Hadiah Bahagian 1 untuk pembantu rumah bertuah ini ialah telefon pintar Samsung Galaxy M52.

TikTok

Hadiah Bahagian 2 juga menarik perhatian. Terdapat 3 pilihan ‘casing cantik’ untuk telefon pintar baru hadiah daripada majikan yang amat baik hati dan bertimbang rasa.

TikTok

Pembantu rumah itu juga memuat naik makanan yang disediakan untuknya oleh keluarga majikan ketika mereka meraikan hari jadinya. Ada kek dengan nama Jenebee, ada ayam goreng, dan juga sushi.

TikTok

Katanya dalam video TikTok itu, setelah 9 bulan bekerja untuk keluarga ini, majikan memberinya hadiah hari jadi. Jadi dia amat bersyukur dan berasa sangat gembira.

Pujian untuk majikannya kerana bersikap pemurah dan baik hati, juga pembantu rumah itu patut menghargai kepercayaan dan kasih sayang yang telah diberikan kepadanya.

TikTok

Apabila majikan menghadiahkan telefon pintar, ini menunjukkan yang majikan mempercayai pembantu rumah mereka, dan sudah semestinya mereka merasakan prestasi kerja pembantu rumah ini yang baik mungkin telah menyenangkan majikan untuk berpuas hati. Jadi dia perlu diberikan ganjaran.

TikTok

Walaupun tempoh bekerjanya tidak lama, dapat dilihat hubungan antara majikan dan pembantu rumah ini sangat baik.

Amat bertuah apabila anda bertemu dengan majikan dan pekerja yang baik, maka perlulah sentiasa saling menghargai dan bersyukur.

Ubur-ubur kecil sedang santai berenang tiba-tiba terperangkap dalam cincin gelembung, kasihan tengok dia ‘pening’

0

Bayangkan menjadi ubur-ubur yang hanya berenang, memikirkan kelangsungan hidup diri sendiri, tetapi tiba-tiba terpaksa menjadi mual terperangkap dalam cincin pusaran air sedang berputar untuk membentuk gelang gelembung.

Makhluk kecil yang kasihan ini berjaya dirakam oleh jurugambar Victor Devalles ketika dia menyelam di pantai Kepulauan Balearic, Sepanyol.

Paparan Skrin / YouTube

Sebenarnya, Victor sengaja membuat gelang gelembung semasa dia sedang menyelam yang ketika itu terdapat beberapa ubur-ubur di atasnya, dan tidak sangka pula ubur-ubur melayang ke dalam pusaran cincin gelembung itu tanpa tahu rasa curiga.

Jadi cincin gelembung pun menyentuh ubur-ubur dan dia pun berpusar bersama.

Paparan Skrin / YouTube

Daripada melihat makhluk yang dilingkari cincin di dalam air dengan baik, apa yang berlaku jauh lebih dramatik dan macam ganas menyeksa ubur-ubur..

Paparan Skrin / Youtube

Victor mencuba eksperimen membuat gelang gelembung bawah air dengan menghadap permukaan air pada kedalaman kira-kira 1.5 meter dan menghirup udara.

Sebilangan besar gelembung akan pecah dan tidak menjadi, tetapi kira-kira satu dalam sepuluh ada yang terbentuk, di mana ia akan berubah menjadi seperti donat perak berkilauan berupa cecair yang berpusing.

Paparan Skrin / YouTube

Air melingkar ke bawah dan mengelilingi udara, mencipta cincin pusaran untuk membuat gelang gelembung.

Gelang gelembung berada dalam keadaan apung dan dapat bertahan utuh ketika melayang hingga ke permukaan air laut, kecuali ada sesuatu yang mengganggu mereka seperti contoh terserempak dengan ubur-ubur.

Paparan Skrin / YouTube

Dalam video tersebut terlihat pusaran cincin gelembung terganggu dengan kehadiran ubur-ubur, menyebabkan baki tenaga cincin gelembung disalurkan kepada ubur-ubur yang berputar dengan giatnya.

Paparan Skrin / YouTube

Jadi ia kemudian memecahkan gelembung yang tidak lagi berbentuk cincin, menjadi buih-buih kecil dan membebaskan ubur-ubur yang ‘pening’ kepada bentuk asalnya secara beransur-ansur.

Paparan Skrin / YouTube

Jangan bimbang, ubur-ubur mempunyai organ yang dikenali ‘statocyst’ untuk keseimbangan dan pandu arah ketika berhadapan dengan gelombang atau ombak yang besar.

Jadi makhluk laut yang comel ini mungkin mengalami sesuatu yang serupa ketika dikelirukan, sekurang-kurangnya ketika dia berputar dalam cincin gelembung itu.

Paparan Skrin / YouTube

Nasib baik dalam kes ini, Victor Devalles memerhatikan ubur-ubur itu berenang secara normal, tanpa ada apa-apa tanda bahaya yang jelas dia telah dicederakan.

Paparan Skrin / YouTube