30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupJangan letakkan barang-barang seperti ini di dalam peti sejuk, silap hari bulan...

Jangan letakkan barang-barang seperti ini di dalam peti sejuk, silap hari bulan boleh meletup dibuatnya!

Setiap rumah pastinya memiliki peti sejuk- tidak kira saiz atau apa sahaja jenamanya. Peti sejuk boleh dikatakan merupakan sebuah keperluan untuk setiap rumah. Di mana lagi untuk letakkan makanan mentah atau makanan yang sudah dimasak kalau bukan di dalam peti sejuk. Jadi, peti sejuk memang sebuah keperluan yang perlu ada tanpa mengira harganya.

Namun begitu, tidak semua makanan atau minuman boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Ada makanan tidak sesuai diletakkan di dalam peti sejuk kerana akan mengurangkan khasiat dan kesegarannya dan ada minuman yang boleh menyebabkan peti sejuk meletup.

Berikut adalah beberapa ‘peraturan’ untuk mengelakkan peti sejuk ada meletup. Pastikan anda tidak meletakkan barang yang tidak sesuai di dalam peti sejuk kerana bimbang kemalangan boleh berlaku.

1. Jangan letak minuman bersoda di tempat pembeku/ freezer.

Minuman bersoda seperti Coke, Sprite, minuman berakohol dan sebagainya tidak seharusnya diletakkan di dalam tempat pembeku. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Coke mengandung banyak gas karbon dioksida. Jadi, ketika anda mengeluarkan minuman itu dari freezer yang bersuhu rendah ke luar dengan suhu sekitar yang panas, boleh bayangkan apa yang akan berlaku?

Ketika Coke dikeluarkan sejumlah besar gas di dalam tin akan dilepaskan, akibatnya tekanan gas coke akan lebih bertambah. Tekanan di dalam tin Coke yang tertutup rapat tidak dapat mengeluarkan gasnya sehingga tin dibuka. Ketika itulah kemalangan boleh berlaku. Anda mungkin boleh tercedera ketika itu, jadi, berhati-hati ketika membuka tin tersebut.

2. Jangan letak ais kering (dry ice) dalam pembeku/freezer.

Suhu pada bahagian freezer biasanya berada di bawah -30°C. Suhu ini dapat membantu proses sublimasi daripada bentuk padat kepada gas. Dalam proses pembekuan, jika ais kering bertukar sublimasi menjadi gas, maka isipadunya akan menjadi 600-800 kali lebih besar.

Jadi, di dalam lingkungan yang tertutup rapat seperti peti sejuk ais kering boleh meledak kerana adanya peningkatan tekanan, dan ledakan yang dihasilkan tidak hanya akan merosakkan peti sejuk, tapi juga berbahaya bagi orang yang ada sekeliling.

3. Jangan letak barang-barang seperti minuman beralkohol dan bahan yang mudah terbakar.

Tekanan yang ada dalam peti sejuk sebenarnya boleh menghasilkan ledakan jika dinyalakan atau terkena percikan api walaupun api kecil sahaja. Jadi, sebaiknya jangan meletakkan barang elektronik apa pun di atas peti sejuk. Bimbang peti sejuk akan bertukar panas dan elektromagnetik yang dipancarkan dari barang elektronik lainnya akan mengganggu sistem pendingin peti sejuk.

4. Jangan gunakan benda tajam untuk membuang ais yang berkumpul pada freezer.

Kita sudah sedia maklum bahawa peti sejuk zaman sekarang menggunakan gas isobutana, iaitu gas tak berbau dan mudah terbakar, yang ditempatkan di dalam paip pembeku/freezer. Jika tanpa sengaja paip berisi butane ini tertusuk ketika sedang membersihkan ais dan bercampur dengan oksigen kemungkinan boleh membuatkan peti sejuk meledak.

Oleh itu, jangan pernah meletak barang-barang selain makanan seperti barang elektronik di dalam mahupun di atas peti sejuk. Jika tidak, bimbang akan ada kemalangan yang berlaku dan lebih teruk lagi jika ada nyawa yang terancam ekoran kemalangan tersebut.

5. Bateri

Bunyinya kedengaran aneh. Letakkan bateri dalam peti sejuk? Pelik bukan? Namun sebenarnya ada yang membuatnya dengan anggapan bahawa bateri akan tahan lebih lama jika diletakkan di dalam peti sejuk. Sekuat mana pun kepercayaan tersebut ianya salah sama sekali. Jangan sesekali letakkan bateri dalam peti sejuk dengan apa alasan sekalipun.

6. Alat kosmetik

Ada antara kita yang suka meletakkan alat kecantikan atau alat kosmetik di dalam peti sejuk. Ya, memang ada alat kecantikan yang seeloknya diletakkan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya namun jangan letak di dalam peti sejuk biasa. Hal ini kerana ia boleh menjejaskan makanan yang ada di dalam peti sejuk. Untuk alat kecantikan pula, anda boleh beli peti sejuk mini yang khusus untuk meletakkan alat kosmetik.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI