Manusia sememangnya begitu suka memandang atau merenung insan yang disayangi bukan? Menariknya, anjing juga amat sukakan tindakan comel sebegini.
Malah, pakar mengatakan bahawa renungan antara anjing peliharaan dan manusia bantu merembeskan ‘oxytocin’ – hormon kasih sayang.
Samalah seperti apa yang berlaku di antara anjing ini dengan individu yang merawatnya di klinik veterinar.
Kepalanya langsung tidak bergerak. Pandangannya juga hanya menfokuskan kepada wanita yang merawatnya.
The Epoch Times/Facebook
Kimia yang dihasilkan oleh hormon yang dimaksudkan sebenarnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan kasih sayang serta kepercayaan antara manusia dan anjing.
Jelas sekali bahawa renungan anjing berkenaan memberi gambaran bahawa dirinya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada wanita itu untuk merawat dirinya.
The Epoch Times/Facebook
Sehingga ada satu ketika di mana doktor yang merawatnya itu berhenti seketika untuk mengusap lembut kepala anjing berkenaan.
Mengintai di ruangan komen, pengguna turut merasakan bahawa anjing tersebut memberikan kepercayaan penuh kepada doktor.
The Epoch Times/Facebook
Comel sangat mereka berdua ini bukan?