30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaInspirasiDahulu halang cucu diserahkan, 13 tahun kemudian remaja ini kerja keras berniaga...

Dahulu halang cucu diserahkan, 13 tahun kemudian remaja ini kerja keras berniaga bagi balas jasa datuk dan nenek

Kematangan tidak mengenal usia. Di daerah Chiayi, Taiwan, seorang budak lelaki berusia 16 tahun, Chen Youan berusaha keras dengan berniaga bagi membalas jasa datuk dan neneknya.

Chen Youan merupakan cucu daripada anak perempuan ketiga datuknya. Memandangkan kesemua adik beradik Chen Youan adalah lelaki, ibunya berniat mahu menyerahkan Chen Youan kepada orang lain.

Oleh kerana sayangkan cucunya, datuk dan nenek Chen Youan enggan membenarkan perkara itu terjadi lantas memutuskan untuk menjaganya.

Walaupun masih remaja dan sepatutnya menfokuskan kepada pelajaran, Chen Youan gigih mahu membalas jasa datuk dan neneknya dengan berniaga di pasar.

Bagi mengurangkan beban datuknya, Chen Youan menjual bawang putih dan halia di pasar ketika usianya 13 tahun dan masih bersekolah.

Dia juga pernah diusir oleh pengurus pasar namun dia tidak pernah putus asa. Sebaliknya, perkara itu menarik perhatian dan membuatkan lebih ramai pelanggan membeli daripadanya.

Chen Youan kini bersekolah menengah dan tidak sama seperti rakan sebayanya yang gemarkan permainan video, dia tidak mempunyai kehidupan yang mewah.

Dia mencari sendiri pendapatan dengan keringatnya. Biarpun pernah ada insan yang mahu menolong, namun Chen Youan menolaknya.

“Datuk dan nenek tetap memberikan saya makan sebanyak 3 kali sehari, jadi ia sudah cukup untuk saya”.

Apa yang dimahukannya cumalah keizinan untuk terus berniaga di pasar. Rezekinya juga tidak pernah putus kerana ramai yang membeli daripadanya.

Semoga kegigihan Chen Youan membuahkan hasil di masa akan datang.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI