26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupTular video CCTV tindakan berani wanita rampas motosikal peragut beg tangannya

Tular video CCTV tindakan berani wanita rampas motosikal peragut beg tangannya

Di Indonesia baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan tindakan berani seorang mangsa ragut ‘membalas’ semula tindakan peragutnya.

Insiden ragut tersebut difahamkan berlaku pada waktu pagi, semasa wanita bernama Sania berkenaan sedang dalam perjalanan ke pejabat.

Sania pada ketika itu sedang berbual menerusi telefon bimbit semasa berjalan.

Dengan tidak semena-mena, muncul sebuah motosikal dibonceng 2 orang lelaki daripada arah bertentangan.

Salah seorang daripada suspek turun daripada motosikal lalu terus menarik beg Sania. Sania turut melawan hinggakan berlaku adegan tarik menarik.

Menyedari rakannya gagal menarik beg tangan Sania, rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal bertindak turun lalu membantunya.

Sania kemudian pantas melepaskan beg tangannya itu lalu berlari menuju ke arah motosikal lalu melarikannya.

Peragut tersebut kemudian kelihatan panik melihat kenderaan mereka telah dilarikan dan tidak sempat mengejar Sania.

Saksikan video penuhnya di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI