34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaTempoh reman pemandu Triton lawan arus dilanjutkan 3 hari atas dakwaan kes...

Tempoh reman pemandu Triton lawan arus dilanjutkan 3 hari atas dakwaan kes bunuh

SHAH ALAM – Kejadian pemandu Mitsubishi Triton yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua kematian di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan pada 12 September lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Memetik kenyataan daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kes berkenaan diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ekoran itu, tempoh reman ke atas suspek berusia 24 tahun itu telah dilanjutkan kepada tiga hari bagi tujuan siasatan lanjut.


“Reman terhadap pemandu yang melawan arus itu disambung bermula hari ini (17 September 2021). Permohonan sambungan itu dipersetujui Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin untuk siasatan lanjut,” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, dua remaja maut di tempat kejadian apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka telah bertembung dengan kenderaan pikap Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di lebuhraya berkenaan.


Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18 dan rakannya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19 dilaporkan mengalami cedera parah dan tersepit pada bahagian depan kereta. Laporan mengenai kejadian itu diterima oleh pihak bomba sekitar jam 1.15 pagi dan anggota penyelamat terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu Triton itu mengesahkan suspek positif dadah jenis ganja. Suspek telah ditahan direman selama enam hari mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987  sebelum ditukar kepada Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Saksi bersama dua lagi rakannya yang merakam video kejadian turut tampil bagi membantu siasatan. Difahamkan tiga hari sebelum kejadian, Allahyarham Muhammad Hafiz dikatakan sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp untuk memohon maaf. Tindakan Allahyarham yang seolah-olah memberi petanda bahawa mangsa akan pergi buat selamanya itu mendatangkan rasa pilu dalam kalangan keluarga dan kenalannya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI