Keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 telah memuktamadkan Donald Trump kembali ke Rumah Putih buat kali kedua sebagai Presiden AS ke-47.
Semasa rakyat AS keluar mengundi, anak badak air dari Thailand yang terkenal, Moo Deng, meramalkan bekas presiden Donald Trump akan kembali ke Rumah Putih.
Moo Deng yang comel menjadi sensasi Internet dengan gelagatnya yang menghiburkan di Zoo Terbuka Khao Kheow, Chonburi dengan cepat menjadi bahan meme di media sosial dan memacu pelbagai produk dagangan.
Kini, Moo Deng telah meramalkan kemenangan untuk Republikan, Donald Trump berbanding Demokrat, Kamala Harris.
Dihidangkan dengan dua hidangan buah yang diukir dengan nama calon yang bertanding, anak badak air yang berumur empat bulan itu memilih Trump, dalam video yang dimuat naik dalam talian oleh zoo tersebut.
Moo Deng menjadi popular di Amerika Syarikat, selepas pelawak Bowen Yang beraksi lucu dengan menyarung kostum haiwan comel itu dalam sketsa komedi Saturday Night Live.
Badak air comel berusia tiga bulan itu juga mengalahkan kedua-dua Trump dan Harris dalam satu tinjauan presiden tidak rasmi yang dijalankan oleh The Tonight Show, dengan meraih 93 peratus undi.
Walaupun kebolehan Moo Deng dalam meramal masih belum banyak diuji, ada pelbagai haiwan lain menjadi terkenal selepas meramalkan keputusan acara dunia, dan yang paling terkenal ketika sotong gurita bernama Paul tepat meramalkan keputusan Piala Dunia.
Tonton video di bawah: