25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024
UtamaBerita UtamaKecoh pusat beli-belah baru dibuka di Kelantan sebabkan pelanggan berasak tidak hirau...

Kecoh pusat beli-belah baru dibuka di Kelantan sebabkan pelanggan berasak tidak hirau SOP kerana berebut ikan mabong 10 sen

Ketika kini semua harga barangan runcit dan basah semakin meningkat ditambah kos sara hidup yang semakin tinggi, siapa sahaja yang tidak mahu ketinggalan merebut peluang membeli apabila terdapat jualan murah besar-besaran.

Memikirkan pandemik, tidak sepatutnya kita berebut mendapatkan barangan ketika promosi harga murah memandangkan terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan para pelanggan yang huru-hara di sebuah pasar raya baru dibuka di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. 

Facebook

Ketika kejadian, pasar raya berkenaan mengadakan promosi besar-besaran di mana ikan mabong dijual pada harga 10 sen seekor, menyebabkan pelanggan bergegas mendapatkan ikan tersebut dan semasa proses perebutan berlaku, SOP tidak dihiraukan.

Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan para pelanggan bersesak mendapatkan ikan mabong 10 sen itu tanpa tiada langsung penjarakan fizikal.

Kosmo melaporkan kejadian berlaku sejurus majlis perasmian pasar raya berkenaan dan kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum pihak pengurusan pasar raya itu menghentikan promosi ikan berkenaan. 

Keadaan telah terkawal selepas itu selepas pihak pengurusan meminta orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Facebook

Rakaman video tular itu telah mendapat perhatian warganet yang mempersoalkan pematuhan orang ramai terhadap SOP di tempat awam yang sesak.

“Kluster ikan mabong sekejap lagi datang.”

“Jadi huru-hara kerana ikan. Takut timbul kluster baharu.”

Dalam pada itu, warganet lain mempersoalkan bagaimana pihak pengurusan pasar raya sepatutnya mengendalikan promosi tersebut dengan baik agar tidak berlaku perebutan dan pelanggaran SOP.

“Pasar raya sepatutnya mengehadkan jualan untuk setiap orang dan sepatutnya ada petugas mengawasi orang ramai.”

“Saya tidak fikir ia perlu menjadi huru-hara seperti ini. Kita diajar beratur sejak tadika lagi. Hanya ikut peraturan dan beratur. Jangan berebut, ikan sahaja pun, kenapa tidak ikut SOP..”

Facebook

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Mohd Suhaimi Ali dalam satu kenyataan berkata kejadian itu mendapat maklumannya dan ia hanya berlaku selama 10 minit dengan keadaan kembali terkawal selepas itu.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak menularkan isu terbabit dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan semasa berada di tempat awam.

Memandangkan negara menghampiri fasa endemik, sudah tiba masanya kita mengamalkan norma baharu dan terus mengikuti SOP demi mengelakkan akibat yang tidak diingini.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI