Satu kejadian unik dikhabarkan berlaku di daerah Bekasi, wilayah Jawa Barat pada 1 November lalu apabila hujan hanya turun dan membasahi sebuah kereta sahaja.
Manakala beberapa buah kereta lain yang berada bersebelahan dengan kereta itu pula langsung tidak basah.
@uryanriana/Instagram
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di kawasan parkir kenderaan di Hotel Sunerra Antero Jababeka Cikarang pada sekitar 12 tengah hari.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menjelaskan berdasarkan pemantauan keadaan cuaca.
@uryanriana/Instagram
Jelas BMKG, ketika kejadian tersebut berlaku, awan yang membentuk hujan sememangnya hanya tertempu di Cikarang sahaja.
Hujan yang turun berkenaan juga terjadi dalam tempoh yang singkat dan ia merupakan antara fenomena yang biasa terjadi.
Walau bagaimanapun, pihak BMKG turut mengatakan bahawa perlunya ada kajian khusus mengenai kejadian tersebut.
Saksikan kejadian itu menerusi video di sini.