26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGlobalYahoo henti operasi ekoran persekitaran yang semakin mencabar di China

Yahoo henti operasi ekoran persekitaran yang semakin mencabar di China

Yahoo telah menutup semua perkhidmatannya di tanah besar China, menjadiakan ia sebagai syarikat gergasi teknologi Barat kedua yang menghentikan operasi di negara terbabit.

Syarikat tersebut juga telah menghentikan penyediaan kandungan untuk pengguna di sana bermula 1 November. “Produk dan perkhidmatan lain masih tidak terjejas di semua lokasi global yang lain”, menurut kenyataannya.

Jelas Yahoo, keputusan itu dibuat berdasarkan persekitaran dan undang-undang yang semakin mencabar di China.

“Yahoo kekal komited terhadap hak pengguna, selain ianya percuma di dalam pasaran internet yang terbuka”, kelas jurucakap Yahoo kepada The Epoch Times.

Penutupan tersebut menyusuli tindakan platform rangkaian sosial Microsoft LinkedIn yang keluar daripada pasaran China lebih kurang pada 2 minggu lalu, memberikan sebab bahawa persekitaran operasi di sana jauh lebih mencabar selain keperluan pematuhan lebih besar di China.

Tempoh penutupan Yahoo ini juga bertepatan dengan pelaksanaan undang-undang keselamatan data Beijing, yang menetapkan cara syarikat beroperasi di China dalam mengendalikan data peribadi serta menetapkan peraturan mengenai cara maklumat tersebut disimpan. Yahoo bagaimanapun tidak merujuk kepada perkara ini dalam kenyataannya.

Rangkaian blog Yahoo yang memfokuskan kepada teknologi Engadget juga akan menghentikan penerbitan kandungan di laman web China. Pengumuman di halaman utama sebaliknya mengarahkan pengguna ke halaman web bahasa Cina yang berasingan untuk liputan teknologi yang lebih global.

Pengumuman itu menandakan operasi terakhir Yahoo di China berikutan pengecilan saiz yang berterusan di negara itu selama bertahun-tahun.

Yahoo membuka laman web di China pada tahun 1998, dan pada 2005 syarikat itu telah melabur $1 bilion untuk 40 % kepentingan dalam Alibaba, sekaligus menyerahkan operasi di China kepada konglomerat e-dagang China.

Ia secara beransur-ansur menutup perkhidmatan e-mel dan beritanya pada awal 2010-an. Pada 2015, kehadiran terakhirnya di China – pusat penyelidikan dan pembangunan di Beijing telah ditutup.

Yahoo mendapat kritikan lebih sedekad lalu selepas ia mengeluarkan butiran e-mel yang dihantar oleh seorang wartawan China, Shi Tao, atas permintaan pihak berkuasa China.

Shi telah menggunakan perkhidmatan e-mel Yahoo untuk menghantar memo kerajaan China tentang sekatan ke atas liputan media mengenai ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen ke forum hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS).

Oleh itu, dia didapati bersalah kerana mendedahkan rahsia negara dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2005. Dalam perbicaraan kongres di AS pada tahun 2007, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo pada ketika itu, Jerry Yang telah meminta maaf kepada keluarga Shi atas apa yang mereka alami.”

Yahoo kemudiannya menubuhkan dana hak asasi manusia untuk menyediakan sokongan kemanusiaan dan undang-undang kepada golongan penentang dalam talian. Dana itu menyokong Muzium Laogai, yang didedikasikan untuk mendedahkan sistem buruh paksa China, yang dibuka di Washington setahun kemudian.

Pada 2020, aktivis China Ning Xinhua membawa tuntutan mahkamah terhadap beberapa bekas eksekutif Yahoo, termasuk Yang, dengan mendakwa bahawa Yahoo menyerahkan e-melnya kepada pihak berkuasa China, membantu pemenjaraannya dari tahun 2004 hingga 2011.

Verizon Communications Inc. memperoleh Yahoo pada 2017 dan menggabungkannya dengan AOL untuk membentuk entiti baharu yang dipanggil Oath. Firma ekuiti swasta Apollo Global Management yang berpangkalan di New York kemudian membeli kumpulan media itu dengan harga $5 bilion. Peralihan pemilikan selesai pada bulan September.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI