32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024
UtamaKesihatanRibuan petugas kesihatan Malaysia bakal kehilangan pekerjaan selepas membantu negara menyelamatkan rakyat...

Ribuan petugas kesihatan Malaysia bakal kehilangan pekerjaan selepas membantu negara menyelamatkan rakyat daripada COVID-19

Tidak lama dahulu, negara kita bersama seluruh dunia, dilanda pandemik Covid-19 yang mengakibatkan kematian jutaan manusia. Pada ketika itu, kerajaan telah bertindak dengan melantik petugas kesihatan dan perubatan, secara kontrak, daripada universiti dan kolej swasta.

Antara jawatan yang dilantik ialah Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Juruteknik X-ray, bagi menyokong industri perkhidmatan kesihatan yang kian lumpuh.

Kini, ramai daripada mereka dikatakan kehilangan jawatan kerana rakyat telah belajar untuk hidup dengan Covid-19, seperti yang dikongsi oleh Solidariti Frontliner dalam petisyen mereka di Change.org

Gambar Hiasan / Pixabay

“Selaras dengan kelulusan (pelantikan anggota perubatan secara kontrak), Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon-calon yang berjaya. Antaranya ramai yang mengorbankan kerjaya asal demi membantu negara. Ada yang ditempatkan jauh daripada keluarga. Dalam tempoh itu juga, ramai yang ‘gugur’ demi menyelamatkan negara.”

“Namun, selepas wabak itu mulai reda, khidmat petugas kesihatan dan perubatan yang dilantik secara kontrak ini tidak lagi diperlukan. Khidmat kami mula ditamatkan secara berperingkat. Di manakah keadilan buat kami? Seramai 1,271 pegawai telah diberhentikan dari awal 2023 sehingga kini, dan 1,889 pegawai akan menghadapi perkara sama Jun ini,” tulis mereka.

Ringkasnya, profesional perubatan ini pada asasnya dikerah keringat sambil diambil mudah atas semua usaha mereka semasa pandemik Covid-19 dan kini bakal dibuang.

Petugas kesihatan ini hanya mahu diiktiraf atas sumbangan mereka dan berharap untuk terus berkhidmat demi negara.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Solidariti ini adalah bagi menyambut baik hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam. Dengan itu, kami memerlukan jaminan penyambungan kontrak seperti pelantikan kontrak tajaan dan kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan lantikan tetap untuk kami semua pada masa akan datang.”

“Kami sayangkan negara dan ini merupakan salah satu cara kami untuk lebih bersemangat dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi anak Bangsa dan Negara. Perasaan sayang kepada semua orang membuatkan kami memilih untuk meneruskan bidang yang kami ceburi ini,” kata mereka.

Sesungguhnya, mereka benar-benar berhak mendapat yang lebih baik memandangkan masing-masing telah mencurahkan sumbangan besar kepada negara demi menyelamatkan kita semua semasa melalui masa sukar.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI