Bayangkan menjadi ubur-ubur yang hanya berenang, memikirkan kelangsungan hidup diri sendiri, tetapi tiba-tiba terpaksa menjadi mual terperangkap dalam cincin pusaran air sedang berputar untuk membentuk gelang gelembung.
Makhluk kecil yang kasihan ini berjaya dirakam oleh jurugambar Victor Devalles ketika dia menyelam di pantai Kepulauan Balearic, Sepanyol.

Sebenarnya, Victor sengaja membuat gelang gelembung semasa dia sedang menyelam yang ketika itu terdapat beberapa ubur-ubur di atasnya, dan tidak sangka pula ubur-ubur melayang ke dalam pusaran cincin gelembung itu tanpa tahu rasa curiga.
Jadi cincin gelembung pun menyentuh ubur-ubur dan dia pun berpusar bersama.

Daripada melihat makhluk yang dilingkari cincin di dalam air dengan baik, apa yang berlaku jauh lebih dramatik dan macam ganas menyeksa ubur-ubur..

Victor mencuba eksperimen membuat gelang gelembung bawah air dengan menghadap permukaan air pada kedalaman kira-kira 1.5 meter dan menghirup udara.
Sebilangan besar gelembung akan pecah dan tidak menjadi, tetapi kira-kira satu dalam sepuluh ada yang terbentuk, di mana ia akan berubah menjadi seperti donat perak berkilauan berupa cecair yang berpusing.

Air melingkar ke bawah dan mengelilingi udara, mencipta cincin pusaran untuk membuat gelang gelembung.
Gelang gelembung berada dalam keadaan apung dan dapat bertahan utuh ketika melayang hingga ke permukaan air laut, kecuali ada sesuatu yang mengganggu mereka seperti contoh terserempak dengan ubur-ubur.

Dalam video tersebut terlihat pusaran cincin gelembung terganggu dengan kehadiran ubur-ubur, menyebabkan baki tenaga cincin gelembung disalurkan kepada ubur-ubur yang berputar dengan giatnya.

Jadi ia kemudian memecahkan gelembung yang tidak lagi berbentuk cincin, menjadi buih-buih kecil dan membebaskan ubur-ubur yang ‘pening’ kepada bentuk asalnya secara beransur-ansur.

Jangan bimbang, ubur-ubur mempunyai organ yang dikenali ‘statocyst’ untuk keseimbangan dan pandu arah ketika berhadapan dengan gelombang atau ombak yang besar.
Jadi makhluk laut yang comel ini mungkin mengalami sesuatu yang serupa ketika dikelirukan, sekurang-kurangnya ketika dia berputar dalam cincin gelembung itu.

Nasib baik dalam kes ini, Victor Devalles memerhatikan ubur-ubur itu berenang secara normal, tanpa ada apa-apa tanda bahaya yang jelas dia telah dicederakan.
