33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiPensyarah dapat pujian selepas menyelamatkan pelajar daripada gagal peperiksaan dengan membenarkannya menjawab...

Pensyarah dapat pujian selepas menyelamatkan pelajar daripada gagal peperiksaan dengan membenarkannya menjawab soalan dalam BM

Mendapat markah peperiksaan cemerlang, atau sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran tertentu adalah salah satu pencapaian yang semua pelajar mahukan ketika berada di universiti.

Baru-baru ini seorang pakar psikologi klinikal dari UNIMAS, Sarawak berkongsi pengalamannya di Twitter menceritakan bagaimana beliau hampir menggagalkan pelajarnya ekoran sukar memahami jawapan pelajar itu yang menulis dalam Bahasa Inggeris. 

Pelajar itu hanya mempunyai 3 markah sahaja lagi untuk lulus kertas tersebut. Semasa memikirkan keputusannya untuk sama ada menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan akhir, beliau memutuskan untuk bercakap dengannya berkenaan perkara itu terlebih dahulu.

Gambar Hiasan / Pexels

“Saya memberitahunya tentang keputusan itu dan memintanya memberitahu saya apa yang dia pelajari daripada subjek ini.”

Pelajar itu meminta kebenaran pensyarah ini untuk menjawab dalam Bahasa Malaysia dan dalam loghat pantai timurnya yang pekat, dia berjaya menerangkan segala-galanya tentang subjek itu, dari Bab 1 hingga 10.

“Saya cuba memutar belit soalan. Dia boleh menjawab segala-galanya dan ini menunjukkan bahawa dia memahami teori dengan baik. Saya menambah 3 markah untuknya dan dia lulus,” katanya.

Di akhir ciapan, beliau mengulangi matlamat mendidik pelajar bukan sekadar mereka mendapat markah A dalam setiap mata pelajaran, tetapi lebih kepada menimba ilmu menjadi lebih berilmu. 

“Sesuatu yang dia tidak pernah tahu sebelum ini, kini dia menjadi lebih tahu,” katanya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Perkongsian itu telah mendapat perhatian di media sosial dan netizen telah menyatakan rasa terima kasih mereka atas rasa empati pensyarah ini.

“Inilah pendidikan sebenar dan tugas pendidik sebenar. Terima kasih. Pelajar ini amat bertuah.”

Selain itu, beberapa netizen dari pantai timur turut mendedahkan punca sesetengah daripada mereka sukar bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Saya pernah belajar di pantai timur. Kebanyakan mereka kurang pendedahan dan agak anti-bertutur BI. Saya pernah dilabel berlagak kerana bercakap dalam Bahasa Inggeris.”

“Kadang-kadang mereka faham, cuma kekurangan keyakinan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka harus diajar dari rumah dan di sekolah untuk berasa yakin bertutur dalam Bahasa Inggeris.”

Gambar Hiasan / Pixabay

“Keyakinan ada kaitan dengan persekitaran juga. Apabila mereka cuba bercakap dan membuat kesilapan, mereka yang fasih cenderung meremehkan mereka.”

“Rakan sekelas saya tidak pernah meninggalkan pantai timur sehinggalah dia terpaksa belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk bercakap bahasa baku dengan kami. Kalau cakap loghat Kelantan memang laju.”

Apa pun, kita kena berusaha mempelajari Bahasa Inggeris dan menjadi mahir agar dapat bertutur dengan baik, memandangkan zaman kini agak mencabar dan penuh persaingan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI