27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024
UtamaGaya HidupNampak macam tidak bahaya, jangan suka hati sentuh ulat gonggok ekoran cecair...

Nampak macam tidak bahaya, jangan suka hati sentuh ulat gonggok ekoran cecair rembesannya boleh buat kulit anda melecur

Ulat gonggok sering dianggap sebagai serangga yang biasa hanya nampak menggelikan dan tidak berbahaya.

Bagaimanapun, seorang lelaki warga Thailand baru-baru ini telah berkongsi di media sosial yang memberi amaran kepada orang ramai selepas dia mengalami kecederaan pada kakinya disebabkan oleh ulat gonggok.

Facebook

Nangan Songkran Sangkabkaew berkongsi di Facebook apabila mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan serangga invertebrata itu selepas kulitnya dibakar oleh seekor ulat gonggok ketika memakai kasutnya.

Pada 6 Jun, dalam hantarannya Nangan berkata, “Ini adalah peringatan untuk semua. Berhati-hatilah, perhatikan anak dan cucu anda.

“Sekarang musim hujan dan terdapat banyak ulat gonggok di sekeliling kita. Ulat gonggok itu beracun.”

Facebook

Lelaki yang berasal dari Chiang Mai itu berkata, dia tidak menyedari ulat gonggok itu berada di dalam kasutnya ketika hendak keluar rumah.

Bagaimanapun, selepas kurang 30 minit berjalan di luar, Nangan memberitahu Khaosod Online kakinya terasa sakit dengan rasa terbakar di jari kaki kirinya.

Dia dengan pantas menanggalkan kasutnya dan melihat jari kakinya mula membengkak serta melepuh, lalu tergesa-gesa pergi membasuh kakinya, sebelum memeriksa kasutnya dan mendapati ada seekor ulat gonggok di dalamnya.

Facebook

Selepas bergegas ke hospital, Nangan dimaklumkan oleh doktor yang dia mengalami lecur akibat ulat gonggok.

Tidak seperti lipan, ulat gonggok tidak menggigit atau menyengat.

Walau bagaimanapun, sesetengah spesies merembeskan cecair yang boleh menyebabkan luka bertoksin kepada manusia jika disentuh dengan tangan kosong.

Menurut laman web pengurusan serangga perosak Breda, ulat gonggok atau millipedes mengeluarkan cecair berbau busuk dari kelenjar mereka sebagai mekanisme pertahanan untuk menjauhkan pemangsa.

Facebook

Laman web perubatan MDedge menyatakan rembesan ini mengandungi toksin beracun pada kulit manusia yang dipanggil kuinon, yang boleh membakar atau melepuh kulit, serta menyebabkan warna kulit bertukar coklat gelap.

Walaupun ia menyerupai kulit melecur dan melepuh, dan mungkin menyakitkan selama beberapa hari, perubahan warna dan lepuh akan hilang dengan sendirinya dari semasa ke semasa dengan rawatan serta penjagaan luka yang betul.

Pendedahan kepada mata boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih teruk dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Facebook

Nangan berkata doktor merawat lecur akibat ulat gonggok itu dengan disinfektan dan meminta berjumpanya semula dalam masa tiga hari untuk rawatan susulan.

Muat naik gambarnya di halaman komuniti Malaysia sejak itu telah mendapat ribuan reaksi dan perkongsian di seluruh Facebook, dengan netizen terkejut melihat insiden itu.

“Berhati-hati dengan ulat gonggok. Baru tahu ia berbahaya. Pernah bermain dengan mereka ketika kanak-kanak, bertuah kerana tidak pernah cedera dengan rembesan toksik mereka,” kata seorang pengguna Facebook.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI