25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGlobalMesej berusia 100 tahun dihantar merpati dijumpai di Perancis, gagal sampai ke...

Mesej berusia 100 tahun dihantar merpati dijumpai di Perancis, gagal sampai ke penerima

Lebih daripada satu abad selepas dihantar, sepucuk surat yang dihantar oleh seekor merpati telah ditemui oleh pasangan di Alsace, Perancis.

Surat itu difahamkan telah ditemui oleh pasangan itu ketika mereka berjalan kaki dalam bentuk kapsul kecil – di dalamnya mempunyai nota bersaiz kecil yang digulungkan.

Mesej berkenaan ditulis di dalam bahasa Jerman oleh seorang askar yang bertugas di Ingersheim (bandar Jerman yang kini di dalam Perancis).

Susulan penemuan itu, pasangan itu kemudian telah membawanya ke muzium bagi mengetahui sama ada asal usulnya dapat diketahui.

“Surat itu ditujukan kepada pegawai atasan”, jelas Dominique Jardy, selaku kurator di Muzium Linge di Orbey di timur Perancis.

Bertarikh 16 Julai, namun tulisan tangan itu sukar dihuraikan kandungannya, bahkan tahun ianya ditulis juga tidak begitu jelas.

Berdasarkan rangka Perang Dunia Pertama, ia mungkin telah dihantar antara tahun 1914 dan 1918 namun Jardy percaya bahawa ia mungkin dihantar pada tahun 1910.

“Platun Potthof menerima tembakan ketika tiba di sempadan Barat padang kawad, platun Potthof melepaskan tembakan dan berundur selepas beberapa ketika”, tulis mesej surat terbabit.

“Di Fechtwald setengah platun telah dilumpuhkan. Platun Potthof berundur dengan kekalahan yang besar”.

Jardy berkata penemuan itu adalah “sangat jarang” berlaku. Sebanyak 4 salinan mesej menggunakan 4 ekor burung merpati mungkin dihantar pada masa itu.

Dia juga mengandaikan bahawa merpati yang membawa mesej khusus ini berkemungkinan sesat sejurus berlepas.

Ujar beliau, kapsul itu berkemungkinan telah muncul ke permukaan tanah daripada semasa ke semasa.

Mesej itu bersama dengan kapsulnya kini telah ditempatkan dan dipaparkan di muzium berkenaan.

‘Burung merpati pembawa’ atau digelar ‘homing pigeon’ adalah alat komunikasi penting semasa perang dunia pertama dan kedua.

Khidmat haiwan itu digunakan secara meluas malah beberapa ekor burung turut menerima pingat dan penghormatan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI