Jika bercakap pasal haiwan reptilia biawak, rasanya ramai orang akan berasa geli dan tidak ramai orang yang menjadi berani apabila berhadapan dengannya.
Baru-baru ini haiwan itu menjadi tetamu tidak diundang yang membuat kejutan kepada para pelanggan, yang sedang menikmati makanan di sebuah medan selera di Mukah, Sarawak.

Menerusi rakaman video TikTok yang turut menjadi tular di Facebook dan Twitter, kelihatan para pelanggan berdiri panik dan ada yang melarikan diri apabila tiba-tiba muncul seekor biawak ‘bersiar-siar’ di dalam medan selera tersebut.

Tetapi dengan pantas muncul abang berbaju merah berlogo Superman mendekati biawak itu, memegang dan menarik ekornya lalu mengheretnya ke arah tepi sungai.

Dengan tangkas dan selamba, abang baju merah terus mencampakkan biawak itu ke dalam kuala sungai.

Tahulah biawak itu hendak ke mana kalau dia pandai berenang. Walaupun mungkin dia sedikit pening menjadi ‘helikopter’ sebentar ketika dihumban ke dalam sungai, janji tidak lagi mengganggu para pelanggan di medan selera itu.

Aksi berani abang baju merah mengusir biawak telah menarik perhatian para warganet dengan memberi komen:
“Steady je hero pegang ekor.”
“Biawak I believe I can fly…”
“Hero yang sebenar..”
“Hero kita sedang beraksi..”

Abang ini memang hebat sebab macam itu sahaja dia boleh campak biawak ke dalam sungai.
Dan kalau makan tepi sungai atau laut semua orang pun kenalah berhati-hati. Nasib baik ada abang baju merah ‘Superman’ ini selamatkan keadaan.
Tonton video di sini.