25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiWanita bujang introvert tinggal bersendirian di luar bandar dengan hanya berpendapatan RM620...

Wanita bujang introvert tinggal bersendirian di luar bandar dengan hanya berpendapatan RM620 sebulan, jujur berkata dia sangat gembira

Ramai orang mendambakan kehidupan bandar, tetapi sesetengah orang sudah biasa dengan rentak kehidupan luar bandar. Seorang wanita bujang berusia 30 tahun dari Anhui di China beranggapan hidup yang bahagia itu tidak semestinya kaya dan makmur. 

Katanya, betapa seronoknya hidup sederhana di luar bandar walaupun pendapatan bulanan hanya kira-kira 1,000 yuan (RM620.89). Pendapatan itu tidak banyak, tetapi sudah cukup untuk menyara dirinya dan dia amat berpuas hati serta bersyukur.

Tangkap skrin Weibo

Menerusi paparan Star Video, wanita itu menanam sendiri sayur-sayuran di ladang, memetiknya kemudian membasuhnya dengan air, dan memasak dengan kayu api. Kehidupan luar bandar yang tenang dan sederhana membuatkan dia berasa selesa. 

“Adakah setiap orang perlu menjadi kaya dan makmur? Mesti tinggal di bandar besar. Adakah anda perlu cantik?” tanyanya tentang pengertian kehidupan bahagia.

Tangkap skrin Weibo

“Saya menjalani kehidupan yang ringkas dan sederhana di luar bandar, tetapi saya hairan dengan apa yang dikatakan oleh sesetengah orang, ‘Anda tiada kehidupan, anda hanya sekadar hidup’.” katanya.

Wanita itu belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. Katanya, sangat memenatkan untuk dia bergaul dengan orang ramai, jadi dia mengambil keputusan untuk pulang ke luar bandar dan tinggal sendirian.

Dia pernah bekerja keras di bandar besar pada masa lampau, melihat kesibukan dan kehidupan warna-warni, dan menimba berpengalaman hidup dengan pelbagai perkara baru. 

Tangkap skrin Weibo

Tetapi rasa keseronokan itu beransur-ansur merosot dan memenatkan. “Saya tidak mengatakan kehidupan di bandar-bandar besar adalah buruk, tetapi secara peribadi, saya lebih suka tinggal di kawasan luar bandar dan dapat merasakan semangat kekitaan dengan pilihan,” katanya.

Wanita itu mendedahkan dia mempunyai pekerjaan yang agak mudah di kampung, dengan selesai bekerja pada jam 11.00 setiap pagi. Pendapatan bulanannya hanya kira-kira 1,000 yuan yang sudah cukup buatnya untuk menyara diri sendiri.

Jika bekerja lebih masa, dia boleh mendapat lebih sehingga 1,300 yuan (RM807). Walaupun bergaji sikit, dia hanya bekerja setengah hari. Tetapi kini dia sudah bekerja sepenuh masa dengan gaji bulanan yang sedikit meningkat.

Tangkap skrin Weibo

Wanita ini suka hidup bersendirian di luar bandar. Dia dan orang kampung boleh bebas menanam sayur-sayuran dan menternak ayam. Mereka menjalani kehidupan yang sangat bebas dan tidak perlu mempedulikan pemikiran orang lain.

“Saya rasa hidup membujang memang membahagiakan. Itu hanya yang saya fikirkan dan bukan pendapat orang lain. Di sini, anda boleh memutuskan apa sahaja yang anda hendak makan atau tidak mahu makan, anda tidak perlu menonton filem seram untuk orang lain jika anda suka menonton filem sastera, klasik atau komedi, dan anda boleh tinggal di dalam rumah sendiri pada sepanjang hari jika anda tidak mahu keluar,” kata wanita berjiwa bebas ini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI