26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupPakai baju yang sama dengan biras dan bapa mertua semasa bercuti, para...

Pakai baju yang sama dengan biras dan bapa mertua semasa bercuti, para suami kena ‘prank’ dengan isteri masing-masing

Antara perkara yang paling menyeronokkan jika sudah berkumpul ramai-ramai ialah apabila dapat bercuti bersama. Tidak perlu ke luar negara, di dalam negara juga sudah mencukupi asalkan semua ahli keluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama.

Ada yang suka melancong ke tempat terkenal dan ada juga yang menyewa ‘homestay’ yang besar dan ada menyediakan kemudahan seperti kolam renang, berbeku dan lain-lain. Tidak kira lah di mana, atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan semua itu adalah momen berharga yang tidak mahu dilepaskan oleh sesiapa pun tambah-tambah lagi dengan momen lucu yang terjadi ketika itu.

Misalnya apa yang berlaku kepada para suami ini apabila mereka dikenakan oleh isteri masing-masing dengan meminta mereka memakai pakaian yang sama tanpa pengetahuan mereka.

Momen lucu tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @BenzZahid, yang menunjukkan bagaimana dia bersama biras-birasnya serta bapa mertuanya menggunakan pakaian yang sama ketika berjumpa sebelum memulakan perjalanan untuk bercuti.

Difahamkan, mereka akan bergerak ke Langkawi untuk bercuti bersama. Walau bagaimanapun mereka tidak tahu yang mereka sedang dikenakan oleh isteri masing-masing yang memaksa mereka untuk memakai baju warna putih dengan corak yang sama.

Setibanya mereka ditempat berkumpul, masing-masing terus ketawa sesama sendiri kerana baru sedar yang mereka memakai baju yang sama!

Video lucu tersebut telah menarik perhatian netizen di Twitter. Ramai yang terhibur dengan apa yang berlaku kepada para lelaki itu.

Sehingga kini video lucu tersebut telah ditonton lebih daripada 300 ribu kali, mendapat 6,603 ‘retweets’ dan menerima hampir 15 ribu ‘likes’ di Twitter.

Ada juga yang memberi komen-komen lucu terhadap kejadian terebut. Ada yang mengatakan kalau ada ‘ahli rombongan’ hilang senang untuk mencari memandangkan mereka menggunakan baju yang sama.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI