31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalLelaki Britain digigit memerang 26 kali di Singapore Botanic Garden

Lelaki Britain digigit memerang 26 kali di Singapore Botanic Garden

Seorang warga Britain berstatus penduduk tetap Singapura berdepan dengan detik mencemaskan tatkala diserang sekawanan memerang liar.

Kejadian tersebut berlaku apabila lelaki terbabit, Graham George Spencer tatkala melakukan rutin hariannya berjalan di Singapore Botanic Garden.

Menurut sumber, dia yang sedang berjalan di laluan menuju ke pusat pengunjung ternampak memerang berkenaan di laluan sebelah kanan, pada jarak sekitar 4.5 meter daripadanya.

Difahamkan bahawa sebelum itu, seorang pelari lain berlari menonong di laluan memerang itu menyebabkan mamalia berkenaan berasa ‘terkejut’ dan berubah ganas.

Walau bagaimanapun, pelari terbabit sempat meninggalkan lokasi, menyebabkan ia menyerang pula Spencer yang masih berada di lokasi itu.

Kawanan memerang berkenaan difahamkan telah menyerang bahagian buku lalinya lantas menolaknya ke lantai.

Mereka kemudian melompat ke atas Spencer dan mula menggigit bahagian punggungnya kira-kira 10 hingga 12 saat.

Rakan Spencer yang berlari di belakangnya kemudian datang membantu dan menghalau kawanan memerang tersebut.

“Saya digigit 26 kali dalam amsa 10 saat. Jika bukan kerana rakan, saya mungkin sudah mati”, ujar Spencer.

Tambahnya, itulah kali pertama dia terlihat memerang di taman tersebut sepanjang rutinnya berlari pada waktu pagi di sana.

Sungguhpun diserang, Spencer kemudian berjalan kaki ke jabatan kecemasan Hospital Gleneagles dan telah diberikan suntikan tetanus dan antibiotic pada hari yang sama.

Spencer juga sudah 3 kali berjumpa doktor bagi merawat lukanya dan kesemua kos rawatan menelan belanja kira-kira SG$1,200 (RM3,700).

Beliau kini menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera supaya orang lain tidak mengalami nasib sepertinya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI