3 insiden objek terbang tidak dikenal pasti ataupun UFO ditemui di Hong Kong dalam tempoh 3 hari.
Sesetengah penduduk sempat merakam gambar UFO yang ditemui di atas Teluk Kowloon, memancarkan cahaya biru, hijau dan putih, berlegar di altitud tinggi selama lebih daripada satu jam pada kira-kira jam 6 pagi.
Video pula menunjukkan bahawa UFO berkenaan terapung di altitud tinggi, memancarkan cahaya terang yang berbeza warna.
Menurut saksi bernama Ou, sewaktu dia pulang ke rumah pada waktu malam, dia mendapati terdapat cahaya berkelip-kelip di langit.
Mulanya Ou menyangkan bahawa ianya adalah kapal terbang yang sedang melintas namun kemudian objek terbang itu kekal setempat tanpa bergerak membuatkan dia sempat merakam video.
Cik Ou berkata bahawa UFO tersebut serupa dengan bentuk ‘oblate’ piring terbang dan ia terus memancarkan cahaya kuat berwarna biru, hijau dan putih.
Ketinggiannya terbang adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan dron, jadi ia mungkin bukan dron. UFO tersebut juga difahamkan berlegar selama sejam sebelum hilang.
Sebelum ini, kira-kira pada jam 1 tengah hari pada 6 Disember, UFO reflektif berwarna perak telah ditemui di atas Victoria Harbour.
Ia melayang di udara dan terbang ke arah West Loop dan hilang dalam masa kira-kira 10 minit. Ramai saksi sempat merakam video itu dan berasa kagum.
Pada malam itu, beberapa orang merakam gambar UFO di atas Tianshengyuan di Tianshuiwei.
Objek itu muncul sebagai titik cahaya elips kuning jingga, dengan kedudukannya tidak menentu di langit – kadangkala melompat dengan cepat dan kadangkala berhenti pada ketinggian yang tinggi.
Saksi juga percaya bahawa ia adalah UFO yang dirakam secara tidak sengaja semasa merakamkan foto bulan.
Seawal 1980-an, di Kampung Wah Fu, Hong Kong, ramai saksi melihat objek terbang gergasi yang tidak dikenali muncul di udara. Kisah “lagenda bandar” ini juga telah diturunkan hingga ke hari ini.