27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaInspirasiTerpaksa kerja jadi 'guard' di usia 14 tahun, pelajar yatim piatu ini...

Terpaksa kerja jadi ‘guard’ di usia 14 tahun, pelajar yatim piatu ini terima anugerah khas atas ketabahannya melalui liku hidup

Kadang-kadang ada masa kita rasa diri sudah cukup susah dengan dugaan sehingga tidak tertanggung, tetapi kita patut bayangkan sebenarnya ada orang yang lebih hebat terima dugaan dan secara tidak langsung ini juga mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur.

Kisah seorang pelajar tabah dikenali Adik An yang kehilangan bapa seawal 5 tahun menjadi anak yatim, yang kemudian yatim piatu pada usia 14 tahun, amat menyayat hati.

Seorang pengguna Facebook Natipah Abu menceritakan kisah sedih perjalanan kisah anak yatim piatu bernama Mohd Farhan Roslee yang tabah pada usia 16 tahun, yang berdepan pelbagai ujian berat dalam kehidupannya.

Facebook

Adik An bersekolah di SMK Sg. Layar Sg. Petani, Kedah ketika menerima anugerah ini pada usia 16 tahun.

Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun telah merubah jalan hidupnya. Emak yang berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh sakit. Memaksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.

Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah, dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg. Petani selama lebih setahun dengan gaji RM40 sehari. Dia mula menyara kehidupan keluarga. Emak yang diserang strok tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana selalu saja tidak sihat.

Suatu hari dia dikejarkan ke hospital akibat apendiks dan doktor memutuskan dia harus menjalani pembedahan kecemasan. Di masa yang sama, emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan yang semakin meruncing. Emak di wad tingkat atas dan dia pula di wad tingkat bawah. Bangunan hospital yang sama.

Empat hari di wad, akhirnya emak pergi menghadap Illahi. Ketika usia 14 tahun, dia, abang, kakak dan adik perempuannya kini bergelar yatim piatu.

Lebih menyayat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembedahan kali kedua.

Bahkan bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke liang lahad, memberikan kucupan terakhir untuk emak pun tidak sempat kerana dia masih belum sedar.

Sebaik sahaja sedar dan dimaklumkan emak telah pergi, hanya Allah saja yang tahu betapa pilu dan hancurnya hati. Sejak itu, saban malam dia menangis di wad. Menangis kesedihan mengenangkan emak yang telah pergi dan menangis menanggung kesakitan akibat pembedahan.

Adik An dirujuk kepada Kak Pah. Kak Pah menziarahinya di wad. Menceritakan kepada Adik An tentang kehidupan di rumah anak yatim. Hanya satu soalannya …

“Kalau saya duduk rumah anak yatim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah …”

Keluar wad, kakaknya menghubungi Kak Pah. Memaklumkan yang rumah mereka tempat berteduh sebelum ini sudah dilelong bank. Kakak, abang dan adik perempuannya memilih untuk tinggal bersama saudara-mara tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu sedih mengenangkan kenangan arwah emak.

Kak Pah menghubungi Adik An tetapi dia memberikan alasan meminta masa buat seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yang sangat pelik darinya. Penuh kesedihan dan kekecewaan. Kak Pah dan kakitangan rumah anak yatim bergegas ke rumahnya.

Rindukan arwah emak

Sungguh hiba melihat keadaannya yang terbaring di tilam usang selama seminggu dalam keadaan sakit akibat pembedahan. Tanpa makan minum yang sempurna. Mengharapkan ihsan seorang rakan yang tinggal di kawasan berdekatan.

Rumah yang sudah dipotong bekalan air dan elektrik, yang sudah tidak layak dihuni kerana kotor dan bersemak. Kata jirannya, mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yang kelihatan sunyi sepi. Adik An dipapah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang dalam deraian air mata.

Dikalung Anugerah Khas atas jati diri yang tinggi, Tahniah Adik An!

Facebook

Hari ini Adik An menerima Anugerah Khas dari pihak sekolah atas tingkah lakunya yang terpuji dan jati dirinya yang berusaha untuk bangkit semula walaupun setelah dua tahun terkandas dalam persekolahan.

Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dirinya, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yang selama ini tidak jemu memberikan dorongan dan harapan kepada Adik An.

Sama-samalah kita doakan, semoga Adik An akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, yang sentiasa cerah masa depannya.

Hantaran Natipah Abu membuatkan ramai yang sebak membacanya, betapa hebat dugaan menimpa Adik An yang masih muda tetapi dengan begitu tabah dan cekal menghadapinya. Membuatkan kita semua bersyukur, walaupun kita berasa susah tetapi tidaklah dengan kesukaran dan penderitaan seperti yang dilalui adik Mohd Farhan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI