33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasi“Kami menjaganya lebih 20 tahun,” Datuk dengan IQ budak 6 tahun kunjungi...

“Kami menjaganya lebih 20 tahun,” Datuk dengan IQ budak 6 tahun kunjungi gerai makan percuma setiap hari, senyuman manisnya menyembuhkan hati

Pada hari ini, ramai orang lebih mementingkan diri dengan hati yang banyak berubah, lebih kepada bersikap acuh tak acuh dan tiada lagi rasa keprihatinan.

Walaupun dunia ini kelihatan dingin, masih terdapat cahaya daripada seseorang dengan secara terus terang dapat menyinari dan menghangatkan hati seseorang yang lain.

Seperti seorang lelaki bernama Hua Zi ini yang hidupnya sangat ringkas tetapi sikapnya menjadi kegemaran ramai di jalanan sebuah lokasi gerai makanan.

Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang datuk berusia 50 tahun yang sebenarnya mempunyai IQ budak berusia 6 tahun. Dia menjadi personaliti kegemaran ramai di sebuah jalan komersial menjual makanan ringan. 

Apabila terasa lapar, seseorang akan memberinya makanan, dan apabila dia dahaga, seseorang memberinya air untuk diminum. Apabila dia lapar lagi, dia boleh makan makanan ringan di jalan komersial itu dengan sesuka hatinya.

Walaupun usianya sudah 50 tahun lebih, IQnya akan sentiasa kekal pada 6 tahun, dan dia masih mengekalkan jiwa kanak-kanak berusia 6 tahun yang amat ceria dan menghiburkan. Tetapi sikap Hua Zi sangat sopan, sukakan kebersihan, dan tidak tamak untuk makan terlalu banyak. 

Jadi semua peniaga dan orang ramai yang mengenalinya amat senang dengan sikapnya, akan memanggilnya “Abang Hua Zi” pada setiap kali dia datang dan makan percuma di gerai mereka.

Pemuat naik video berkenaan merupakan seorang pemilik gerai yang dilahirkan pada tahun 90-an. Katanya, video yang disiarkan itu tidak mempunyai maksud lain, dan dia tidak menggunakan Abang Hua untuk mendapatkan tontonan tular. 

Tujuan video itu adalah untuk merakam senyuman manis dan suci hati Abang Hua.., kerana dia merasakan senyuman itu benar-benar sangat murni, bersih dan menyembuhkan.

Katanya sejak 20 tahun lalu, dia mengenali dan berkawan rapat dengan Abang Hua Zi.

“Saya masih ingat pernah membelikan dia sebotol Coke ketika itu. Abang Hua Zi masih muda, sangat lurus dan jujur, dan senyumannya sangat menyembuhkan. Saya tidak sangka apabila saya melihatnya semula, rambutnya telah beruban, tetapi dia masih kekal dengan sikapnya yang begitu sederhana dan sentiasa riang,” katanya.

“Saya meninggalkan gerai pada jam 4:30 setiap hari, dan Abang Hua Zi akan menunggu di tempat yang saya sediakan untuknya setiap hari, tidak kira hujan atau panas, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana sentiasa tulus mempercayai saya, dan kami memang sudah terbiasa, saling memahami satu sama lain,” tambahnya lagi.

Pemilik gerai itu juga berkata, melihat penampilan Abang Hua Zi yang riang setiap hari, dia merasakan Abang Huazi telah menjadi apa yang diimpikannya semasa kecil. Walaupun sudah dewasa, hatinya tetap sederhana dan suci. Sungguhpun IQ Abang Hua Zi seperti seorang budak 6 tahun, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh kita boleh pelajari daripadanya, seperti mengamalkan sikap kesederhanaan dan berusaha mendapatkan kebahagiaan.

Pemilik gerai itu berkata, apa yang dilakukannya adalah tidak penting. Di jalan-jalan berhampiran, terdapat ramai orang yang mengambil berat dengan kebajikan Abang Hua Zi setiap hari secara diam-diam. Dia berharap semua orang dapat mencari kebahagiaan dan kegembiraan dalam kehidupan seharian mereka, serta menjaga golongan yang perlu dilindungi seperti Abang Hua jika berpeluang.

Kemudian, adik perempuan Abang Hua Zi juga memuat naik video di platform media sosial itu untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua orang yang mengambil berat.

“Semasa abang saya berumur 6 tahun, dia menghidap meningitis, yang meninggalkan kesan kepada otaknya. Ibu saya membesarkan saya dan abang seorang diri. Terima kasih banyak kawan-kawan di atas keprihatinan anda terhadap abang saya. Abang saya sudah berusia lebih 50 tahun. Dia sentiasa dengan sikapnya yang gembira dan suci hati bukan sahaja menceriakan keluarga kami, malahan mendapat keprihatinan dan penjagaan semua orang di luar sana, terima kasih!” katanya.

Sambil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua orang, nampaknya Abang Hua Zi telah dijaga dengan baik dan sentiasa mendapat perhatian daripada adik perempuannya, dan  sebab itulah abangnya boleh hidup bebas dan bahagia sehingga hari ini.

Apabila adik perempuan itu menarik abangnya untuk mengucapkan sedikit kata-kata, kelihatan Hua Zi sudah mula tertidur di sebelahnya.

Sikapnya itu sentiasa sangat comel dan menyembuhkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Seorang netizen berkata berkat penjagaan yang baik dan hebat daripada adik perempuannya itu, Abang Hua Zi boleh meneruskan kehidupannya dengan suci hati dan murni, sebab mengapa Abang Hua Zi dapat hidup dengan penuh rasa bahagia.

Beberapa netizen juga berkata Abang Hua Zi benar-benar menjalani kehidupan ringkas seperti apa yang ramai di antara kita mahu, tidak berasa tamak, dan sentiasa menjaga hati yang bersih.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI