Mesin basuh merupakan antara peralatan rumah yang sangat penting dan diperlukan di setiap rumah. Walaupun ada yang suka mencuci menggunakan tangan atau sanggup pergi ke dobi setiap minggu tetapi memiliki mesin basuh tetap merupakan sesuatu yang penting. Untuk keluarga yang besar, atau kepada yang memiliki anak kecil pastinya memiliki mesin basuh adalah sebuah keperluan.
Namun begitu, sejauh mana ada yakin mesin basuh anda di rumah sebenarnya bersih? Mungkin ada yang menyangka mesin basuh tidak akan kotor kerana fungsinya untuk membersihkan, mana mungkin mesin basuh menjadi kotor?
Hakikatnya, mesin basuh juga sebenarnya mempunyai kotoran tersendiri. Mungkin ramai yang tida tahu atau tidak perasan akan kekotoran ini kerana ianya tersembunyi dan tidak dapat dilihat dengan jelas. Percaya atau tidak, mesin basuh juga miliki kotoran yang terletak di bahagian penapis dan di bahagian bawahnya.
Berikut adalah perkongsian seorang netizen di TikTok tentang cara untuk membersihkan kotoran pada bahagian bawah mesin basuh. Ianya tidak susah dan kita boleh melakukannya sendiri di rumah. Selamat mencuba semua!
Mula-mula anda perlu lihat jika ada kotoran di sekeliling bulatan dalam mesin basuh. Jika terdapat kotoran di situ bermakna ada kotoran ‘terperangkap’ di bahagian bawahnya yang perlu dibersihkan. Sebelum itu, pastikan juga penapis atau ‘filter’ yang ada di bahagian tepi juga dibersihkan.
Seterusnya buka bahagian bawah mesin basiuh dengan menggunakan gunting atau pisau. Apa yang perlu dilakukan hanya cungkil penutup pada bahagian tengah yang berbentuk bulat itu dengan berhati-hati. Di dalam itu pula terdapat skru dan gunakan pemutar skru atau ‘screwdriver’ untuk buka semua skru yang ada.
Selepas itu, cabut bahagian bawah mesin basuh dan anda sudah boleh melihat betapa banyaknya kotoran yang ada di situ.
Kemudian, tekan butang pada mesin basuh untuk membasuh bahagian yang kotor. Biarkan air terbuka dan menghilangkan semua kotoran yang ada.
Anda boleh gunakan span atau berus untuk bersihkan kawasan tersebut. Boleh juga gunakan sabun supaya lebih bersih. Selepas bahagian tersebut dibersihkan, air mesin sudah boleh dibuang seperti biasa.
Untuk bahagian satu lagi anda boleh basuhnya di singki. Gunakan berus, span atau berus gigi lama untuk membersihkan celah-celah bahagian yang sukar dicapai. Basuh sehingga bersih dan masukkan semula bahagian tersebut ke dalam mesin basuh.
Perlu diingatkan jika kotoran terus dibiarkan di dalam mesin basuh, bimbang akan membuatkan pakaian anda terkena kuman dan tidak bersih sepenuhnya semasa dibasuh. Jadi, ambil masa untuk bersihkan mesin basuh. Walaupun mesin basuh kelihatan bersih pada luarannya, tetapi bahagian dalamnya mungkin terdapat kotoran yang perlu dibersihkan.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: